HALAMAN HIBURAN
KL– Bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim membuat keputusan untuk berhijab pada 1 Muharam lalu.
Azrinaz berkata, sudah lama dia menyimpan hasrat untuk berhijab, akhirnya hasratnya itu termakbul.
Mengambil keberkatan hari penuh kemuliaan untuk bertudung, Azrinaz menyifatkan penghijrahan itu memberikan ketenangan yang amat luar biasa kepadanya.
Bagi Azrinaz, keputusan yang diambil itu semata-mata kerana memenuhi tuntutan agama dan tiada sebarang kaitan dengan apa-apa isu melibatkan peribadinya seperti yang dilaporkan di media sebelum ini.
“Kebetulan ketika meraikan ulang tahun kelahiran baru-baru ini saya mula memikirkan secara serius untuk bertudung. Tidak lama selepas tarikh hari lahir saya, menyusul 1 Muharam membuatkan saya nekad untuk berhijrah.
“Alhamdulillah, ini adalah permulaan baharu dalam kehidupan saya,” kata Azrinaz, petik Utusan.
Azrinaz yang kini berada di Dubai atas urusan perniagaan turut berkongsi kegembiraan ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat dengan penghijrahan imej yang dilakukannya.
Kata Azrinaz, sebelum nekad menutup aurat, beliau terlebih dahulu mempersiapkan dirinya dengan mendalami ilmu agama.
“Seperti orang lain, saya juga mahu menjadi individu yang lebih baik berbanding sebelum ini. Saya sentiasa percaya setiap orang harus berusaha untuk menjadi lebih baik dan keputusan berhijrah ini adalah titik permulaan buat saya. Doakan saya supaya terus istiqamah dalam melalui kehidupan,” jelas Azrinaz lagi.
Ketika ditanya mengenai spekulasi hubungan cintanya dengan ikon fesyen, Wak Doyok yang dilaporkan sudah berakhir, Azrinaz menyifatkan perkara itu sebagai tiada isu.
Bahkan, beliau juga enggan berkongsi apa-apa mengenai hal itu kerana baginya banyak lagi perkara lebih penting yang harus diberi keutamaan. (S tv)
Harap Azrinaz menyertai PAS & menjadi 'role model' muslimat. Boleh buat roadshow berceramah pusing Malaya bersama muslimat & pemuda Pas.
ReplyDeleteLebai Parti Islam SeMalaysia (PIS) Tontowi, Takiir,Abdoh .. akan longgar sorbann & akan urutt janggot kerna semangat jihad akan berkobar2 bila melihat Azrinaz dah menjadi muslimah jamaah.
ReplyDeleteMulut kita jahat sangat
DeleteMana tak jahat lebai marang tukang ajor.
DeleteMana tak jahat lebai marang tukang ajor.
DeleteAstaghfirullah... byk2kanlah istighfar sedara. Usia tak menongkat langit
ReplyDelete