Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Firman Allah SWT:
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَٰئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللَّهِ ۚ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Firman Allah SWT:
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَٰئِكَ يَرْجُونَ رَحْمَتَ اللَّهِ ۚ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
- Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (Al-Baqarah: 218)
Alhamdulillah, syukur kita panjatkan kepada Allah SWT kerana masih diberikan peluang untuk bertemu dengan tahun baru 1438H. Peluang yang Allah berikan pastinya menuntut tanggungjawab dan amanah yang besar buat Islam dan ummah seluruhnya
Ambang 1438H dibuka dengan lembaran harapan penghayatan kepada semangat hijrah yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammmad SAW dan para sahabat Baginda. Semangat persaudaraan Islam sebenar yang berjaya membina sebuah negara contoh yang menjadi model negara terbaik.
Ambang 1438H juga menuntut semangat pengorbanan umat Islam dan pemimpinnya dalam menjelmakan semula semangat hijrah, iaitu pengorbanan ke arah tauhid yang sebenar kepada Allah SWT yang menjadi asas kepada pembinaan jati diri ummah yang tulen seterusnya membina masyarkat yang beriman dan berakhlak dan seterusnya negara yang aman dan sejahtera.
Lembaran 1438H dibuka dalam suasana yang sangat mencabar buat umat Islam di seluruh dunia. Di Malaysia yang tercinta ini, kita menyambut tahun baru hijrah dengan usaha untuk memperkasa dan memartabatkan undang-undang Islam.
Usaha murni yang dipelopori oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ini telah mendapat reaksi yang pelbagai daripada masyarakat. Sokongan padu dan usaha kuat yang ditunjukkan oleh organisasi-organisasi Islam, NGO-NGO Islam dan masyarakat Islam untuk menjayakan usaha murni ini sangat mengujakan.
Keadaan ini memberikan satu harapan besar ke arah penyatuan ummah setelah sekian lama dipecahkan oleh blok-blok politik dan pemikiran yang pelbagai yang ditinggalkan oleh penjajah.
Saya mewakili seluruh kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan selamat menyambut tahun baru 1438H.
“Inilah Penyelesaian Kita”
ABDUL HADI AWANGPresiden PAS
1 Muharram 1438 /2 Oktober 2016 - HARAKAHDAILY 2/10/2016
Saya mewakili seluruh kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan selamat menyambut tahun baru 1438H.
“Inilah Penyelesaian Kita”
ABDUL HADI AWANGPresiden PAS
1 Muharram 1438 /2 Oktober 2016 - HARAKAHDAILY 2/10/2016
4 comments:
Orang alim dalam politik cakap tak serupa bikin minta rakyat bersatu dan terbuka sesama agama dan bangsa tapi orang alim dalam politik dan agamawan asyik menfitnah dan mengkafir orang yang tidak sehaluan dengan mereka adakah agam islam menyuruh berbuat demikian fikirlah sendiri.
ya setuju perlembagaan persekutuan ada tercatit cuma najib tk sturdy yb marang pun kena sturdy penasihat kena sihatkan minda supaya najib akur dengan pencernaannya
Moga islam akan bersinar di malaysia dan memerintah negara dan mendapat rahmat allah.
Hansard Parlimen tahun 1984, dimana pada tahun itu, kerajaan Malaysia telah mengusulkan untuk meminta Akta RUU 355 iaitu menaikkan denda dan membertakan hukuman ke atas pesalah-pesalah syariah.
Cadangan pindaan itu dibawa oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato' Dr Mohamad Yusof Mohamad Nor pada 10 Oktober 1984
Namun, usul tersebut telah dibantah oleh Ahli Parlimen PAS Pengkalan Cepa, TG Ustaz Nik Aziz Nik Mat.
Semasa perbahasan, almarhum TG Nik Aziz menyatakan beliau tidak bersetuju dengan cadangan pindaan kerana ianya tidak mencapai maksud hukuman yang diperuntukkan oleh Islam.
Ertinya dapat kita faham mengapa TG Nik Aziz menolak pindaan RUU 355 kerana bukanlah hukuman hudud, dan apabila ia bukan hudud maka tidaklah menjadi kewajipan untuk menyokongnya malah TG Nik Aziz mengambil keputusan untuk menolaknya.
Jadi apakah rosak iman, kafir TG Nik Aziz lantaran menolak usul pindaan RUU 355 dahulu?
Post a Comment