Sunday, October 16, 2016

Hebatnya Islam, Bila Pihak Zakat Cari Orang Susah, Bantu! Lihat Kisah Gadis Ini..

Adik Jual Nasi Lemak Dibantu Lembaga Zakat Selangor

ALHAMDULILLAH , kisah seorang gadis belasan tahun yang gigih berniaga di hadapan sebuah bank demi meringgankan beban keluarganya yang viral sebelum ini, mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor.

Remaja yang masih tidak diketahui namanya ini difahamkan menjual nasi lemak masakan ibunya di hadapan sebuah cawangan Maybank di Ampang semenjak dua bulan lalu.
Menerusi laman facebook, Lembaga Zakat Selangor memaklumkan pihaknya sudah menghulurkan bantuan kepada keluarga itu.
“Alhamdulilah ada masyarakat prihatin kepada adik ini dan LZS juga sudah menyalurkan bantuan kepada keluarganya.
“Ayahnya Ahmad Sanusi, 43 tidak bekerja kerana sakit jantung dibantu LZS untuk kos pembedahan RM14,000 pada Mei lalu,” tulisnya.
Adik Jual Nasi Lemak Dibantu Lembaga Zakat Selangor
Difahamkan, ibunya kini bekerja di pasaraya bagi menampung keperluan anak-anak berumur 15, 12, 11, 7 dan 3 tahun.
Sebelum ini, gambar adik tersebut sedang duduk di kerusi menanti nasi lemaknya terjual mendapat perhatian dan ramai netizen menzahirkan rasa terharu dengan kecekalannya mencari rezeki meringankan beban keluarga.
Tidak kurang juga yang mendoakan adik tersebut berjaya dalam kehidupan dan keluarganya beroleh kesenangan. 

Lapor MYNEWSHUB.CC

Tahniah pihak zakat Selangor.

No comments:

Post a Comment