Saturday, September 17, 2016

Pembangkang Hanya Berjaya Jika Pas Komited. Namun DAP Terus Menghasut.



KL: NAMPAKNYA PAS semakan mahal sekarang, walaupun sebelumnya PAS diserang, dimaki hamun, oleh musuh-musuh politiknya yang sama-sama dalam pembangkang. Yang meludah dulunya kini sudah jilat kembali.
Sehingga lahirnya kata-kata, rundingan kerjasama politik antara parti pembangkang hanya akan berjaya jika Pas komited dengan usaha tersebut.
Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata sekali gus menghasut, ini kerana pihaknya percaya ada dalam kalangan pemimpin Pas yang tidak mahu rundingan itu direalisasikan.
"Saya  percaya halangan utama membabitkan sebilangan pemimpin Pas. Bagi Pakatan Harapan, kami tiada masalah begitu juga parti Bersatu.
“Sekiranya mereka tidak mahu berunding, rakyat harus sedar bahawa mereka (pemimpin Pas) tidak lagi bersama dalam agenda reformasi untuk menggantikan Umno dan mungkin mempunyai niat untuk menyelamatkan Umno,” katanya lapor Sinar Harian.
Hasil carian imej untuk Nga Kor Ming
Namun Nga Kor Ming terus menghasut lagi, ahli dan penyokong Pas wajar memberikan tekanan kepada pimpinan mereka supaya kembali ke meja rundingan bagi mencerahkan peluang Pas mengekalkan kerusi yang dimenangi pada PRU13.
“Jika tidak saya yakin Pas akan kalah di semua kerusi yang ditandingi di Selangor, Perak dan mungkin tinggal beberapa kerusi sahaja di pantai timur,” katanya.  (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails