Sunday, September 18, 2016

Tembusi Minggu Fesyen Muslimah New York, Konon. Bagaimana Hukum Peragakan Wanita?


Fesyen Muslimah Tembusi Minggu Fesyen New York

JULUNG-JULUNG kalinya fesyen berhijab atau muslimah berjaya dipentaskan di Minggu Fesyen New York (NYFW).

Bukan mudah untuk pereka fesyen baharu untuk mendapat peluang sebegitu apatah lagi dengan krisis yang melanda di sesetengah negara Eropah yang mengharamkan hijab dan fesyen muslimah.

Namun pereka fesyen dari Jakarta, Indonesia, Anniesa Hasibuan berjaya memecah tradisi tersebut apabila rekaannya berjaya diperagakan di pentas berprestij itu. 


Fesyen Muslimah Tembusi Minggu Fesyen New York

Anniesa dengan koleksinya yang diberi nama D’Jakarta menjadi perhatian penonton apabila kesemua model yang memperagakan busananya mengenakan hijab. 

Menurut laman Berita MediaCorp, pereka berusia 28 tahun itu menampilkan 48 set busana terdiri daripada 38 koleksi baju siap pakai dan 10 gaun gah yang dihiasi mutiara dan corak-corak rumit.

Koleksi tersebut diinspirasikan dari kepelbagaian budaya di Indonesia diterjemahkan menerusi penggunaan pelbagai jenis fabrik, corak dan batu permata.


Fesyen Muslimah Tembusi Minggu Fesyen New York
Fesyen Muslimah Tembusi Minggu Fesyen New York

“Terkenal dengan gaya-gaya uniknya yang menggambarkan kepelbagaian budaya, ibu kota Indonesia memberi inspirasi kepada Anniesa untuk sekali lagi mempamerkan keindahan kepelbagaian etnik di Indonesia,” tulis pereka itu di laman Instagramnya.


Manakala pemilik Haute Hijab, Melanie Elturk berkata, “Walaupun ramai yang menganggap fesyen sebagai sesuatu yang bukan serius dan hanya untuk bersuka-suka, saya yakin dengan kuasa fesyen.”

Semoga kejayaan Anniesa di NYFW secara tidak langsung membuka minda dan menghentikan pandangan serong terhadap hijab dan pakaian muslimah. 



Komen Weblog Ibnu Hasyim: Fesyen Islam konon.. Menepatikah dengan kehendak Islam yang melarang memperagakan wanita?

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis


2 comments:

Anonymous said...

Ber jaya jugak Orang Indonesia perkenal dan didik Bangsa Bukan Muslim dengan pakaian tutup aurat juga HIJAB

Tahniah

Lebih baik dati Fesyen HIPPO buat di DUBAI dulu.....

Anonymous said...

Pertandingan ratu cantek Awang Selamat bagaimana pula?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails