Saturday, October 15, 2016

Bintang Hollywood, Lindsay Lohann Dulu Bawa Quran, Kini Pakai Tudung..

Lohan Pakai Tudung, Timbulkan Tanda Tanya Peminat

HALAMAN HIBURAN

LOS ANGELES – Bintang Hollywood, Lindsay Lohan yang sering terpalit dengan kontroversi masalah tingkah laku dan alkohol sekali lagi menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminatnya apabila memuat naik gambar memakai hijab.

Menerusi Instagram peribadinya, penyanyi dan pelakon ini dilihat mengenakan maxi dress dan tudung corak bunga-bunga disamping seorang wanita ketika berkunjung di sebuah kem pelarian di Gaziantep, Turki.
Bersama foto yang menjadi teka -teki itu, Lohan membuat kapsyen berbunyi; “Saya bertemu seorang pekerja bantuan (Azize) di Kem Pelarian di Antep. Apabila saya memuji kecantikan tudung yang dipakainya, dia melambai ke arah saya dan mengatakan “Mari ikut saya”. Saya pun pergi ke arahnya dan dia menghadiahkan tudung ini kepada saya. Saya amat terharu dan tersentuh dengan hadiah ini maka saya memakainya sebagai tanda penghargaan atas sikap murah hati dan kasih sayang yang saya terima daripada semua orang di kem tersebut. Terima kasih.”
Lohan Pakai Tudung, Timbulkan Tanda Tanya Peminat
Lohan Pakai Tudung, Timbulkan Tanda Tanya Peminat
Terdahulu, Lohan pernah mengejutkan netizen apabila dilihat membawa al-Quran.
Pelakon wanita yang pernah membintangi filem I Know Who Killed Me dan Mean Girls itu mengakui sedang membaca kitab suci tanpa menyembunyikan apa-apa.
Malah menerusi kata-kata Lohan kepada sebuah laman antarabangsa, dia akui sedang mengenali Islam kerana rasa ingin tahu dan bersikap terbuka untuk mendalami kepercayaan lain.
“Saya seorang yang kuat beragama bagi seorang penganut Katolik, namun terbuka untuk mendalami kepercayaan lain,” katanya. 
Malangnya di Malaysia, ada pemimpin dan isteri bukan Islam, yang memimpin umat Islam pun tidak begitu atau tidak pernah bertudung begitu. 
Atau pemimpin atau isteri pemimpin mengaku Islam pun ada yang tak pernah bertudung langsung.begitu? Na'auzubillahi min zalik. (IH)

1 comment:

Anonymous said...

Hidayah itu milik Allah bkn milik parti Pas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails