Friday, October 14, 2016

M'sia Sekat Pelan PBB Iktiraf LGBT. Mengapa Pemegang Sepanduk BERSIH ini 1/2 Bogel?

Malaysia Sertai 16 Negara Sekat Pelan PBB Iktiraf LGBT Mengapa pemegang sepanduk BERSIH ini berpakaian 1/2 Bogel?

LONDON – Malaysia menyertai kumpulan 17 buah negara menolak usaha terbaharu Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengiktiraf golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Kumpulan diterajui Belarus itu berjaya menyekat pelan oleh beberapa negara untuk memasukkan amalan terkutuk tinggalan kaum Nabi Luth AS tersebut ke dalam strategi Agenda Urban Baharu yang dirangka pihak PBB.
Selain wakil dari Malaysia, kumpulan anti-LGBT berkenaan turut disertai pihak Arab Saudi, Bangladesh, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Indonesia, Iran, Mesir, Nigeria, Pakistan, Qatar, Rusia, Somalia dan Zimbabwe.
Manakala Kanada disokong Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat (AS) dan Mexico aktif memperjuangkan usaha mengiktiraf kelompok laknat LGBT untuk dimuktamadkan pada persidangan Habitat III Ecuador minggu depan.
Tindakan kumpulan 17 negara itu mengakibatkan PBB hanya memasukkan draf dokumen strategi kehidupan perbandaran mapan global pada masa depan untuk 20 tahun berikutnya sebagai perlu ‘mesra kepada ahli keluarga’.
Pengiktirafan terhadap pengamal LGBT yang diusahakan PBB jika berjaya dilaksanakan bakal menghancurkan institusi keluarga di seluruh dunia sementelahan 76 negara termasuk Malaysia mengharamkan amalan songsang itu.
Malaysia Sertai 16 Negara Sekat Pelan PBB Iktiraf LGBT
Rundingan untuk 'membuang' terma golongan LGBT dalam masyarakat sebenarnya sudah diadakan beberapa bulan lalu di seluruh dunia
Rundingan untuk ‘membuang’ terma golongan LGBT dalam masyarakat sebenarnya sudah diadakan beberapa bulan lalu di seluruh dunia sebelum berlangsung persidangan kemuncak Habitat III yang disertai 30,000 anggota delegasi.
Beberapa siri mesyuarat antarabangsa pernah diadakan di New York, AS pada Ogos lalu dan Surabaya, Indonesia pada bulan sebelumnya yang terpaksa dikawal ketat akibat bimbang ancaman daripada kumpulan anti-LGBT.
Jurucakap kerajaan Kanada, Josh Bueckert kesal usaha keras memperjuangkan amalam terkutuk kaum Sodom itu untuk mendapat pengiktirafan rasmi global menerusi pelbagai siri rundingan akhirnya menemui kegagalan.
“Malangnya komuniti LGBT dikeluarkan dokumen PBB sebaliknya pelan tindakan cuma meliputi hak wanita, orang kelainan upaya, etnik pribumi, gelandangan, setinggan dan pelarian,” katanya kepada agensi berita Reuters.
Dalam pada itu, delegasi Belarus yang mewakili kumpulan 17 negara menekankan kepentingan amalan keluarga sihat menerusi Agenda Pembangunan Pasca 2015 PBB untuk lebih dipertahankan dan dipromosikan semua pihak.
Bagaimanapun, ramai peserta persidangan melihat campur tangan Rusia di belakang Belarus pada saat akhir menjadi punca utama usul bagi pengktirafan LGBT berjaya digagalkan. -Agensi/Mynewshub.

2 comments:

  1. ko ni kenapa ibnu hasyim.sejak kawan dengan umno fitnah dah jadi makanan ko ke? gambar mat saleh pakai suar dalam pegang kain rentang bersih tu totally FAKE! tak heran la fitnah,sebab ko ambil artikel dari newshub..tobat lah

    ReplyDelete
  2. Kalau dah tuang presideng dia kuat memfitnah, maka anak buah pun akan buat sama.

    ReplyDelete