Saturday, October 15, 2016

Indonesia Perangi Seksual Songsang. Tangkap Gay Bercium.

Hasil carian imej untuk seks songsang
JAKARTA – Dua lelaki ditahan di wilayah Sulawesi Utara, Indonesia selepas salah seorang daripada mereka memuat naik beberapa keping gambar di laman Facebook yang menunjukkan mereka bercium di atas katil, kata polis semalam.
Dalam gambar berkenaan, kedua-dua lelaki berusia 22 dan 24 tahun itu bercium tanpa memakai baju dengan mesej: “Dengan kekasih saya malam ini. Semoga cinta kita kekal selama­nya.”
Polis tempatan mengeluarkan satu kenyataan mengesahkan mereka mengambil tindakan berkaitan ‘pornografi LGBT’ (lesbian, gay, biseksual dan transgender) antara dua orang lelaki yang bercium dan berpelukan.
“Kedua-dua lelaki berkenaan juga mengaku mereka adalah individu di dalam gambar tersebut,” kata polis.
Mereka berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun sekiranya didapati bersalah memuat naik bahan lucah di internet.
Indonesia yang merupakan sebuah negara dengan penduduk majoriti Islam dilihat semakin meningkatkan usaha memerangi minoriti seksual songsang.
Pemerintah negara itu juga berusaha untuk menyekat aplikasi mudah alih mesra gay di Google dan aplikasi Apple kerana didakwa mempromosi ‘penyimpangan seksual’.
Sentimen antigay mula meningkat awal tahun ini selepas Menteri Pengajian Tinggi Indonesia, Muhammad Nasir memberi amaran aktiviti pro-LGBT di kampus universiti dan mengharamkan kumpulan tersebut. – dpa

No comments:

Post a Comment