Tuesday, October 11, 2016

Lucah Begini, 'menjejaskan ekosistem laut' -Facebook Chris Ong

Pelancong Dikecam Bergambar Dengan Terumbu Karang

TINDAKAN sekumpulan pelancong dari China yang bergambar dengan terumbu karang mendapat kritikan netizen kerana dianggap merosakkan ekosistem marin yang unik itu.

Menerusi perkongsian daripada pengguna Facebook Chris Ong, dia meluahkan kekecewaannya apabila melihat reaksi pelancong berkenaan yang dilihat begitu ‘gembira’ tanpa menyedari perbuatan mereka telah menjejaskan ekosistem laut.
Walau bagaimanapun, lokasi pantai yang dilawati pelancong itu tidak dinyatakan dalam posting tersebut.
“Apa yang mereka fikirkan pada masa ini? Apa yang dimaksudkan dengan ‘anda seharusnya berada di sini?’ Memalukan! 😡😡😡😡😡😡, “ katanya.
Pelancong Dikecam Bergambar Dengan Terumbu Karang
Pelancong berkenaan yang berpakaian renang dilihat bergambar sambil memegang beberapa jenis spesis terumbu karang yang dikhutiri semakin pupus seperti kima gergasi, kuda dan naga laut.
Pelancong Dikecam Bergambar Dengan Terumbu Karang
Pelancong Dikecam Bergambar Dengan Terumbu Karang
Pelancong Dikecam Bergambar Dengan Terumbu Karang
Pelancong Dikecam Bergambar Dengan Terumbu Karang
Rata-rata netizen yang tidak berpuas hati dengan sikap para pelancong itu melontarkan pebagai kecaman sehingga ada yang turut menyalahkan agensi pelancongan yang membawa mereka.
“Ini menunjukkan anda tidak mempunyai otak atau mereka sememangnya tidak mengetahui perihal kehidupan laut, terumbu karang memerlukan sekurang-kurangnya 15 hari untuk membesar sebanyak 2 ke 3mm,” tulis Ridzuan Saidi
“Amat sedih melihatkan kumpulan manusia ini sewenang-weangnya merosakkan ekosistem terumbu karang negara kita, tolonglah beri mereka ‘pengajaran’ untuk menghormati hidupan laut,” kata Laila bok.
“Siapa mereka ini? Agensi pelancongan mana yang menaja percutian mereka di sini?” Soal Hairulnizam.
Bagaimanapun, tampil seorang individu mendakwa tindakan tidak bermoral itu disebabkan sikap pelancong, dan tiada kaitan dengan agensi pelancongan.
coral7.2
“Ia tiada kaitan dengan agensi dan saya merupakan seorang ahli skuba untuk kelab yang disertai mereka. Masalahnya di sini ialah disebabkan sikap mereka.
“Mereka merupakan pelancong dari China yang tidak mempunyai pengetahuan tentang ekosistem kehidupan laut terutamanya terumbu karang. Perkara ini adalah masalah pelancong bukannya kami (syarikat),” katanya.
Hasil daripada perkongsian maklumat daripadanya juga, dia mengatakan agen yang dipercayai bertanggungjawab mengurus para pelancong berkenaan merupakan seorang individu yang berasal dari Semporna dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan syarikatnya. 
(Diangkat dari MYNEWSHUB.CC)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Berpakaian dan berperangai lucah begini, 'menjejaskan ekosistem laut', kata Facebook Chris Ong. Orang bukan Islam dan bermaruah pun faham. 

Cuma kerajaan Malaysia saja yang tak faham, asal duit masuk ke negara ini sudah tidak peduli maruah dan 'halal-haram' menurut agama lagi (pelbagai agama). Pada hal masih boleh diperbetulkan atau di 'peraturan'kan..

5 comments:

Monkey Shooter said...

Kan aku dah cakap, kebanyakkan individu yang menyokong PAS termasuk blogger mereka kebanyakkannya adalah gila seks. Tak percaya blog ini buktinya......cerita yang tiada nilai2 Islamik malah lebih berminat kepada cerita2 sebesar hama seperti cerita seks yang menjolok mata......

Anonymous said...

Monkey di atas tu menilai 'cerita seks yang menjolok mata...' itu perkara kecil. Fikir asal duit masuk ke negara ini sudah tidak peduli maruah dan 'halal-haram' lagi.

Fikir macam binatang atau monkey, asal dapat makan, tidak kira maruah dan agama lagi. Macam cara fikir UMNO dan sekandang dengannya.

Anonymous said...

APA PERLUNYA NAK TUNJUK GAMBAR BAGAI.. itu yang tersirat.. nak jamu mata tuan bloger.. anon 12.20 PM dosa tak tengok gambar seksi macam tu.. hampeehh..

Monkey Shooter said...

Anon 12.20pm.

Anak anjing Yang keluar dari setandan Kelapa Mawar, iaitu Nik Amat Bodoh idola kamu ada bersabda bahawa rasuah dan korupsi tidak memusnahkan negara sebaliknya yang memusnahkan negara kalau tak Solat dan puasa aje. Oleh sebab itu kalau berbogel kat pantai sekalipun tidak akan menjejaskan negara asalkan kau bersolat, contohnya bersolat di Krabi selepas tonton body mat salleh yang montok2 tu. Aku penembak beruk (beruknya adalah walaun seperti kamu dan blogger Pak Uda flat Sri Wangi - Pi Mai Pi Mai Tang Tu).

Anonymous said...

Betulla lu monkey, tak tahu bahasa Islam. Pegi la belajar agama lagi. Kesian.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails