Saturday, September 17, 2016

Pekerja Dijanjikan Kerja Baik Tetapi Diseksa. Negara Islamkah M'sia?

Dijanjikan Kerja Yang Baik Tetapi Diseksa

IMEJ Malaysia tercalar gara-gara dilaporkan ada sesetengah majikan yang  ‘menyeksa’ pekerja yang datang dari luar negara. Apalagi bila dikaitkan Islam sebagai agama bagi persekutuan negara ini. 

Kerana Islam menentang  kezaliman walaupun kepada pekerja luar negara atau dalam negara sendiri, semuanya perlu ditangani segera. Sebuah kerajaan yang mengaku Islam patut bertanggung jawab penuh supaya hal-hal seperti ini tidak berlau. Lihat hak pekerja dalam Islam seperti di bawah.

The India Times melaporkan seorang lelaki Punjab dari Amritsar, India mendakwa dirinya dilayan seperti hamba selepas datang ke Malaysia untuk bekerja.

Ishak Masih, seorang tukang jahit meninggalkan kampung halaman selepas konon dijanjikan pekerjaan yang baik bagi menampung tiga anaknya. Lelaki berusia 30 tahun itu mendakwa dilayan seperti hamba selepas bekerja di sebuah ladang di Johor Bahru selama sembilan bulan dan bekerja lebih 16 jam sehari. 

Lebih menyeksakan apabila perkerjaan yang dilakukannya itu tidak mendapat apa-apa bayaran. Tidak tahan dengan kehidupan itu, dia menghubungi rakannya di Amritsar bagi mendapatkan pertolongan daripada NGO untuk membawanya pulang.

"Saya tinggalkan kedai jahit untuk masa depan yang lebih cerah tetapi lain jadinya apabila dipaksa bekerja di ladang,” katanya yang datang ke negara ini pada Disember 2015.

Ishak berkata, dia membayar sekitar 1.25 lakh rupee (kira-kira RM7,712) kepada ejen untuk bekerja di luar negara. Katanya, pilihan pertamanya adalah di England namun ejen mendapatkan dia pekerjaan yang disangkanya lebih sesuai di negara ini.

Ishak kini selamat kembali ke kampungnya namun enggan berkongsi pengalaman kerana masih trauma dengan kejadian itu.

Hak Pekerja Dalam Islam.

Satu: Islam memposisikan pembantu sebagaimana saudara majikannya. Dari Abu Dzar RA: 
إِخْوَانُكُمْ خَوَلُكُمْ ، جَعَلَهُمُ اللهُ تَحْتَ أَيْدِيكُمْ
  • Saudara kamu adalah hamba kamu. Allah jadikan mereka dibawah kekuasaan kamu.” (HR. Bukhari no. 30)
Nabi SAW menyebut pembantu sebagaimana saudara majikan agar derajat mereka setara dengan saudara.
Dua: Beliau SAW melarang memberikan beban tugas kepada pembantu melebihi kemampuannya. Jikapun terpaksa itu dilakukan, beliau perintahkan agar majikan turut membantunya.
Dalam hadis Abu Dzar RA Nabi SAWbersabda:
وَلاَ تُكَلِّفُوهُمْ مَا يَغْلِبُهُمْ، فَإِنْ كَلَّفْتُمُوهُمْ فَأَعِينُوهُمْ
  • Janganlah mereka membebani mereka (hamba), dan jika kamu memberikan tugas kepada mereka, bantulah mereka.” (HR. Bukhari no. 30)
Tiga: Nabi SAW mewajibkan majikan untuk memberikan gaji pegawainya tepat waktu, tanpa dikurangi sedikit pun. Dari Abdullah bin Umar RA Nabi SAW bersabda:
أَعْطُوا الأَجِيرَ أَجْرَهُ قَبْلَ أَنْ يَجِفَّ عَرَقُهُ
  • Berikanlah upah pegawai (buruh), sebelum kering keringatnya.” (HR. Ibn Majah dan dishahihkan al-Albani).
Empat: Islam memberi peringatan keras kepada majikan yang menzalimi pembantu atau pegawainya. Dalam hadis qudsi dari Abu Hurairah RA Nabi SAW meriwayatkan, bahwa Allah berfirman:
ثَلاَثَةٌ أَنَا خَصْمُهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ… وَرَجُلٌ اسْتَأْجَرَ أَجِيرًا فَاسْتَوْفَى مِنْهُ وَلَمْ يُعْطِ أَجْرَهُ
  • Ada tiga orang, yang akan menjadi musuh-Ku pada hari kiamat: … orang yang mempekerjakan seorang buruh, buruh memenuhi tugasnya, namun dia tidak memberikan upahnya (yang sesuai).” (HR. Bukhari 2227 dan Ibn Majah 2442)
Dapat anda bayangkan, di saat kita sangat perlu kepada ampunan Allah, tetapi justru Allah menjadi musuhnya.
Lima: Islam memotivasi majikan agar meringankan beban pegawai dan pembantunya. Dari Amr bin Huwairits, Nabi SAW bersabda:
مَا خَفَّفْتَ عَنْ خَادِمِكَ مِنْ عَمَلِهِ كَانَ لَكَ أَجْرًا فِي مَوَازِينِكَ
  • Keringanan yang kamu berikan kepada hambamu, maka itu menjadi pahala di timbangan amalmu.” (HR. Ibn Hibban dalam shahihnya dan sanadnya dinyatakan shahih oleh Syuaib al-Arnauth).
Enam: Islam memotivasi agar majikan dan atasan bersikap tawadhu yang berwibawa dengan buruh dan pembantunya. Dari Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda:
مَا اسْتَكْبَرَ مَنْ أَكَلَ مَعَهُ خَادِمُهُ، وَرَكِبَ الْحِمَارَ بِالأَسْوَاقِ، وَاعْتَقَلَ الشَّاةَ فَحَلَبَهَا
  • Bukan orang yang sombong, majikan yang makan bersama hambanya, mau mengendarai himar (kendaraan kelas bawah) di pasar, mau mengikat kambing dan memerah susunya.” (HR. Bukhari dalam Adabul Mufrad 568, Baihaqi dalam Syuabul Iman 7839 dan dihasankan al-Albani).
Tujuh, Islam menekan semaksiamal mungkin sikap kasar kepada bawahan. Seorang utusan Allah, yang menguasai setengah dunia ketika itu, tidak pernah main tangan bawahannya. Aisyah menceritakan:
مَا ضَرَبَ رَسُولُ اللهِ شَيْئًا قَطُّ بِيَدِهِ وَلاَ امْرَأَةً وَلاَ خَادِمًا…
“Rasulullah SAW tidak pernah memukul dengan tangannya sedikit pun, tidak kepada wanita, tidak pula hamba.” (HR. Muslim 2328, Abu Daud 4786).
Nabi SAW juga pernah menjumpai salah seorang sahabat yang memukul budak lelakinya. Tepatnya ia sahabat Abu Mas’ud Al-Anshari. Seketika itu, Nabi SAW mengingatkan sahabat itu dari belakang:
اعْلَمْ أَبَا مَسْعُودٍ، لَلَّهُ أَقْدَرُ عَلَيْكَ مِنْكَ عَلَيْهِ
  • Ketahuilah wahai Abu Mas’ud, Allah lebih kuasa untuk menghukummu seperti itu, dari pada kemampuanmu untuk menghukumnya.”
Ketika Abu Mas’ud menoleh, dia terkejut kerana ternyata Rasulullah SAW. Spontan beliau langsung membebaskan hambanya. Nabi SAW memujinya:
أَمَا لَوْ لَمْ تَفْعَلْ لَلَفَحَتْكَ النَّارُ
  • "Andai engkau tidak melakukannya, niscaya neraka akan melahapmu.” (HR. Muslim 1659, Abu Daud 5159, Tumudzi 1948 dan yang lainnya).
Bukan manusia yang pemberani ketika dia hanya boleh menzalimi bawahannya. Bersikap keras kepada bawahan justru merupakan tanda bahawa dia tidak berwibawa.
Nabi SAW bersama pembantunya
Anas bin Malik RA, adalah diantara daftar pernah menjadi pembantu Nabi SAW. Selama hampir 9 tahun lamanya, sejak di usia 10 tahun, beliau melayani Nabi SAW.

Berikut testimoni sahabat Anas :
Rasulullah SAW adalah orang yang paling baik akhlaknya. Suatu hari (sewaktu aku masih kanak-kanak), beliau menyuruhku untuk tugas tertentu. Aku bergumam: Aku tidak mau berangkat. Sementara batinku meneriakkan untuk berangkat menunaikan perintah Nabi Allah. Aku pun berangkat, sehingga melewati gerombolan anak-anak yang sedang bermain di pasar. Aku pun bermain bersama mereka. Tiba-tiba Rasulullah SAW memegang tengkukku dari belakang. Aku lihat beliau, dan beliau tertawa. Beliau bersabda: “Hai Anas, berangkatlah seperti yang aku perintahkan.” “Ya, saya pergi sekarang ya Rasulullah.” Jawab Anas. Beliau memberi kesan:
وَاللهِ! لَقَدْ خَدَمْتُهُ سَبْعَ سِنِينَ أَوْ تِسْعَ سِنِينَ مَا عَلِمْتُ قَالَ لِشَيْءٍ صَنَعْتُ: لِمَ فَعَلْتَ كَذَا وَكَذَا. وَلاَ لِشَيْءٍ تَرَكْتُ: هَلاَّ فَعَلْتَ كَذَا وَكَذَا
Demi Allah, aku telah melayani Nabi SAW selama 7 atau 9 tahun. Saya belum pernah sekalipun beliau berkomentar terhadap apa yang aku lakukan: “Mengapa kamu lakukan ini?”, tidak juga beliau mengkritik: “Mengapa kamu tidak lakukan ini?” (HR. Muslim 2310 dan Abu Daud 4773).
Dalam cuplikan sejarah beliau yang lain, Rasulullah SAW sangat beri perhatian terhadap keperluan pembantunya. Bahkan sampai memberi semangat untuk menikah. Dari Rabi’ah bin Ka’b al-Aslami, beliau menceritakan:
Saya pernah menjadi pelayan Nabi SAW. Beliau menawarkan: “Wahai Rabi’ah, kamu tidak menikah?” Aku jawab: “Tidak ya Rasulullah, saya belum ingin menikah. Saya tidak punya dana yang cukup untuk menanggung seorang isteri, dan saya tidak ingin disibukkan dengan sesuatu yang menghalangiku untuk melayani anda.

Rasulullah SAW kemudian berpaling dariku. Setelah itu beliau bertanya lagi: “Wahai Rabi’ah, kamu tidak menikah?” Aku pun menjawab dengan jawaban yang sama: “Tidak ya Rasulullah, saya belum ingin menikah. Saya tidak punya ….dst.”

 Rasulullah SAW kemudian berpaling dariku. Kemudian aku ralat ucapanku, aku sampaikan: “Ya Rasulullah, anda lebih tahu tentang hal terbaik untukku di dunia dan akhirat.” Aku bergumam dalam hatiku: “Jika beliau bertanya lagi, aku akan jawab: Ya.”
Ternyata Nabi SAW tanya lagi untuk yang ketiga kalinya: “Wahai Rabi’ah, kamu tidak menikah?” Aku langsung menjawab: “Ya, perintahkan aku sesuai yang Anda inginkan.” Selanjutnya, Nabi SAW memerintahkanku untuk mendatangi keluarga fulan, salah seorang dari suku Anshar… (HR. Ahmad 16627, Hakim 2718 dan at-Thayalisi 1173).
Tidak hanya bersikap baik dalam urusan dunia, Nabi SAW juga memperhatikan urusan akhirat pembantunya. Beliau pernah memiliki seorang pemabntu yang masih remaja beragama Yahudi. Suatu ketika si Yahudi ini sakit keras. Nabi pun menjenguknya dan memperhatikannya. Ketika merasa telah mendekati kematian, Nabi SAW  menjenguknya dan duduk di samping kepalanya.

Beliau ajak anak ini untuk masuk Islam. Anak spontan melihat bapaknya, seolah ingin meminta pendapatnya. Bapak mengatakan: ‘Taati Abul Qosim (nama Nabi SAW).’ Dia pun masuk Islam. Setelah itu ruhnya keluar. Nabi SAW meninggalkan rumahnya dengan mengucapkan:
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنْقَذَهُ مِنَ النَّارِ

  • Segala puji bagi Dzat Yang telah menyelamatkannya dari neraka.” (HR. Bukhari 1290).
(IH)


2 comments:

Anonymous said...



Kita takleh nak heran pun

Klu buat FITNAH pilkuda merapu2 pun boleh lepas skalipun tanpa bukti & saksi!?

Coba FITNAH merapu pilkuda camtu buat kat USA Jepun Spore @ Korea amacam?

Negara2 yg blogger PIGS dan macai2 PIGS tuduh sbg sekuler lah LGBT lah dan kafir HARBIlah..mrk tu lebih telus dan betul2 JUJUR mnegakkan sbnr2 kbnaran dan KEADILAN, agar penguasa & hakim2 tidak boleh samaskali memBODOHkan rkyt nya!

TAPI, kat Negara ini yg uturn PONTENG belit khianat berpusing2 FITNAH pilkuda merapu2 pun maseh dianggap ulamak suci terlepas drp sgl dosa dan masih lg sah mnjd imam semayang...hahaha apa nak jd laa

#ibnuhashimkantoi said...

Ibnuhashim coba menegak benang yg basah. Dikaburkan isu sebenar dgn ayt Quran dan Hadis, dgn niat menghalalkan cara.

Sebagai ingatan kepada mereka ug bercadang untuk mencuba nasib di negara kafir, yg kononnya lebih masyuuuk dan lumayan drpd negara kita sendiri, ingatlah....kalau visa yg kedutaan keluarkan adalah visa pelawat, maknanya TAK BOLEH bekerja dan korang dah ditipu bulat2 oleh agen2 tak bertanggungjwb. Jgn cari pasal. Agen gemok boroi penuhkan karung, korang esok menyesal tak sudah.

Hati2 nak percaya janji2 manis. "If its too good to be true, it probably is." Dalam Malaysia ni byk kerja boleh buat. Kalau setakat nak kerja kutip buah, tak payah pergi jauh2 eh, Malaysia pun boleh. Jgn kata org tak nasihat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails