Wednesday, October 12, 2016

Haramkan Kempen Ini Di M'sia! Kempen Biadap Hina Islam (Ubah Solat Jumaat Ke Hari Sabtu.)

Gila3

Kuala Lumpur: HARAMKAN kenpen ini di Malaysia, kerana kempen ini biadap dan hina Islam. Mereka seolah-olah mencabar umat Islam se dunia. Kata Weblog Ibnu Hasyim.

"Mereka menghina Islam, dengan kempen biadap merubah hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT dan agama Islam itu sendiri." Kata editornya Hj Mohd Hasyim.

Hal ini ditimbulkan berikutan berita dari London menyebutkan, bahawa fahaman liberal di United Kingdom (UK) nampaknya sudah semakin berani menetapkan ‘peraturan sendiri’ apabila mencadangkan Muslim di negara itu melaksanakan Solat Jumaat pada Sabtu.

Cadangan pemindahan hari tersebut dijalankan melalui sebuah petisyen ‘Saturday Reformist Jumaah’ yang dipercayai diketuai oleh seorang kolumnis akhbar Malay Mail Online, Farouk A Peru.

Farouk yang juga merupakan salah seorang penulis buku G25, mengatakan alasan pemindahan tersebut dinilai kerana hari Jumaat merupakan hari yang sibuk untuk golongan bekerja di UK.


Pemindahan solat Jumaat kepada hari Sabtu itu juga menurut Farouk dapat mengurangkan beban golongan pekerja awam dan pekerja swasta.

3
Bukan setakat itu sahaja, Farouk turut meminta orang ramai tidak kira agama ataupun orientasi seksual (golongan LGBT) untuk bersama- sama mengerjakan Solat Jumaat.
Perkara ini membuatkan ramai netizen khususnya di Malaysia menyatakan bantahan dan menolak sepenuhnya cadangan golongan liberal ini yang jelas bertentangan jauh daripada ajaran Islam.
Bagi sesiapa yang kenali Farouk dengan lebih dekat, beliau dianggap pengamal pemikiran bebas di mana menerusi penulisan di dalam buku G25, beliau mempamerkan, kononnya, ‘versi’ Islam yang tidak pernah dilihat dalam keilmuan Islam.
"Pemerintah dan bahagian agama perlu campur tangan dan bertindak segera, dalam masalah ini. Ini masalah besar, masalah aqidah, pihak berwajib perlu tangani segera, supaya fahaman itu tidak bersarang kukuh di negara ini. 

"Cadangan Mahkamah Syariah dinaikkan martabatnya perlu disokong bersungguh-sungguh." Jelas editornya, Hj Mohd Hasyim lagi. (IH)

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

12 comments:

Anonymous said...

Bukan ka akta 355 juga mengubah hukum yg d tetapkan

Anonymous said...

Baca balik akta itu bodoh. Buang masa layan lu.

Anonymous said...

RUU 355 undang2 sekular ciptaan manusia.

Anonymous said...

Kalau begitu, arwah tgna yang membantah ruu yang sama pada tahun 1984 pun bodoh juga ke?

Engko tu yang patut baca sampai habis, jangan dok harapkan pada penipuan yang diaampaikan oleh lebai2 munafiq dalam Pas. Jangan jadi bodoh ikut macam orang buta.

Anonymous said...

AnonOctober 12, 2016 at 11:15 AM macam bontot ayam.

Makin banyak keluar makin busuk.

Anonymous said...

Engko tu yg macam bontot ayam. Sedarlah diri tu sikit.

Anonymous said...

Walaun tolol penjual agama hanya tau angguk2 geleng2 bila tuan guru ajaran sesat berfatwa songsang.

Anonymous said...

Mula mula baca saya rasa macam nak bangkang dan marah.. Tapi selepas berfikir sejenak kemarahan itu terpaksa saya pendam dulu...sebab kena refer kepada komen Dap samada perkara ini relevan atau tidak untuk dibangkang...hormatilah tahaluf kita agar tidak jadi tahallol aka bahalol... :-)

Anonymous said...

Tahaluf siyasi 90juta lagi berbaloi..

Anonymous said...

sabar sedara nanti kita dengar ulam tuan guru LGE kata apa baru kita patuh... yang lain tu sumer badigal....baghal... kih... rakmatan klik alamai...

Anonymous said...

Kat UK mengganggu waktu kerja. Sbb org Islam minoriti. Klu kat Malaysia kita bt la Kempen Tukar Cuti Hujung Minggu kpd Jumaat Sabtu. Senang crite. Kan org Islam di Malaysia ni majoriti.

Anonymous said...

ruu 355 dgn solat jumaat adalah 2 perkara berbeza. Jgn biarkn kebencian anda kpd pas membutakan mata hati anda.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails