PAS mendedahkan pengalaman pahit ketika pernah bersama rakan tahaluf siyasinya yang hanya mementingkan calon ketika pilihan raya tetapi tidak mengendahkan mengenai aspek lain.
Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata rakannya itu lebih mengutamakan calon untuk bertanding tanpa fikir jentera parti yang harus diwujud bagi menjalankan kerja sepanjang berlangsung kempen dan selepasnya.
“Pertandingan dalam sesuatu pilihan raya bukan hanya sekadar menonjolkan ada calon sahaja. Jentera parti itu pun mesti wujud bagi menjalankan gerak kerja sepanjang kempen dan selepasnya.
“Kempen parti bukan setakat mempamerkan calon yang kononnya diiktiraf berwibawa dan boleh menang ketika pilihan raya semakin dekat tetapi juga persediaan setiap jentera dan petugas.
“Ada parti yang ada calon tapi jentera dan petugas langsung tak nampak ‘batang hidung’. Lebih malang, ada parti yang longgok poster calon dan bendera di pejabat dan markas PAS untuk minta petugas PAS menguruskannya.
“Kalau parti setahun dua ditubuhkan, PAS sentiasa membantu dan memaafkan kekurangan tersebut. Tetapi parti lama yang jenis yang hanya muncul masa musim pilihan raya dan berucap bergegar-gegar… maaflah!
“Sebenarnya, keadaan inilah yang akan cetus perebutan kerusi. Calon yang ada jentera bekerja di bawah tidak diberi kerusi manakala calon yang diberi kerusi tiada jentera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada PAS, DAP dan PKR telah berkubur akibat pertelagahan bersama DAP yang tidak bersetuju dengan dasar Islam diperjuangkan PAS, namun DAP masih bertahaluf bersama PKR.
Tambah Tuan Ibrahim, PAS dijadikan seumpama punching bag dengan pelbagai tuduhan kurang enak terutamanya fitnah yang paling banyak diulang iaitu kononnya hendak kerjasama dan ‘makan dedak’ UMNO.
“Ketika PRN Sarawak, PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, PAS diserang dengan hebat dari pelbagai penjuru. Serangan dari kawan (PKR) yang masih bertahaluf pun tidak kurang juga hebatnya.
“Maklumlah sudah dapat rakan baharu (PAN) yang kononnya dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan PAS. Meskipun diserang, hari ini nampaknya ramai pula mengharapkan kerjasama bersama PAS.
“Bukankah pelik untuk meminta kerjasama dengan sebuah parti yang dituduh sebagai pemakan dedak UMNO selama ini?” jelas Tuan Ibrahim lagi dalam kenyataan tersebut.
Mengerti dengan realiti politik semasa yang dialami, beliau berharap PAS akan terus melangkah ke hadapan dengan matlamat membawa rahmat kepada semua pihak dengan Islam.
“Sebagai parti yang lama dan mempunyai banyak pengalaman dalam kerjasama politik, PAS boleh mengenal ribut yang perlu diharungi melalui istiqamahnya.
“Membaca dan mengenal keikhlasan kawan atau kawan yang hanya ingin menumpang kekuatan yang ada pada PAS, menghidu musuh dan kepura-puraan musuh yang ingin berkawan.
“Juga menyedari bahawa PAS turut tidak boleh lari daripada kesilapan tetapi sentiasa istiqamah dalam usaha memperbaiki kesilapan dan mengatasi kekurangan,” kata Tuan Ibrahim.
Tambahnya, PAS kini sedang memperkukuhkan blok Gagasan Sejahtera dalam persedian menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang bersama-sama Parti Ikatan Bangsa Malaysia dan Berjasa.
“PAS kini perlu memperkasakan muafakat dengan rakan yang sedia menerima dasar yang dibawa oleh PAS. PAS sedang membina kekuatan blok Gagasan Sejahtera walaupun pelbagai cemuhan dibuat.
“Bagi PAS, ia lebih senang berpakat dengan yang jujur daripada yang hanya ingin mengambil kesempatan dalam muafakat. Ada orang sinis dengan gagasan ini apa lagi bila dikaitkan dengan Islam atau nilai Rabbani.
“Ia merasa akal manusia lebih hebat daripada apa yang diturunkan oleh Allah. Pedulikan pandangan naif ini kerana kemanisan madu tidak akan dapat dinikmati, melainkan orang yang meminumnya.
“Kini, fokus rakyat tertumpu kepada pilihan raya. Rakyat perlu menilai kerja berterusan parti bantu rakyat waktu senang dan susah. Wakil rakyat bukan hanya dilihat muncul waktu keraian, kematian atau perayaan sahaja.
“Tetapi rakyat perlu melihat kesungguhan mereka dalam membawa isu rakyat di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri serta bangkit berhujah dan membela nasib rakyat.
“Wakil rakyat perlu sedar ia adalah jawatan adalah amanah berat yang akan dihisab di akhirat. Pertimbangan kerja berasaskan nilai ukhrawi menyebabkan mereka sedar beratnya tanggungjawab.
“Bukan mengambil kesempatan membolot kekayaan dan bermegah dengan pelbagai gelaran lalu menekan dan menzalimi rakyat marhaen di saat mempunyai kuasa dan kemaruk mempertahankan kuasa.
“Jawatan dalam politik tidak boleh dilihat sebagai peluang membolot kekayaan peribadi dan kroni sendiri,” kata Tuan Ibrahim lagi menerusi kenyataan tersebut. – Agensi
22 comments:
Aik??? Gagasan Sejahtera pulok dohhh...waq hepe to PIGS???
Husam kan ada. Wan Rahim kan cakap Husam ada power 10. Di berucap, dia tampal poster, dia kempen, dia driver dan segalanya.
Kah kah kah
Surah al-kahfi
Ayat 103/..Katakanlah (wahai Muhammad) : Mahukah, kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yg rugi seruginya amal-amal perbuatannya?
Ayat 104/..”(iaitu) orang-orang yg sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yg mereka lakukan”.
Ayat 105/.."Merekalah orang-orang yg kufur dan ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan dengan-Nya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak."
iNI DIBUKTIKAN DENGAN PENDEDAHAN MAJOR ZADI.
Pengurusan PAN Pulau Pinang Paling Teruk - Mejar Zaidi
Saya telah menulis 2 bahagian berkenaan surat terbuka Mejar Zaidi Ahmad kepada Presiden PAN Mohamad Sabu. Bahagian akhir mengenai surat terbuka berkenaan akan saya perincikan pada artikel ini.
Pada bahagian akhir surat terbuka bertarikh 19 Jun 2016 tersebut Mejar Zaidi melahirkan rasa kekecewaannya kepada Mat Sabu atau pengurusan parti berkenaan di Pulau Pinang.
Petikan akhir surat berkenaan seperti berikut:-
Akhir sekali bang Mat orang Penang, adakah Amanah Penang adalah Amanah terbaik dari segi keahlian, aktiviti, pentadbiran dan sebagainya untuk menjadi contoh kepada Amanah di tempat2 lain?
Jika tidak kenapa, sedangkan di Penang Amanah adalah sebahagian dari kerajaan?
Pemimpin yang hebat ialah yang mampu menyelesaikan masalah bukan menjadi sebahagian dari masalah itu sendiri.
Mejar Zaidi sebelum menjadi ahli DAP adalah ahli parti PAN Kepala Batas. Dia adalah Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN) Bahagian Kepala Batas, Pulau Pinang.
Saya tak ada maklumat yang tepat mengenai bilangan ahli PAN di Pulau Pinang tetapi mengikut sumber yang rapat ahli PAN di Pulau Pinang sekitar 1000 orang sahaja.
Tapi saya mempunyai maklumat untuk Kepala Batas, Bukit Mertajam dan Bukit Gelugor kerana saya ada kenalan rapat di sana yang saya pernah bantu untuk PRU-12 bagi menumbangkan kerajaan BN. Seorang kenalan saya kini dah jadi orang kuat PAN.
Kenapa Mejar Zaidi marah sangat kepada Mat Sabu?
Cuba anda fikir ahli PAN yang berdaftar bagi Bahagian yang diwakili oleh Mat Sabu iaitu Bukit Mertajam hanya 50 orang sahaja. Dun Berapit, Dun Mat Sabu hanya 14 orang yang berdaftar sebagai ahli PAN!
Tergelak saya bila diberitahu Dun Berapit hanya 14 orang ahli PAN berdaftar. Nak tubuh AJK pun masih tak cukup kouta! INIKAH TARAF PRESIDEN PAN??
Saya juga dimaklumkan oleh kawan-kawan rapat termasuk seorang orang kuat PAN bahawa kawasan Mujahid Yusof Rawa iaitu Bahagian Bukit Gelugor hanya ada 40 orang ahli. Ahli PAN di Dun yang diwakili oleh Mujahid iaitu Dun Air Itam hanya ada 3 orang ahli PAN yang berdaftar. HAMPIR PECAH PERUT saya gelak!
Mejar Zaidi tak bengang pasal apa, dia mampu menarik lebih kurang 200 ahli PAN berdaftar untuk Bahagian Kepala Batas tapi tokoh hebat PAN hanya mampu tarik 3 orang ahli!!
Saya kata persatuan orang-orang buta di Dun Air Itam pun lebih daripada 10 orang. Ini hanya 3 orang. MANA NAK LETAK MUKA MUJAHID??
Kedua Mejar Zaidi ada menyebut tentang Mat Sabu adalah masalah kepada parti PAN di Pulau Pinang. Yang ini saya tak nak huraikan malam ini. Rasanya lebih baik tanya Mejar Zaidi sendiri biar dia terangkan.
Saya pun nak tidur awal malam ini, harap-harap dapat mimpi bertemu Mat Sabu dengan ahli dunnya 14 orang tersebut. Tapi saya tak boleh fikir bagaimana orang hebat berpidato macam Mujahid hanya dapat tarik 3 orang ahli... Baik saya berhenti sebelum perut saya sakit kerana terlalu banyak gelak!
Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com
Pemimpin2 parti prnjual agama Pas ni tk menggambarkan ciri2 akhlak spt nabi dan ajaran Islam. Bila bercakap selalu riak, angkuh, sombong dan bodoh disokong pulak walaun2 tolol.
Pas memalukan Islam.
Yang powernya ada pulak Periuk Leper yg lupakan Al Quran demi DAP tercinta. Walaupun ternyata DAP itu adalah anti Islam. Orang yg ingat Al Quran tak akan sekongkol dengan orang anti Islam macam DAP tu. Sebab hanya Abdullah bin Ubay di Madinah sanggup berkompromi dgn Yahudi Bani Qainuqa. Malangnya periuk leper pula kasih akan Bani Qainuqa modern yg bersemawam di Penang.
INGAT DAP INGAT ABU LAHAB. INGAT DAP INGAT ABU JAHAL. INGAT DAP INGAT BANI QAINUQA
Kat bawah ni ada proof dari Ismaweb yg DAP anti Islam
http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/
KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral
APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:
Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.
Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.
BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang
Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.
Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.
Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.
Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.
Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.
Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.
Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.
Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.
ingat PAN Ingat DAP. DAP adalah Tuan PAN adalah Khadam
Apasal PAN takkan bercakap pasal Islam jangankan nak perjuangkan. Eleeehhhh Khadam
https://aidcnews.wordpress.com/2016/08/20/jika-mahu-berbaik-semula-dengan-dap-pas-perlu-berhenti-cakap-isu-agama-dapsy/
Jika Mahu Berbaik Semula Dengan DAP, PAS Perlu Berhenti Cakap Isu Agama – DAPSY
“Saya rasa agak sukar untuk Parti Islam Semalaysia (Pas) kembali berbaik dengan DAP kecuali ada perjanjian agar tidak menyentuh bab agama dan perkauman,”.
Itu kata Pengarah Pendidikan Politik Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Chiong Yoke Kong ketika ditemubual MalaysiaGazette di pejabatnya baru-baru ini.
Katanya, DAP cuma tidak mahu agama atau perkauman dicampur aduk dengan kefahaman politik tetapi Pas berdegil mempertahankannya.
Asalkan bukan parti jual agama, Pas dan parti jual bangsa, Umno yg telah byk merosakkan umat Islam dan orang Melayu dulu, kini dan selamanyaaa..
Mengikut kenyataan DAPSY tersebut PAN pun bersetuju bhw agama tidak perlu dicampur adukkan dgn kefahaman politik.. Patutlah sampai sekarang PAN takde perlembagaan islam kerana takut membelakangi kenyataan DAPSY tersebut..
Pas memalukan Islam.
Walaupun parti kuali (parti serpihan) mempunyai 'ustaz', parti kuali takut bersuara untuk mengkritik pemimpin-pemimpin kafir harbi apabila pemimpin-pemimpin kafir harbi menghina Islam dan umat Islam.
Inilah akibat parti kuali bernaung di bawah ketiak Ultra Kiasu dan bergantung kepada bekalan dedak kafir harbi.
Dalam PRU13, parti-parti pembangkang mendapat pertambahan kerusi kerana mereka menggunakan jentera pilihanraya parti PAS untuk meraih undi dari rakyat. Tanpa jentera pilihan raya PAS, parti-parti pembangkang akan menjadi seperti kereta tanpa enjin dalam PRU14 !!!! Sekarang PAS sudah kenal siapa lawan dan siapa kawan ! Baguslah!
Sblm Pru 13, Pas tak pernah menang kerusi dun dan parlimen sebyk skrg hasil dari gabungan dlm PR. Slps kejayaan PH, Pas bersikap gunting dlm lipatan, musuh dlm selimut krn ketamakan pemimpin2 atasannya.
Ternyata Pas tk boleh berkawan dgn sesiapa pun, parti bertopengkan agama utk kepentingan individu2 tertentu membolot habuan dunia.
Pas memalukan Islam.
walau serban besor masih dok ikut ajaran sesat ayoh pink sedondon. ketua naik rovers, hellfire walaun dok honda fame. jadi ahli parlimen kereta terus mewah. rakyat dok biaq dok dalam khemah. terbaik la walaun.
Yang betul terbukti jual agama adalah pan.
Parti Islam mana geng2 lebainya makan dedak hasil curi 90juta? Merompak balak dan hasil negeri sambil berjoli di Krabi?
Pas terbukti menjual agama dan memalukan Islam.
Dulu, ulama PAS ini fitnah di Pulau Pinang tak boleh azan. Lepas tu, minta maaf.
Kali ini, cakap buruk kat Kak Wan sampai nak tanam kat Jirat. Lepas tu minta maaf.
Ulama PAS ini, memang suka macam ini ka?
Cakap tanpa fikir.
Lebih parah, kedua-dua ucapan melampau ulama pas ini, kat masjid/surau..
Kami ulamak maksum dan suci. Antara kami dan Allah tiada hijab. Kami sentiasa tahu niat kawan dan lawan sebab kami online dengan Allah. Blok ketiga kami dengan Ikatan sudah dapat restu Ilahi dan kami akan tadbir Malaysia bersama2 dengan Ikatan.
Sekarang ini nampaknya PAS menggunakan talian-talian hayat seperti fitnah, takfiri dan pendustaan untuk kelansungan PAS dan peliknya ia dilakukan oleh orang yang bergelar ustaz dan ulama.
Bagus juga ostat pas buat mcmni,nampak jelas kebangangan pas xyah susah2 rakyat nk menilai...Jgnla korang kutuk pas sbb pas xsalah dalam hal ni,pas sememangnya skrg parti yg dikuasai org3 pendek akal atau bahasa kasarnya dikuasai org2 yg bodoh
Dah tak ada pilihan, pas terpaksa bina blok ketiga bersama parti2 yg tak ada masa depan. Lebih baik pas gabung dgn umno sj
Post a Comment