Sidang parlimen yang bermula semalam (17 Okt 2016) memaparkan gelagat gelagat pemimpin pemimpin Negara yang dipilih rakyat berbahas dan membentuk sausana parlimen.
Namun, pastinya yang menarik perhatian semua orang adalah Presiden PAS yang akan terlibat dalam membentangkan RUU355 dan bagaimana beliau membawa diri dalam sesi parlimen kali ini. Seawal hari pertama parlimen, media menyerbunya untuk mendapat respond an cukup dengan ungkapan InsyaAllah yang keluar dari mulutnya.
Namun malang, masih ada moral yang tak seperti manusia mulia apabila sanggup mengejek Presiden PAS ini dengan kata kata ejekan seperti “ come less” untuk menggambarkan supaya tak perlu datang atau mengejek kehadiran beliau di parlimen.
Memansuhkan GST sepenting Memperkasakan Mahkamah Syariah.
Media menonjolkan bahawa RUU355 adalah hudud yang dibawa PAS. Suatu falasi yang sengaja dicipta bagi memberi persepsi buruk kepada ISLAM yang dibawa PAS dan syariatnya. Yang menarik apabila perbahasan hari ini, Presiden PAS mengemukakan cadangan kepada Negara supaya memansuhkan GST yang membebankan rakyat.
Tujuan GST yang mahu menyelamatkan ekonomi Negara yang diratah kapitalis kapitalis dan jerung jerung pemodal, namun memangsakan rakyat jelata bagi menjamin ekonomi Negara terus berada atas landasan yang cuba diseimbangkan oleh kerajaan BN hari ini.
Presiden PAS dan PAS istiqamah untuk menyelesaikan masalah Negara dengan cara Islam. Membebankan tanggungjawab memulihj ekonomi kepada seluruh rakyat tanpa mengira soal taraf hidup mereka dengan tanggungjawab yang serupa oleh golongan golongan kaya yang mendapat kemudahan yang jauh lebih baik dari hasil cukai mencerminkan ketidak adilan pembahagian manfaat ekonomi Negara secara bersama.
Presiden PAS juga meminta sekiranya ada alternative yang difikirkan oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah ketidak samaan kemakmuran Negara ini.
Persoalan yang dikemukakan oleh Presiden PAS tentang pengurusan polisi fiscal Negara ini sepenting dengan hasrat PAS untuk memperkasakan Mahkamah Syariah melalui RUU355. Namun, nampaknya mereka yang selain daripada PAS sepertinya tidak melihat kesat GST yang dikenakan kepada rakyat Malaysia ini.
Mereka lebih suka mengaitkan ISLAM dengan potong tangan, rejam yang disandarkan kepada RUU355 sedangkan ia sebenarnya bukan itu yang akan dibawa oleh Presiden PAS sebagai ahli parlimen Marang.
Ada yang lebih lucu dari tindakan parti parti pembangkang yang bernama Islam cuba membawa alternative RUU355 dengan baru mencadangkan sekumpulan professional untuk mengkaji. Mereka ini seperti sengaja membodohkan diri tertinggal di belakang perbincangan dan kemajuan islam Negara ini.
Usaha usaha professional telah lama wujud seperti yang digerakkan oleh pertubuhan Peguam peguam Islam badan NGO seperti IKSIM dan lain lain. Jelas difahami daripada mereka yang tertinggal isu ini adalah mereka sengaja meletakkan diri mereka dengan cadangan tak masuk akal begitu supaya tidak dilihat menentang RUU355 dengan mencipta alasan mahu bentang RUU sendiri.
Apapun yang telah berlaku. Rakyat boleh melihat keikhlasan Presiden PAS dan PAS untuk jatuh bangun bersama ISLAM. PAS akan sentiasa memastikan ISLAM sentiasa disebut dan dijadikan sebagai penyelesaian masalah kehidupan yang berlaku hari ini.
PAS dan ahlinya tidak malu untuk dilihat gagal kerana janji ALLAH kepada yang mengangkat agamanya dengan ganjaran yang tidak disia siakan walaupun belum mampu mencapai kejayaan. Inilah akidah kami dan pegangan kami. Istiqamah bersama ISLAM.
Ahmad Hakimi Othman
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kuala Selangor
18 oktober 2016
Ahmad Hakimi Othman
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Kuala Selangor
18 oktober 2016
6 comments:
Bila parti Islam Pas nk saman SR sbb lebai2nya dah makan dedak duit curi 90juta?
Fitnah dajjal menguasai fikiran kamu.
Dajjal adalah manusia yg peralatkan agama utk kepentingan diri dan menyesatkan akidah umat Islam kerana politik sempit.
Pemimpin PAS mana berani nak saman SR dalam hal derma Najib rm 90 juta.Kalau disaman pasti terdedah semuanya dan kantoilah jadinya. Jadi nak selamatkan diri diam saja lah dan buat pekak saja.
Duit 90juta tu banyak bro,baik pulun bersama2 dan buat apa nak bagi balik kat Najib . YB2 PAS pun nak hidup senang lenang juga.
Cash is King aka Hamba duit
Post a Comment