PADA hari ini, tanggal 13 Oktober, kaum wanita di seluruh dunia meraikan No Bra Day atau Hari Tanpa Bra bagi memberikan peringatan kepada kaum wanita untuk menjalani pemeriksaan mammogram sejak diperkenalkan pada tahun 2011.
Hashtag #NoBraDay kini trending di laman-laman sosial ini juga mengajak kaum wanita untuk menyokong ‘gerakan mini’ yang memperjuangkan nasib penghidap barah nombor satu yang menyerang kaum wanita di seluruh dunia itu.
Bagaimanapun, hari komemoratif ini tidak mendapat sambutan secara meluas oleh kerana tanggapan orang ramai terhadap payu dara yang secara amnya dipandang hanya sebagai objek seksual semata-mata.
Namun, penyokong perayaan ini menekankan bahawa sambutan ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran bahawa pemakaian coli sebenarnya dianggap sebagai satu ‘beban’ yang menyekat kebebasan dan keselesaan.
Suka ataupun tidak, No Bra Day sudah tentu akan tetap menjadi kontroversi dalam kalangan masyarakat sejagat hatta di Barat sekalipun.
Ini, 5 sebab alasan mereka.
Ini, 5 sebab alasan mereka.
1. Bra Tidak Lakukan Apa-Apa Untuk Payu Dara: Satu kajian daripada Universiti Franche-Comte di Perancis oleh Prof. Jean-Dennis Rouillon mendapati otot payu dara wanita yang todak memakai coli lebih kuat berbanding wanita yang memakainya. Kajian yang sama, mendalami responden wanita selama 15 tahun, mendapati bahawa bra tidak membantu untuk meningkat kesihatan atau rupa bentuk payu dara wanita.
2. Tidak Memakai Bra Melancarkan Edaran Darah: Bra yang ketat menyukarkan pergerakan darah sekali gus mengakibatkan ketidakselesaan. Namun, buah dada yang tidak disokong oleh bra akan lebih tegang dan sihat oleh kerana peredaran darah yang baik.
3. Payu Dara Lebih Tegang: Kajian Rouillon mendapati bahawa puting wanita yang tidak memakai bra lebih menimbul 7 milimeter lebih daripada wanita yang memakai bra.
4. Lebih Selesa: Kaum wanita berasa lega dan selesa setiap kali menanggalkan bra mereka.
5. Tidak Memakai Bra Menjadikan Anda Lebih ‘Dekat’ Dengan Buah Dada Anda: Ya, ‘hubungan’ anda dengan payu dara akan lebih rapat kerana anda berpeluang untuk menyentuh bahagian itu tanpa halangan bra yang ketat. Malah, anda juga secara tidak langsung mampu melakukan pemeriksaan payu dara sendiri di rumah di samping mammogram oleh pakar.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Perlukah budaya tak bercoli ini disekat masuk ke Malaysia? Dalam Islam budaya tutup aurat itu perlu diperluaskan dengan lebih giat lagi bagi mengimbangi gerakan dedah aurat.. Apa kata Mufti?
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Perlukah budaya tak bercoli ini disekat masuk ke Malaysia? Dalam Islam budaya tutup aurat itu perlu diperluaskan dengan lebih giat lagi bagi mengimbangi gerakan dedah aurat.. Apa kata Mufti?
Wow Ibnu Hasyim hari jumaat pun cerita seks kah,patut cerita ceramah agama barau betul.
ReplyDeleteT.kasih.
ReplyDeleteTunggu, lepas ni kuliah pengajian hari Jumaat.