Blog Mynewshub memaparkan keluhan Facebook Pial Khadilla Abdullah seperti di atas.. Antaranya menyebutkan..
Saya tidak akan berkahwin lagi di bawah Undang-undang Syariah negara ini!
Saya benar-benar bosan, kecewa dan sedih dengan sistem yang mengecewakan. Saya telah memfailkan perceraian 6 tahun yang lalu. ENAM TAHUN LALU dan pada 23 Mei 2016, saya akhirnya mendapat perceraian saya.
Apabila hakim membacakan keputusan itu, saya begitu gembira, ia adalah kata-kata termanis paling bermakna pernah saya dengar.
Kemudian selepas 14 hari, pihak lelaki merayu terhadap keputusan hakim dan saya terkapai-kapai di sini sekali lagi. Perceraian tergantung dan menanti untuk proses rayuan, yang mana sehingga hari ini unit rayuan sendiri tidak pasti sama ada mereka telah menerima kenyataan rayuan tersebut, tetapi mahkamah tidak boleh mengeluarkan surat perceraian saya kerana rayuan telah dibuat.
Berapa lama lagi??? Berapa lama lagi Mahkamah Syariah Malaysia??? Saya ketandusan wang dan letih. Untuk perbicaraan rayuan ini, saya harus mengupah peguam dan mengeluarkan wang beribu ringgit lagi.
Puas hati awak Ahmed? Saya tahu awak membaca status ini. Saya tahu itu niat awak, untuk buat saya kehabisan wang tanpa memikirkan kesemua duit itu sepatutnya digunakan untuk anak-anak.
Enam tahun penantian dan sekarang saya harus menunggu lagi. Untuk berapa lama?
Bila agaknya Mahkamah Shariah atau mereka yang berkuasa untuk bersuara atau melakukan sesuatu akan mengambil tindakan? Agaknya jika saya membunuh diri baru kes seperti ini akan mendapat perhatian. Selagi saya masih hidup, selagi itu saya akan bersuara tentang apa yang berlaku sekarang adalah contoh sebenar bahawa wanita di negara ini diabaikan dan tidak dipertahankan oleh undang-undang keluarga mahkamah shariah.
Di mana-mana ada saja pemerkasaan wanita di sana sini, disokong oleh pelbagai kementerian dan agensi. Ini soalan saya kepada anda; apa yang anda perkasakan sebenarnya???
Hari ini, saya mempunyai empat kes.
- Rayuan untuk perceraian tersebut
- Hak penjagaan anak
- Nafkah anak
- Hak untuk melawat anak
Semua kes diuruskan secara berasingan dan setiap satu memerlukan jumlah wang yang berasingan.
Semuanya bermula 6 tahun lalu. Kenapa ia mengambil masa yang begitu lama? Orang bertanya kepada saya. Saya TIDAK TAHU. Apa yang salah? Siapa yang harus dipersalahkan? Saya TIDAK TAHU. Saya hanya tahu saya akan berjuang sehingga mati untuk mendapatkan perceraian ini. Tiada siapa yang boleh memaksa saya untuk bersama dengan seseorang yang saya tidak mahukan lagi. Kepada semua pejuang hak-hak wanita di luar sana. Lakukanlah sesuatu yang bermakna. Bantulah wanita yang sedang mempertahankan hak mereka dalam perkara seperti ini.
Pagi ini di mahkamah, saya menyaksikan perbicaraan satu pasangan tentang nafkah anak. Si ayah begitu cerewet sehingga mempersoalkan harga ayam dan ikan kerana merasakan RM180 sebulan untuk kos makan seorang anak terlalu mahal?
Demi Tuhan! Apa yang telah berlaku kepada nilai kemanusiaan? Saya amat sedih dan dan tidak percaya sesiapapun yang memberitahu saya tentang sistem yang sudah ditetapkan. Kerana ia tidak seharusya begitu! Banyak lagi yang boleh dilakukan.
Kongsikan status ini kepada seramai orang yang mungkin, dan saya harap sesiapa yang berkemampuan untuk melakukan sesuatu kepada sistem kita AKAN mengambil tindakan tentang perkara ini. Perjuangkanlah untuk setiap nafkah anak yang tidak dibayar. Untuk setiap wanita yang emosi dan hidupnya terseksa kerana menunggu bertahun-tahun untuk proses perceraian selesai. Untuk wanita yang kehilangan hak keatas dirinya sendiri. Ketelusan, keadilan dan penguatkuasaan perlu untuk masa depan yang lebih baik bagi pihak lelaki dan wanita.
Luahan insan yang letih fikiran dan emosi. Seorang ibu dan wanita.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Oleh itu sokonglah perlaksanaan Islam secara menyeluruh, bukan separuh-separuh. Islam sebagai asas pentadbiran, perundangan, syariat dalam negara, masyarakat dan kekeluargaan.
Islam bukan setakat 'agama' dalam ertikata dan perlembagaan sekular. Begitulah jadinya bila 'bukan Islam' yang memerintah, tetapi Islam diperintah. Puak-puak jahil menjadi pemimpin negara umat Islam. Agama hanya tempelan bukan asas perlaksanaan. Undang-undang sivil mengatasi undang-undang syariat.
Sekurang-kurangnya, sokonglah RUU 355 (Syariah Islam) yang dibawa dan diperjuangkan oleh PAS. Atau bantah RUU 355 tersebut dengan menyetujui Lim Guang Eng.
(IH)
Luahan insan yang letih fikiran dan emosi. Seorang ibu dan wanita.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Oleh itu sokonglah perlaksanaan Islam secara menyeluruh, bukan separuh-separuh. Islam sebagai asas pentadbiran, perundangan, syariat dalam negara, masyarakat dan kekeluargaan.
Islam bukan setakat 'agama' dalam ertikata dan perlembagaan sekular. Begitulah jadinya bila 'bukan Islam' yang memerintah, tetapi Islam diperintah. Puak-puak jahil menjadi pemimpin negara umat Islam. Agama hanya tempelan bukan asas perlaksanaan. Undang-undang sivil mengatasi undang-undang syariat.
Sekurang-kurangnya, sokonglah RUU 355 (Syariah Islam) yang dibawa dan diperjuangkan oleh PAS. Atau bantah RUU 355 tersebut dengan menyetujui Lim Guang Eng.
(IH)
No comments:
Post a Comment