Sunday, October 09, 2016

Kata 'Palestin Pengganas' Terdapat Dalam Teks Pendidikan Saudi?

Saudi Kecoh Buku Teks Sekolah Kata Palestin Pengganas

RIYADH – Dua kementerian bertelagah susulan kontroversi buku teks untuk kegunaan murid di sekolah antarabangsa di seluruh Arab Saudi menyatakan rakyat Palestin sebagai pengganas.

Kementerian Penerangan dan Kebudayaan serta Kementerian Pendidikan masing-masing menafikan mereka bertanggungjawab untuk pengisian kandungan buku teks terbabit yang turut mencetuskan kemarahan rakyat.
Meskipun buku teks berkenaan telah pun diarah untuk ditarik balik minggu lalu, namun pertikaian antara dua kementerian itu masih lagi berterusan selain ada mendakwa ia dirancang pihak asing yang memusuhi Arab Saudi.
Dalam pada itu, Kementerian Penerangan dan Kebudayaan menjelaskan, pihaknya tiada peranan dalam melakukan semakan kandungan buku teks sama ada untuk kegunaan pelajar di sekolah awam atau sekolah antarabangsa.

Ia susulan kenyataan Kementerian Pendidikan yang berkata bahawa semua buku teks untuk sekolah antarabangsa dibawa dari luar negara perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan Kementerian Penerangan dan Kebudayaan.
Bagaimanapun Kementerian Penerangan dan Kebudayaan dalam reaksi balas pula menyatakan pemantauan buku teks termasuk di semua sekolah swasta dan sekolah antarabangsa adalah di bawah Kementerian Pendidikan.
textbook
Peraturan import buku teks sekolah memang di bawah kementerian ini tetapi urusan semakan kandungan pula adalah tugas Kementerian Pendidikan,” kata jurucakap Kementerian Penerangan dan Kebudayaan, Anas Al-Quseir
Beliau merujuk Artikel 21 Undang-undang Penerbitan dan Percetakan yang diwartakan menerusi dekri diraja menyatakan pemantauan Kementerian Penerangan dan Kebudayaan tidak meliputi buku teks institusi pendidikan.
Malah ujar Anas, tugas kementerian itu terhad dalam urusan pentadbiran kemasukan buku asing termasuk untuk kegunaan sekolah antarabangsa dan mereka tidak campur tangan dalam aspek kandungan bahan bacaan tersebut.
Turut sependapat ialah Presiden Jawatankuasa Pendidikan Swasta, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Saudi, Othman Al-Qassabi apabila menyatakan isu buku teks adalah bidang kuasa pihak Kementerian Pendidikan sendiri.
Kementerian Penerangan dan Kebudayaan tidak boleh mengganggu proses pendidikan di negara kita kerana hanya Kementerian Pendidikan ada kuasa dalam membuat penilaian sesuatu kandungan bahan bacaan sekolah,” katanya.
Othman memberitahu akhbar The Arab News, peraturan itu bukan isu baharu waima semua buku teks di Arab Saudi tertakluk kepada dasar ketat mengenai hal ehwal agama dan politik domestik. – Agensi

1 comment:

Anonymous said...

Yang jelas ialah kerajaan Arab Saudi telah menjadi pengkhianat yang telah mengkhianati umat Islam melalui kerjasama Arab Saudi dengan Amerika Syarikat dan Israel dan NATO dll menindas umat Islam di Palestin dll. Bahkan Arab Saudi telah bekerjasama dengan Amerika Syarikat, NATO dan Israel untuk memusnahkan Iraq, Libya, Yaman dll dan membunuh umat Islam dan menggulingkan Presiden Morsi dan kerajaan Islam Mesir yang telah dipilih oleh rakyat Mesir.

Maka tidak hairanlah kita melihat Arab Saudi berusaha menghapuskan tapak-tapak bersejarah Islam dan kesan-kesan perjuangan Rasulullah di Timur Tengah supaya generasi baru boleh melupakan perjuangan Islam.

Sebenarnya Arab Saudi telah lama menjalinkan hubungan dan kerjasama sulit termasuk kerjasama perisikan dengan Israel:

Saudi Arabia and Israel initiated their early steps towards a secret dialogue. Bligh, Alexander. 1985. “Towards Israel-Saudi co-existence?” Jerusalem Quarterly, no. 35, 24 - 35.

In a meeting at the Washington office of the Council on Foreign Relations, Anwar Eshki, a retired major general in the Saudi armed forces and Dore Gold, a former Israeli ambassador close to Prime Minister Benjamin Netanyahu, discussed "their common interests". Snager, David E. (June 4, 2015). "Saudi Arabia and Israel Share a Common Opposition".

During the 2014 Israel–Gaza conflict, Middle East Eye editor David Hearst wrote an article claiming that Saudi Arabia was supportive of Israel's actions in the conflict, and that officials from Mossad and the Saudi intelligence agencies met regularly. Hearst, David (20 July 2014). "Saudi Israeli alliance forged in blood". Middle East Eye. Retrieved 26 July 2014.

Some journalists in Saudi Arabia were in August 2016 reported to have started shifting their tone towards Israel and Jews and had started to criticise anti-Semitism in Arab countries. Some sections of the Israeli media described it as an apparent media campaign by the country to shape a positive public opinion for deepening of ties between the two nations. The Times of Israel. August 12, 2016 http://www.timesofisrael.com/saudi-media-battles-anti-semitism-warms-up-to-israel/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails