Thursday, September 29, 2016

Playboy Tampilkan Wanita AS Muslim Berhijab. Apa Muslihatnya?

Playboy Tampil Wanita AS Muslim Berhijab

WASHINGTON DC – Setelah 62 tahun memaparkan wanita bogel, majalah terkenal antarabangsa Playboy mula mengurangkan foto model seksi ‘bertelanjang bulat’ mulai keluaran Mac lalu.

Kali ini untuk edisi khas Renegades keluaran Oktober depan, majalah ‘cuci mata’ golongan lelaki itu turut menampilkan seorang wanita Muslimah warga Amerika Syarikat (AS) yang berhijab sebagai gadis penghias.
Keluaran istimewa tersebut memaparkan beberapa kisah menarik melibatkan individu lelaki dan wanita yang dikatakan sanggup bertarung nyawa mengambil risiko tinggi untuk mencapai impian dikehendaki
Noor Tagouri, seorang wartawan berketurunan Libya dan berusia 22 tahun itu berjaya ‘memecah tembok’ halangan definisi wanita seksi untuk majalah tersebut apabila beliau berbangga dapat muncul mengenakan hijab.
Playboy Tampil Wanita AS Muslim Berhijab
Playboy Tampil Wanita AS Muslim Berhijab 
Mengenakan jaket kulit warna gelap, berseluar jean dan bersepatu Converse, Noor kini bertugas menghasilkan laporan berita untuk Newsy, sebuah rangkaian berita video pendek popular di AS sejak beberapa tahun lalu.
Gadis ini bercita-cita mahu menjadi penyampai berita wanita berhijab pertama menerusi stesen televisyen negara kuasa besar dunia itu yang lazim memaparkan wanita dedah aurat rambut, berskirt mini dan belahan buah dada.
“Secara jujur, saya fikir menjadi wanita Muslim berhijab akan membantu saya mendapat kepercayaan daripada subjek diwawancara sekali gus menghasilkan laporan berita yang jauh lebih baik,” katanya kepada Playboy.
Bagaimanapun, kemunculan Noor yang mempunyai lebih 100,000 pengikut menerusi media sosial di AS itu turut menerima kritikan dan kebencian segelintir netizen tempatan apabila menyifatkan beliau seperti dieksploitasi.
Playboy Tampil Wanita AS Muslim Berhijab
Playboy sinonim pornografi, ia menjadi simbol seksualisasi dan pemerdagangan tubuh wanita selama enam dekad, tetapi hanya kerana majalah ini ubah imej, maka kita boleh tolak ansur,” kata seorang pengguna tidak dikenali.
Namun Noor menafikan tanggapan persepsi negatif tersebut dan menjelaskan, penampilan dirinya berhijab boleh dianggap seumpama dakwah kepada pembaca bukan Muslim memahami keindahan syiar Islam dari sudut busana.
“Memakai hijab sebenarnya beri tenaga kepada saya sendiri dan bantu saya untuk buat apa yang saya mahu buat, malah tudung skaf sebegini tidak mengubah laporan berita saya,” kata beliau kepada akhbar Washington Post.
Playboy yang diasaskan Hugh Hefner bermula di Chicago pada 1953 hasil pinjaman duit daripada ibunya sendiri sebanyak AS$1,000 ketika itu kini dijual lebih 700,000 naskhah setiap keluaran. – Agensi. 

Apa Muslihatnya? (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails