Saturday, October 08, 2016

Dibedah, Alat Rangsang Seks Tersangkut, Malu! Tapi Sebenarnya Kerana Arak..

Alat Mainan Seks Tersangkut, Wanita Jalani Pembedahan

SEORANG wanita mengalami tersangat malu selepas bersama teman lelakinya di bilik tidur, berakhir dengan insiden yang tidak disangka-sangka.

Iaitu alat rangsang seksnya tersangkut (vibrator) di bahagian dalam alat sulitnya. Menurut wanita itu, Emma Phillips, 24, dia dan kekasihnya, Lee cuba menarik keluar alat mainan seks tersebut namun tidak berjaya hingga memaksa mereka menghubungi ambulans.

“Selepas sejam mencuba, saya tahu saya perlu ke hospital,’’ katanya yang berasal dari Wallasey, Wirral.

Arak
Memandangkan dia dan Lee mengambil minuman keras sebelum itu maka mereka tidak boleh memandu kereta ke hospital, seperti yang diakui Emma. Itu sebenar puncanya.

“Saya terpaksa membuat panggilan yang paling memalukan iaitu menghubungi ambulan pada pukul 7 pagi. Operator yang menjawab panggilan terbabit meminta saya menceritakan apa yang berlaku dan saya tiada pilihan kecuali memaklumkan semuanya,’’ katanya.
Dalam masa lima minit, ambulans tiba dan mereka dibawa ke sebuah hospital di North Wales.
Emma terpaksa menghabiskan masa selama 45 minit perjalanan di dalam ambulans dengan bertenggek di atas kerusi sebelum dibawa ke bilik untuk pemantauan.emma
Ketika itu, kata Emma, ia bukan mengenai kesakitan sangat sebaliknya lebih kepada kejutan dan akibat arak.
“Pada mulanya kami menyangka ia sesuatu yang menggelikan hati namun kami sedar ia bukan satu jenaka apabila doktor memberitahu saya terpaksa dibedah.
“Jika vibrator itu gagal dikeluarkan, mereka terpaksa memotong sedikit usus untuk mengeluarkan alat terbabit. Itu bermakna saya terpaksa memakai beg colostomy selama enam bulan,’’ katanya.
Alat berkenaan akhirnya berjaya dikeluarkan dan doktor turut menawarkan kepada Emma untuk menyimpannya namun ditolak oleh wanita itu. Emma kemudiannya menceritakan pengalaman berkenaan dalam akaun Facebooknya. 

Boleh Ke Guna Alat Bantu Seks/Perangsang Dalam Islam?

Ada yang berpendapat ianya 'kurang baik'. Kerana lebih kurang seperti perbuatan masturbasi atau onani sahaja.

Al-Quran Surah Al Mu’minun(23):5-7,

  • dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barang siapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.
Dari ayat di atas, jelas bahawa hanya kepada pasangannya (baik itu isteri atau hamba) seorang lelaki (suami) boleh menyalurkan hasrat seksualnya.

Ada juga yang beralasan..

“Tapi, selaku isteri, saya tidak memperoleh kepuasan dari suami, sehingga saya menggunakan alat bantu seks (dildo/vibrator).. Setidaknya saya dapat hindari dari najis zina.."

Lihat juga ayat ini..

  • dan bahwasanya Dialah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki dan perempuan, — dari air mani, apabila dipancarkan.” (QS An Najm(53):45-56)
Solusi

Rumusan ringkasnya..

  • Jika anda masih single dan punya hasrat seksual yang tinggi, ya solusi paling benar adalah menikah!
  • Jika anda sudah bersuami, tapi merasa kurang puas usai berhubungan seks dengan suami, ada baiknya anda bicara langsung dengan suami.
  • Jika anda seorang janda, tetap tidak disarankan menggunakan alat bantu seks (dildo, vibrator) untuk memuaskan hasrat seksual anda. 
Begitulah kira-kira.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails