JOHOR BAHRU – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun nyaris dirogol oleh dua lelaki yang baru dua hari dikenalinya menerusi aplikasi WhatsApp selepas dia dikurung di sebuah rumah di Taman Nusantara, Gelang Patah dekat sini pada Sabtu lalu.
Mangsa dikatakan sanggup keluar rumah tanpa pengetahuan keluarga untuk mengikuti kedua-dua suspek berusia 20-an pergi makan di sebuah restoran di kawasan Bukit Indah di sini sebelum ke rumah mereka.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, setiba di rumah suspek, pelajar itu masuk ke dalam bilik dan kedua-dua suspek kemudian meraba dan menciumnya bergilir-gilir.
“Pelajar itu cuba melawan, namun ditampar. Salah seorang suspek turut cuba melakukan hubungan seks dengan mangsa, namun tidak berjaya kerana dia dalam keadaan haid,” katanya ketika dihubungi semalam.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa? Kerana remaja dididik tanpa ilmu Islam. Contoh, remaja keluar rumah tanpa pengetahuan keluarga dalam masyarakat yang mengaktifkan budaya sesat 'najis pergaulan bebas'. Ini padahnya! (IH)
2 comments:
Amboi3x, begitu mudah kesimpulan dari Ibnu Hasyim. Di Kelantan sudah berapa lama Pas perintah? Bukan ke selama pentadbiran Pas, Islam diutamakan?
Tetapi kenapa maksiat masih banyak terdapat di negeri itu? Mengapa rakyat Kelantan sendiri dilabel sebagai pengotor? Mengapa rakyat Kelantan berlumba-lumba pindah ke negeri lain?
Bercakap gebang sini lebong sana memang mudah. Tetapi jika kebajikan rakyat sendiri diabaikan, baik dari segi rohani dan jasmani, niat yang baik tidak akan capai matlamatnya.
Mcm mana nak saing dgn kerajaan Singapura, contohnya, yg walau pun tiada sumber asli spt balak atau petroleum, tp masih dpt membangun dgn begitu pesat sekali. Jd jgn dok heboh Islam is first class jk pembangunan material masih ketinggalan dan pembangunan moral pun belum lulus.
Post a Comment