Monday, September 05, 2016

M'sia, 52 Pelacur Tiap 10,000 Penduduk. Tak Malu Ke Negara Umat Islam?

Hasil carian imej untuk pelacur malaysia

MAJLIS Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mendedahkan, Kuala Lumpur kini berada di ranking kelapan kota pelacuran dunia dengan nisbah 52 orang pelacur bagi setiap 10,000 penduduk.

Secara nisbah juga, Kuala Lumpur di ranking lebih tinggi berbanding Thailand yang kini berada di tangga ke-10 dengan nisbah 45 orang pelacur setiap 10,000 penduduk.

“Kami mengingatkan pihak berkuasa supaya Kuala Lumpur tidak menjadi bandar bandar raya maksiat,” kata Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Mapim melahirkan kekesalan dengan menyifatkan, cukup dengan ribuan bilangan pelacur dari luar negara yang kini membanjiri KL dan bandar-bandar utama dalam negara.

Gesaan Mapim lahir ketika umat Islam melahirkan kebimbangan sekiranya pihak berkuasa Kuala Lumpur, membuka ruang menambah lesen rumah urut sedia ada.

Bukan rahsia, lesen rumah urut disalah guna dengan berfunsgi sebagai tempat pelacuran. Malah, sudah menjadi rahsia terbuka mengenai operasi kumpulan jenayah terancang di sebalik kegiatan rumah urut akan menambahkan masalah yang sedia ada.

Industri pelacuran di Malaysia kini bernilai lebih RM3.6 bilion. Satu angka yang memalukan bagi sebuah negara majoriti Islam dan meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan dalam Perlembagaan.

Melihat kepada operasi pusat urut dan pusat hiburan yang bercambah di sekitar KL, bermakna KL berpotensi menjadi pusat pelacuran Asia, jika ruang dan peluang dibuka untuk beroperasi secara berlesen.

“Kami membantah keras Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuka semula permohonan lesen baharu rumah urut sekitar ibu kota,” kata Mohd Azmi.

Soalnya, apakah keperluan rumah urut dibiarkan bercambah sedangkan pihak berkuasa gagal melaksanakan penguatkuasaan. Selain pusat urut haram, rumah urut berlesen sedia ada turut cenderung menawar khidmat seksual yang menyalahi undang-undang.

Pihak berkuasa, kata Mohd Azmi, tidak harus hanya memikirkan soal permintaan sedangkan pemantauan dan penguatkuasaan mana-mana pihak yang menyalah guna lesen ternyata gagal dilaksanakan dengan berkesan.

Mapim juga melahirkan rasa khuatir dengan percambahan pusat-pusat urut di kota raya dan bandar-bandar utama di negara ini kerana ia akan membuka peluang untuk kegiatan maksiat dilakukan oleh pihak yang mengambil kesempatan.

Selain mendesak DBKL tidak menambah lesen rumah urut serta melahirkan kekesalan berikutan kegagalan menangani pusat pelacuran haram, Mapim menyindir agar lesen rumah urut yang sedia ada dipantau dan dikawal sebelum memikirkan untuk membuka permohonan lesen baharu yang akhirnya tidak mampu dikawal selia olehpihak berkuasa. 

Kalau pemimpin negara ini bermaruah, tentu tindakan segera akan diambil, apa lagi Malaysia adalah negara umat Islam.. Tak malu ke? 

Berikut Adalah 10 Negara Yang Mempunyai Bilangan Pekerja Seks Tertinggi Bagi Setiap 10,000 Orang:
    • 10. Thailand. 45 Pekerja Seks Setiap 10,000 Orang.
      • 329c
      • Pelacuran sebenarnya menyalahi undang-undang di Thailand tetapi ia boleh bertoleransi dengan masyarakat tempatan dan menjadi sebahagian perniagaan pelacuran yang dikawal selia.

      • 9. Jerman. 49 Pekerja Seks Setiap 10,000 Orang.

      • Tidak seperti negara Kesatuan Eropah lain, aktiviti pelacuran di jalanan yang tersebar luas dan teratur adalah sah di sisi undang-undang di Jerman.

      • 8. Malaysia. 52 Pekerja Seks Setiap 10,000 Orang.

      • Malaysia telah diletakkan Amerika Syarikat di dalam senarai hitam dalam kalangan negara yang mempunyai kes paling teruk isu permerdagangan manusia dan penyalahgunaan hak asasi manusia termasuk pelacuran kanak-kanak. 

      • 7. Brazil. 53 Pekerja Seks Setiap 10,000 Orang

      • Perkhidmatan pelacuran secara peribadi (seks untuk wang) di Brazil adalah sah di sisi undang-undang, tetapi ia menyalahi undang-undang untuk menjalankan perniagaan pelacuran atau mengambil pelacur dalam apa-apa bidang sekalipun.

      • 6. China. 60 Pekerja Seks Setiap 10,000 Orang. 
      • Pelacuran adalah haram di China tetapi ia dianggarkan menyumbang sebanyak lima peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahunan negara itu. 

      • 5. Nigeria. 63 Pekerja Seks Setiap 10,000 Orang. 

      • Statistik terkini pasaran pelancongan seks untuk wanita dewasa dari negara barat yang bercerai semakin meningkat di Nigeria

      • 4. Filipina. 85 Pekerja Seks Setiap 10,000 Orang. 
      • 31ed
      • Pelacur di negara ini memakai tag ID ‘bargirl’ di tempat awam dan sentiasa diuji dengan saringan STD. 

      • 3. Peru. 102 Pekerja Seks Setiap 10,000 Orang. 

      • Industri pelacuran di Peru juga adalah sah mengikut undang-undang untuk wanita berumur lebih 18 tahun jika mereka berdaftar dengan pihak berkuasa dan menunjukkan sijil kesihatan. 

      • 2. Korea Selatan. 110 Pekerja Seks Setiap 10,000 Orang. 

      • Bukan saja perkembangan ekonomi dan industri muzik berkembang di Korea Selatan malah industri seks juga dilihat terus meningkat meskipun terdapat sekatan undang-undang. 

      • 1. Venezuela. 119 Pekerja Seks Setiap 10,000 Orang. 
      • Keadaan ekonomi yang lemah di negara ini telah meningkatkan bilangan pelacur. Namun, hanya 20 peratus daripada pekerja seksual ini sebenarnya dilahirkan di Venezuela. Difahamkan, pelacuran di Venezuela adalah sah di sisi undang-undang dan dikawal selia. (IH)

    5 comments:

    Anonymous said...

    Tunggu fatwa dari mufti pahang

    Anonymous said...

    Tuang Punaisihat buat apa? Garu teloq kot...

    Anonymous said...

    Walau melacur , mereka tak tipu sapu rembat duit orang kan.

    Lagi mulia juga

    Anonymous said...

    Tuang Penasihat tengah training nak masuk Awang Selamat 2017. No time la nak nasihat2 neh.

    Wong Jowo said...

    Tu sebab satu kajian oleh sebuah badan bebas menyebut Malaysia di tempat 30 dari sudut keiislamannya. Singapura, Irland, Jepun di atas. Lepas ni nanti Malaysia akan turun ke tangga yang lebih menghampiri Atab yang dapat tempat ke 50.

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails