Saturday, October 08, 2016

Bersih, Agenda Yahudi Kata Bekas Peguam Anwar. Benarkah?


Bersih: Agenda Yahudi Hancur Negara Islam - Bekas Peguam Anwar
Bersih: Agenda Yahudi Hancur Islam – Bekas Peguam Anwar 
Oleh Yuktes Vijay (bekas peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim)
SEBAGAI mukadimah, nama asal Bersih ialah Joint Action Committee for Electoral Reform yang ditubuhkan pada Julai 2005 oleh tiga badan bukan kerajaan atau NGO iaitu :
a) SUARAM – dana daripada NED sebanyak AS$85,000
b) Women’s Development Collective – dana daripada Open Society
c) Writers Alliance for Media Independence (WAMI) – ditaja NED

Selepas 2 hingga 3 tahun, barulah Bersih menyerap masuk NGO yang lain. Kini Bersih merupakan sebuah gabungan 81 buah NGO dengan 60 daripadanya adalah haram dan tidak pernah pun didaftarkan.
Ambiga Sreevenasan telah mengaku dalam portal The Malaysian Insider pada 27 Jun 2011 bahawa BERSIH 2.0 ditaja oleh dua badan dana asing memang yang berpengkalan di Amerika Syarikat (AS).
Organisasi tersebut ialah National Democratic Institute (NDI), salah satu cabang daripada NED (National Endowment for Democracy) dan Open Society Institute (OSI).
NED milik Carl Gershman, NDI milik Madeline Albright, manakala OSI pula milik George Soros. Ketiga-tiga orang berbangsa Yahudi ini mempunyai hubungan yang rapat dengan Anwar Ibrahim.
Malah hubungan yang terjalin semasa Anwar menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri. Ini bukan sekadar tuduhan jahat atau fitnah yang dilemparkan untuk mengaibkan Anwar.
Laporan portal Maxim News melaporkan bahawa Anwar ialah Ahli Majlis EksekutifInternational Crisis Group (ICG). Anwar difahamkan dilantik pada Jun 2006 iaitu 2 tahun selepas Anwar dibebaskan daripada penjara
Sesuatu yang harus diberikan perhatian di sini ialah semua ahli ICG termasuk George Soros dan pengasas ICG, Mark Malloch Brown adalah berbangsa Yahudi, kecuali hanya Anwar Ibrahim.
Antara mereka ialah bekas Setiausaha Dalam Negeri AS, Morton Bramowitz; Pengerusi Kawalan Senjata Api AS, Kenneth Adelman dan bekas Penasihat Pertahanan Negara Presiden AS, Zbignew Brzezinsk.
Penglibatan Anwar dalam organisasi seperti ICG dan NED tidak harus diambil ringan. Analisa penglibatannya adalah penting untuk mengaitkan tujuan dan motif sebenar penubuhan BERSIH.
Polis provokasi Bersih 3.0
Ada banyak muslihat di sebalik setiap demonstrasi BERSIH. Lihat kronologi ringkas di bawah :
BERSIH 1 : Jumpa Yang di-Pertuan Agong
Serahkan memorandom yang mengemukakan 4 permintaan iaitu (dalam bahasa Inggeris) :
  1. Clean up of the electoral roll
  2. Use of indelible ink
  3. Abolition of postal voting for military and police personnel
  4. Free and fair access to mass media for all parties
BERSIH 2 : the Walk for Democracy (demonstrasi jalanan dalam erti kata lain)
Serahkan memorandom yang mengemukakan 8 permintaan (dalam bahasa Inggeris)
  1. Clean up of the electoral roll
  2. Reform of postal ballot
  3. Use of indelible ink
  4. Minimum 21 days of campaign period
  5. Free and fair access to mass media for all parties
  6. Strengthening of public institutions
  7. No corruption
  8. No dirty politics
BERSIH 3 : Duduk Bantah (percubaan untuk lakukan revolusi Arab Spring)
Kali ini, demonstrasi tetap dilakukan waima 7 daripada 8 permohonan dikemukakan BERSIH telah dipersetujui untuk diimplementasi oleh Parliament Select Committee(PSC).
Hanya satu permintaan tidak dapat ditunaikan PSC iaitu tempoh kempen pilihan raya di Sabah dan Sarawak selama 21 hari tetapi permintaan tersebut masih lagi dibincangkan.
Namun, demonstrasi tersebut tetap dijalankan atas alasan BERSIH khuatir dan tidak mempercayai perlaksanaan permintaan mereka. Adakah ini satu alasan yang berbaloi?
HAKIKATNYA BERSIH 3 TERPAKSA DIJALANKAN WALAU DENGAN APA JUA CARA KERANA IA MERUPAKAN AGENDA TERAKHIR PERANCANGAN UNTUK MENGGULINGKAN KERAJAAN.
Rancangan jahat ini dirancang Maureen Aung (seorang ahli OSF). Tujuan BERSIH 1 memberi memorandum kepada Agong agar apabila penggulingan kerajaan berlaku, rakyat tidak boleh tuduh ia satu penderhakaan terhadap Raja.
Alasan yang bakal digunakan mereka ialah memorandum tersebut sudah diserahkan kepada Agong. Namun Agong pula akan dituduh sebagai tidak mengambil sebarang tindakan susulan.
Langkah ini sememangnya bijak kerana walaupun mengikut Perlembagaan, Agong yang melantik pengerusi serta pegawai SPR, namun dalam secara realiti Agong sekadar mengiktiraf perlantikan atas nasihat Perdana Menteri
Asas inilah yang mendorong BERSIH (atas nasihat Maureen) untuk menggunakan warna KUNING pada baju peserta, iaitu WARNA DIRAJA konon sebagai simbol Kuasa Rakyat telah memenangi Kuasa Raja.
Ini adalah Modus Operandi, cara dan kaedah yang sememangnya telah lama digunakan dengan jayanya oleh pihak NED dan Open Society di beberapa buah negara lain di seluruh dunia.
Gelaran operasi khas BERSIH tersebut ialah ‘REVOLUSI WARNA’
Freedom House, National Democrat Institute, International Republican Institute, CIA, MOSSAD, USAID, CIDA, Albert Einstein Institution dan Open Society Institute telah mengaku penglibatan secara langsung.
Mereka terlibat secara langsung melalui sumbangan dana, pengaruh media asing pro-Zionis dan latihan untuk membuat rusuhan di beberapa negara sebelum ini.
Antara negara yang pernah menjadi mangsa campur tangan badan-badan asing ini ialah:
Georgia (Rose), Nicaragua, Ukraine (Orange), Kyrgyzstan (Tulip), Pakistan (Black), Lubnan (Cedar), Kuwait (Blue), Myanmar (Safron), Tibet (Crimson) dan Iran (Green). – Mynewshub.cc/HAA

No comments:

Post a Comment