Wednesday, October 12, 2016

Mana Lebih Haram Jadah, Guan Eng Hambat Melayu Atau PFP Buat Kasino?


GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng gusar melihat sebuah parti baharu mengemukakan agenda pembinaan kasino untuk memenangi pilihan raya akan datang.

Guan Eng berkata rancangan Parti Barisan Pulau Pinang (PFP) untuk menjadikan negerinya serupa pusat percutian kasino seperti Macau adalah jahat dan tidak boleh diterima.


Guan menambah dirinya tidak ada masalah sekiranya agenda PFP adalah bertanding untuk menggulingkan kerajaan sedia ada.

“Tetapi untuk meminta sokongan rakyat dan sebagai balasan akan dibina sebuah kasino? Apa yang sudah berlaku sekarang ini?” katanya di sidang media di Komtar hari ini.

Guan Eng terkejut Ahli Parlimen Padang Besar Zahidi Zainul Abidin daripada Umno yang merupakan penasihat PFP bersetuju dengan cadangan PFP itu.

“Adakah ini dasar baharu Umno – bina sebuah kasino di Pulau Pinang?
“Adakah Umno mahu sebuah kasino di bina di Pulau Pinang?
“Membina kasino bukan sebahagian dasar Kerajaan Pulau Pinang. Kita tidak bersetuju sebuah kasino dibina di sini.”

PFP didaftarkan secara rasmi pada 9 September dan mengumumkan hasrat untuk menukar Pulau Pinang menjadi seperti Macau.

Pengerusi penaja Lim Poh Kong berkata partinya akan memohon lesen kasino daripada Kerajaan Persekutuan dengan harapan ia dapat menjana pelancongan di negeri itu.

PFP juga mengumumkan ia pro-BN dan hanya akan bertanding di 25 kerusi negeri majoriti Cina di Pulau Pinang.

Parti itu percaya sebuah kasino khusus untuk pelancong sahaja akan menjana pendapatan RM3 bilion setahun dan percaya ia akan membantu ekonomi negeri.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lim Guan terkenal sebagai penghapus Melayu Pulau Pinang menggunakan teknik Israel dan PAP Singapura. Bagaimana Israel yang tiada tanah merampas tanah orang Islam Palestin secara kekerasan..

Dan Singapura pula merampas Pulau Temasik milik orang Melayu yang seolah-olah sudah menjadi kepulauan Cina sekarang secara tidak disedari, sebagai kegagalan dan kebodohan politik UMNO atau Perikatan pada masa itu. 


Itu sudah suatu celaka dan haram jadah.



Sekarang, rancangan parti baru Parti Barisan Pulau Pinang (PFP) mahu menjadikan negeri itu serupa pusat percutian kasino seperti Macau pula, sebagai umpan mata kail merampas Pulau Pinang dalam PRU akan datang. Berfalsafahkan, 'asal dapat duit sudah tidak peduli halal-haram' lagi. 

Satu lagi celaka dan haram jadah.

Oleh itu jalan selesainya, pastikan negara kita Malaysia termasuk Pulau Pinang, tidak diserapi faham sekularisme yang akan melemaskan orang Islam dan bangsa pribumi di negaranya sendiri.


Dimulai dengan antaranya menyokong Pindaan RUU 355 pemangkin transformasi mahkamah syariah yang tidak sekular itu. Dan seterusnya.. seterusnya.  (IH)

3 comments:

awas said...

yang haram jadah tu yg di bagi amanah tapi tak amanah..
yang bagi lesen casino dan parti yg sokong org bagi lesen casino..

dulu masa Lim chong Eu terang terang halau melayu tadak sapa komen pun...
yg haram jadah bila semua nak kuasa dan ada yg guna agama nak kuasa..

Anonymous said...

Betul tu samprong samperiit... Walaun2 Pas cuma tau jerit pekik dengan hukum hakam. Jual agama.. Asyik2 modal diorang Melayu penang dihalau? Hello brother, Melayu Penang bukan dihalau tapi tidak ada daya untuk bersaing itu aje...kalau tak ada daya bersaing dalam konteks ekonomi moden ni bye2 je lah jawabnya...
Tapi jangan risau sangatlah...bumi Malaysia masih luas lagi...boleh je pindah tempat lain kalau dah tak ada tempat di Penang...Dap tu takdelah kita tengok menyalurkan bantuan direct kepada kaum tertentu betul tak? so mana yang tidak adilnya Dap? Lim Guan Eng beli rumah diskaun lebih sikit pun dah nak menjerit bagai. Habis 90 juta tuh apa cerita?

Jadi sekarang orang Melayu kena look forward...baru boleh maju seperti Singapura. Baru boleh maju seperti Hong Kong, Jepun etc. Bab2 hukum hakam ni remeh la...yang menyumbang kepada kemajuan sesebuah negara itu adalah para professional, engineer, doktor etc. Bukan Ulama...Ulama peranan lain... Itu FAKTA yang kita kena buka mata. Potensi Professional2 dalam Pas tenggelam kerana terikat hukum hakam beginilah sebelum ini...walhal tanpa bantuan professional2 ini Pas tidak ada kekuatan langsung..Tapi syukur kerana mereka akhirnya telah berani mengambil tindakan dengan keluar daripada parti yang tidak relevan itu. Mahfuz dan beberapa lagi bijak pandai daripada Kedah pun bakal keluar. Syabas Melayu Kedah kerana telah mula celik mata. Selangor tak risau sebab confirm2 swing sbb ramai cendekiawan disana terutamanya di Shah Alam dan Bangi. Sabah dan Johor tiada masalah sebab ada Bersatu. Sarawak takkan berpaut selamanya pada BN terutamanya kalau BN tidak mampu memberikan kemenangan...jadi fikir-fikirkanlah parti mana yang Melayu akan berpaut selepas ini...

Cuma yang susah dan liat ialah Kelantan. Untuk Melayu Kelantan berubahlah...saje nak bagi perumpamaan simple sebab cakap panjang lebar dengan diorang biasanya tak jalan. Macamnilah, kalau nak makan spagethi dan chicken chop pilihlah Pan sbg pengganti Pas di PRU14 nanti dan bantulah Dato Husam. Tapi kalau masih nak berselera dengan budu/kopok lekor maka kekalkanlah dengan Pas tu dan maintainlah dengan kehidupan ortodok selamanya...alah, tapi sebenarnya takde effect sangat pun kalau setakat satu negeri je yang tumbang dan terlePAS...bukan cakap besar kawan-kawan tapi inilah fakta...jangan marah...berterus terangkan lagi baik...

Ir Anonymous said...

Pabila sang liberalis dan sekularis berbicara..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails