Friday, October 14, 2016

Beri Alasan Bodoh Tidak Mahu Sertai Bersih 5 – Mat Sabu

Beri Alasan Bodoh Tidak Mahu Sertai Bersih 5 - Mat Sabu
KUALA LUMPUR – Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu meminta rakyat Malaysia jangan memberi alasan bodoh untuk tidak menyertai demonstrasi jalanan Bersih 5.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu mendakwa kononnya Bersih 5 bukan mahu meniru kekecohan Arab Spring bagi menumbangkan kerajaan negara Islam di Timur Tengah.
“Terlalu bodoh orang yang mengatakan himpunan BERSIH meniru atau lanjutan daripada Arab Spring.
“Mereka yang mengatakan himpunan Bersih ala Arab Spring adalah suatu kebodohan dan berpura-pura serta suatu alasan yang diada-adakan oleh mereka yang tidak mahu menyertai himpunan ini,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Ramai pihak bagaimanapun menolak usaha gerakan anti kerajaan dan Pakatan Harapan mengadakan perhimpunan jalanan Bersih 5.
Malah, PAS terlebih dahulu mengumumkan bahawa parti itu tidak akan terlibat lagi dalam demonstrasi yang menimbulkan banyak kekecohan sebelum ini.
Penganjur Bersih 5 mendakwa demontrasi jalanan itu kononnya untuk mendesak sistem pilihan raya yang lebih adil, namun umum mengetahui ia sebenarnya satu perhimpunan untuk memburuk-burukkan kerajaan dan memenangkan pembangkang.
Lebih malang apabila penganjuran perhimpunan Bersih sebelum ini turut disertai gerakan yang memperjuangkan hak kebebasan secara melampau termasuk Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).
Penganjuran Bersih 4.0 pada tahun lalu menyaksikan peserta perhimpunan itu turut mengadakan upacara memijak-mijak gambar dua pemimpin parti politik Melayu terbesar di Malaysia iaitu Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – mynewshub.cc

10 comments:

Ir Anonymous said...

Kalau PAS tak nak sertai Bersih 5, PAN tak perlu peduli sebagaimana org melayu tak peduli pun PAN nak join Bersih 5 yg mungkin ada perjuangan LGBT di dalamnya sebagaimana di Bersih 4..

Anonymous said...

PAS dah berkawan dengan UMNO,dah sehati dan sejiwa ,mana nak pandang BERSIH 5.Selepas PRU 14 nanti baru PAS tahu langit tinggi atau rendah.Kalau menang di Kelantan dan bebrapa kerusi DUN atau MP di tempat lain yang sudah dimenangi PRU13 tak apalah.Tetapi kalau PAS banyak mengalami kekalahan dikerusi DUN dan MP, barulah mereka sedar betapa mereka diperbodohkan UMNO.

Anonymous said...

Adakah PAS hanya menggunakan alasan LGBT bersama Bersih sahaja? Perlu di ingat LGBT itu adalah fitnah dan propaganda Umno bila menghadapi Bersih. Adakah PAS juga sudah mula menerima fitnah dan propaganda Umno? Sedangkan PAS sendiri tahu Bersih hanya menuntut keadilan dalam pilihanraya tetapi PAS menggunakan fitnah dan propaganda Umno sebagai fakta. Perlu di ingat kejayaan PAS dalam PRU13 adalah dari gerakkan Bersih yang ketika itu dipimlin oleh Mat Sabu selain isu-isu lain. Sepatutnya PAS tidak perlu menggunakan fitnah dan propaganda Umno sebagai alasan. Biarkan sahaja Bersih dan tolaklah dengan berhemah. Semoga Allah memberikan kita pertunjuk yang benar.

Ir Anonymous said...

Jadi masih ada yg tak nampak akan penyertaan golongan penyokong amalan LGBT masa Bersih 4? Takpe cuba perhatikan serta kenali mereka nanti masa Bersih 5..

Anonymous said...

Kenapa puak sekuler lebral pan sibuk sangat nak hentam pas buat kerja sendiri ikutlah nak buat apa pun janganlah sibuk nak hentam pas aja hari2 itu sebab pan dimana saja sekarang orang ramai dah tak layan sebab sibuk sangat fitnah pas. Tahulah umno biaya pan secara sulit tapi jangan tunjuk sangat.

Ir Anonymous said...

https://www.facebook.com/aren.ghaziah/videos/156546074804990/

Video solidariti utk mat sabu dalam mempertahankan Bersih 5..

Anonymous said...

Adakah dengan kehadiran kelompok tertentu di dalam gelombang besar rakyat menjadikan sesuatu gelombang rakyat itu salah? Adakah kita menghukum selepas menerima fitnah dan propaganda Umno sebagai fakta? Semoga kita diberikan pertunjuk oleh Allah.

Anonymous said...

Sepatutnya sesuatu gelombang rakyat dinilai agenda dan perjuangannya. Bersih memperjuangkan pilihanraya yang adil dan bersih, jika rakyat merasakan perjuangan ini perlu maka mereka akan bersama-sama. Begitu juga himpunan Fastaqim yang dianjurkan PAS dahulu, jika rakyat rasakan perjuangan ini mendatangkan kebaikan kepada rakyat mereka akan bersama. Tak perlulah salah menyalahkan sesuatu itu dengan menafikan hak rakyat. Diharapkan janganlah menggunakan fitnah dan propaganda Umno bagi menidakkan perjuangan rakyat yang lain.

Anonymous said...

Biarkan...Golongan perasan maksum ni tak boleh ditegur...nanti dikafirkan sukahati makbapak dia

Anonymous said...

Sape kata Dap jahat? Dorang tak curi macam Penyamun Maksum...Dap siap hulur duit lagi untuk orang susah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails