Thursday, September 29, 2016

Sindiket Pelacuran WeChat Tumpas. Tahniah, Polis K'tan.

Hasil carian imej untuk Sindiket pelacuran WeChat tumpas Tiga orang pelacur warga Thailand yang ditahan dibawa ke Mahkamah Kota Bharu bagi mendapatkan perintah reman semalam.


KOTA BHARU – Satu sindiket pelacuran yang menawarkan khid­mat seks melalui aplikasi WeChat tumpas selepas lima ahlinya termasuk dua bapa ayam ditahan dalam tiga serbuan di Jalan Seri Cemerlang di sini kelmarin.
Dalam serbuan serentak di tiga buah premis hotel kira-kira pukul 12 tengah malam itu seorang pelanggan berusia 22 tahun turut ditahan ketika sedang melanggan seorang pelacur warga Thailand.
Pegawai Turus Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Asisten Superintendan Nik Rosdi Nik Yahya berkata, sindiket yang dipercayai baru beroperasi seminggu lalu itu menggenakan caj antara RM180 hingga RM230 bagi setiap khidmat seks yang ditawarkan. 
Tahniah Polis Kelantan.  (IH)

1 comment:

  1. Tinggi juga permintaan maksiat zina di Kelantan. Mesti melayu islam yang menjadi pelanggan teramai.

    ReplyDelete