KUALA LUMPUR: Cadangan Rang Undang-undang Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) bagi memperkasa mahkamah syariah di negara ini dilihat mampu menangani pelbagai jenayah syariah, termasuk kelahiran anak luar nikah.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSiM), Datuk Mahamad Naser Disa berkata, undang-undang lebih ketat diperlukan bagi membendung kelahiran anak luar nikah, ekoran peningkatan kes itu saban tahun.
Beliau berkata, pada 2013 hingga 2015, kira-kira 159,000 anak luar nikah dilahirkan di negara ini.
“Kuasa hukuman mahkamah syariah yang kini dibataskan kepada kadar maksimum penjara 3 tahun, denda RM5,000, 6 kali sebatan syar’ie tidak lagi memberi pengajaran kepada pesalah syariah.
“Kalau kita tidak cegah dari sekarang, kita nak tunggu zaman anak cucu baru kita nak cegah, ia sudah terlambat,” katanya pada Forum Mega Pemantapan Syariat: Tanggungjawab Parlimen dan Hak Umat Islam di Pusat Islam, hari ini.
Pada 26 Mei lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul Rang Undang-undang Persendirian, iaitu Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 (RUU 355) di Dewan Rakyat.
Mahamad Naser berkata, walaupun usul itu dikemukakan parti pembangkang, ia turut mendapat sokongan pemimpin kerajaan dan ramai yang melihat perkembangan itu sebagai detik menyatukan umat Islam. (IH)
21 comments:
Nak cegah kelahiran anak-anak luar nikah dengan
hukuman lebih keras lagi?
HEHEHEHE..........boleh ke......?????
Dengan hukuman yang sedia ada, kanak-kanak diflush
dalam jamban, ditinggalkan di kaki-kai lima, di surau
di hutan, di sungei, di busut-busut atau ditanam hidup-hidup.
Kalau dibuat undang-undang yang lebih keras, tak tahu
apa lagi kekejaman yang menunggu anak-anak yang tidak
berdosa itu.
Minta maaf, saya tidak percaya hukuman keras boleh
menghentikan kelahiran anak-anak luar nikah.
Yang penting asuhan dan didikan.
Jika berlaku juga, si ibu perlu dibantu, bukan
menghukum dengan merejam sampai mati.
Siapa yang mahu mati secara kejam begini....???
Cara paling mudah, hapuskan bukti!!!
Peraturan dan hukum Allah dibuat untuk mencegah. Isu yg penting disini adalah tentang kefahaman islam itu sendiri dlm diri kita. Sepatutnya pihak yg berwajib melihat kepada pokok paling asas yakni cara hidup islam. Siapa yg patut dan bertanggung jwb? Mana peranan ulamak, mufti, imam, ostaz2.
Peraturan dan hukum Allah dibuat untuk mencegah. Isu yg penting disini adalah tentang kefahaman islam itu sendiri dlm diri kita. Sepatutnya pihak yg berwajib melihat kepada pokok paling asas yakni cara hidup islam. Siapa yg patut dan bertanggung jwb? Mana peranan ulamak, mufti, imam, ostaz2.
Mengapa takut pada Pindaan RUU 355 jika anda tidak melakukan maksiat?
Mengapa mecipta pelbagai alasan untuk menolak Pindaan RUU 355 jika anda bukan munafik?
Jika anda seorang ibu atau bapa, adakah anda mahu melihat anak-anak anda bebas minum arak dan mabuk, main judi dan membawa teman balik ke rumah untuk berzina dll?
Hanya kaki maksiat dan munafik dan kafir harbi yang bencikan Pindaan RUU 355 kerana maksiat yang telah menjadi darah daging mereka sehinggakan mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk berzina, minum arak, berjudi dll. Bahkan sebilangan dari mereka sanggup melakukan upacara syirik untuk mendapat nombor ekor dll.
Jika umat Islam dihalang dari melakukan kemungkaran, yang akan menanggung kerugian besar ialah towkay judi, towkay arak, bapa dan ibu ayam dll maka tidak hairanlah kafir harbi pun turut tentang Pindaan RUU 355. Sudah tentu kaki maksiat tidak mahu melihat kafir harbi mengalami kerugian besar dan menutup pusat maksiat mereka! Nak masuk neraka memang sangat mudah !
Pindaan RUU 355 memberi lebih banyak kuasa kepada mahkamah syariah supaya mahkamah syariah boleh berfungsi dengan cekap dan berkesan untuk kebaikan umat Islam.
Tajuk perbahasan ialah: Anak Luar Nikah, Pindaan
RUU 355 Mampu Bendung. So, stick to this topic only PLEASE.
MAMPU KE RUU355 bendong kelahiran anak luar nikah....???
Apakah hukuman berat mampu membendung kelahiran anak luar nikah....???
Jawab ini sahaja, tak perlu melalu ke benda-benda lain.
Sebagai org yg turut hendak memertabatkan mahkamah syariah, saya yakin RUU 355 ialah jawapan yg terbaik buat masa ini.
Tapi pada siapa yg tak berapa yakin pastinya boleh membuat atau merangkakan sesuatu yg lebih baik dari RUU 355. Makanya mereka akan ada alasan kukuh utk menolak RUU 355!!
Pihak berkuasa enggan melaksanakan Hudud (hukum Allah) kerana pihak berkuasa lebih suka menjaga hati orang kafir dan mengetepikan hak Allah.
Pada waktu ini RUU 355 adalah pilihan terbaik yang ditawarkan oleh PAS kepada kita supaya mahkamah syariah boleh berfungsi dengan lebih baik dan berkesan untuk mencegah kemungkaran di kalangan umat Islam.
Hansard Parlimen tahun 1984, dimana pada tahun itu, kerajaan Malaysia telah mengusulkan untuk meminta Akta RUU 355 iaitu menaikkan denda dan membertakan hukuman ke atas pesalah-pesalah syariah.
Cadangan pindaan itu dibawa oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato' Dr Mohamad Yusof Mohamad Nor pada 10 Oktober 1984
Namun, usul tersebut telah dibantah oleh Ahli Parlimen PAS Pengkalan Cepa, TG Ustaz Nik Aziz Nik Mat.
Semasa perbahasan, almarhum TG Nik Aziz menyatakan beliau tidak bersetuju dengan cadangan pindaan kerana ianya tidak mencapai maksud hukuman yang diperuntukkan oleh Islam.
Ertinya dapat kita faham mengapa TG Nik Aziz menolak pindaan RUU 355 kerana bukanlah hukuman hudud, dan apabila ia bukan hudud maka tidaklah menjadi kewajipan untuk menyokongnya malah TG Nik Aziz mengambil keputusan untuk menolaknya.
Jadi apakah rosak iman, kafir TG Nik Aziz lantaran menolak usul pindaan RUU 355 dahulu?
Anon 7:50 PM,
Apakah pilihan terbaik pada masa ini kerana pihak berkuasa enggan melaksanakan Hudud (hukum Allah)? Berikan cadangan positif !
Anon 7:54
Jgn fikir asyik nk menghukum org saje. Fokus pd cara mendidik dan nasihat berhemah bermula dari rumah beserta penglibatan golongan ugamawan mendidik masyarakat melayu.
Adakah hukuman berat terhadap penagih dadah dpt mengurangkan bilangan penagih melayu Islam? Jawab secara jujur
Untuk pengetahuan semua, saya mengenali ramai juga bebudak Pas Subang dan Shah Alam yang menagih ganja. Ini bukan fitnah dan saya tahu ramai yang juga sedia maklum keadaan ini.
Perkara ini berlaku secara sorok2 dan tidaklah terlalu terbuka, namun kita boleh kenal siapa yang terlibat. Malah semasa solat Maghrib dan Isya' ramai yang lalok.
Kita minta setiausaha2 bahagian yang dimaksudkan, sila ambil perhatian perihal tindak tanduk anak2 buah anda.
HARAKAH RUGI tiada pembacanya lagi.....masih lagi nak sembang..
Kasi free pung orang tak nak.....alergik......
Anon 9:55 PM menulis Adakah hukuman berat terhadap penagih dadah dpt mengurangkan bilangan penagih melayu Islam? Jawab secara jujur
Jawapan kita:
Ini bererti undang-undang sekular telah gagal mengurangkan kadar jenayah. Maka manusia tidak wajar mempertikai dan menolak hukum Allah setelah mereka melihat kegagalan undang-undang dan sistem undang-undang buatan manusia !
Anon 10:04 PM,
Mana bukti? Tuduhan tanpa bukti adalah fitnah !
Anon 10:23 PM,
Mana bukti? Dakwaan tanpa bukti adalah fitnah !
Anon 9:10 PM,
Kita bersetuju dengan pendapat anda. Walaubagaimanapun, orang-orang Melayu tetap terdedah kepada godaan-godaan hedonistik kerana orang-orang Melayu hidup dalam sistem sekular. Oleh sebab itu, kita perlu menukar sistem sekular kepada sistem Islam untuk meminimakan gejala-gejala yang tidak sihat dalam masyarakat. Pembasmian punca-punca masalah moral dll boleh memperbaiki akhlak masyarakat.
walaun anon 10.23
jgn ikut perangai lebai2 Pas yg kuat menipu. ruu 355 adalah undang2 buatan manusia bkn hudud Allah. Kenaikan denda dan had hukuman mahkamah syariah membuktikan kegagalan institusi agama, para ilmuwan Islam dan parti lebai tua Pas mentarbiah/mendidik org Islam melayu selama puluhan tahun tak berkesan.
Agama dan bangsa lain sedang mentertawakan kebodohan pemimpin2 islam mentadbir.
Hahahahaha kita tau siapa mereka yang terlbat. Nak bukti yang macamana nak bagi puas? Gambar2? Hidden Video? Suka kan nak tengok aib orang? Bukannya nak tolong betulkan, lagi cuba nak mengelak. Pergi sendiri recce apa yang patut, dapatlah bukti.
Saya dedahkan ni pun dah rasa tak sedap kerana kebanyakan adalah rakan2 sendiri. Kalau saya tunjuk bukti disini apa tindakan seterusnya? Sekadar nak buktikan dakwaan itu bukan fitnah? Lu Sapa?
Saya sarankan anon 10.57 sila buat legwork sedikit, sekurang2nya telefon ke bahagian yang disebutkan. Tanya sendiri, betul atau tidak. Lepas tu tanya lagi sehingga puashati. Masa ketika itulah nak bertanya mintak bukti bagai, bukannya disini.
Sahut dan sambutlah seruan Tuhan kamu (yang mengajak kamu beriman), sebelum datangnya dari Allah - hari yang tidak dapat ditolak; pada hari itu tidak ada bagi kamu tempat berlindung (dari azab-Nya), dan tidak ada pula bagi kamu sebarang alasan untuk menafikan (kesalahan yang telah kamu lakukan). Oleh itu, jika mereka berpaling engkar, maka Kami Tidak Mengutusmu (Wahai Muhammad) Sebagai Pengawas terhadap mereka; TUGASMU TIDAK LAIN HANYALAH MENYAMPAIKAN (Apa Yang DiPerintahkan Kepadamu).
- Surah Asy-Syura 42: 47-48
Surah al-kahfi
Ayat 103/..Katakanlah (wahai Muhammad) : Mahukah, kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yg rugi seruginya amal-amal perbuatannya?
Ayat 104/..”(iaitu) orang-orang yg sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yg mereka lakukan”.
Ayat 105/.."Merekalah orang-orang yg kufur dan ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan dengan-Nya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak."
Post a Comment