Friday, October 21, 2016

RUU355: Apa Tak Bimbang, PKR Bukan Parti Islam, Parti Asobiah Macam UMNO..

WanAzizah

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang diusulkan PAS di Parlimen bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah sebagai membimbangkan.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam satu kenyataan rasmi PKR mengenai usul tersebut menegaskan, perkara paling membimbangkan dalam usul yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu berhubung skop hukuman ke atas pesalah syariah.
Beliau tidak menyatakan secara terbuka penentangan PKR ke atas RUU355, namun menegaskan sebarang pindaan untuk meminda undang-undang berkaitan kesalahan jenayah di negara ini wajib dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.
Isteri banduan kes liwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bagaimanapun secara terus terang menyatakan PKR mempunyai beberapa kemuskilan dan keraguan berkaitan RUU355 seperti yang dibentangkan oleh Abdul Hadi sebagai Ahli Parlimen Marang baru-baru ini.
“Oleh kerana RUU 355 ini melibatkan undang-undang berkaitan kesalahan jenayah berhubung dengan melanggar lunas-lunas Islam, maka skop hukuman yang dicadangkan bagi undang-undang ini perlu cukup jelas.
“Apa-apa pindaan undang-undang yang memberi kuasa untuk menghukum wajib terang dalam maksudnya. Apa-apa perubahan juga perlu jelas supaya undang-undang baru ini adalah selaras dengan apa yang difahamkan sebagai lunas-lunas Islam sendiri. Perbincangan perlu juga atas aspek sama ada pindaan ini adalah dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.
Usaha PAS untuk memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah melalui RUU355 mendapat tentangan hebat parti-parti komponen Pakatan Harapan terutama DAP yang menyifatkan RUU355 merupakan strategi PAS untuk melaksanakan hukum Islam hudud di Malaysia.
Beberapa pemimpin DAP sebelum ini mendakwa hudud yang dicadangkan oleh PAS bercanggah dengan Perlembagaan Negara, undang-undang lapuk dan ketinggalan zaman malah akan mengundang bias kepada golongan lemah terutama kaum wanita.
RUU355 turut dikecam parti Islam yang mewakili Pakatan Harapan iaitu Parti Amanah Negara (PAN) kerana mendakwa terdapat banyak kekeliruan yang menimbulkan keresahan bukan Islam di negara ini.
“Pendirian PKR untuk RUU355 dibahaskan adalah bersyarat bahawa mana-mana pindaan undang-undang sedia ada mesti mematuhi dan memenuhi prinsip-prinsip murni keadilan dan kesaksamaan dalam Islam serta tidak bercanggah dengan teks dan semangat Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia,” tegasnya. 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa nak heran, PKR bukan parti Islam macam PAS yang perjuangkan negara Islam. PKR perjuangkan negara asobiah sempit, pecahan dari UMNO kerana masalah peribadi. 
Sekarang masalah peribadi itu sudah selesai, sudah berdamai. PKR juga parti sekular macam UMNO, DAP. PAN pun masih belum menunjukkan dasar Islamnya. Kebimbangan dan dolak-dalih PKR makin jelas, takut rakyat tahu, PKR bukan perjuangkan Islam seperti yang di dalan Al-Quran dan Hadis. 
Itu sebab 'puak-puak liberal' ramai di dalamnya. Ini yang sepatutnya didedahkan supaya rakyat dan pengundi Islam di Malaysia tahu, mana Islam mana yang menggunakan topeng mengelirukan umat Islam. (IH)

10 comments:

antiasobiyah said...

Pas parti islam ke atau parti orang Islam + - lagi kuat Asobiah!!!

Anonymous said...

Kita kalau ikut cara ortodok Pas memang takkan majulah negara. Pan telah mengambil tindakan bijak untuk keluar daripada Pas. Nasib baik professional didalam Pas telah menyedari kelemahan ini. Urusan agama sepatutnya jangan dicampurkan dalam politik. Sorry to say aku lebih sukakan cara Singapora yang lebih open. Sebab itulah mereka jauh lebih maju dalam pelbagai sudut daripada kita diMalaysia. Kena faham...Agama tu urusan peribadi. Klu dicampur adukkan dalam politik memang hancur. Orang yang balik daripada Masjid, tetapi hendak pergi ke disco dan minum, biarkan sahajalah itu urusan dan hak peribadinya. Serupa jugaklah orang yang keluar masjid dan tiba2 nak mengumpat, adakah perlu si pengumpat itu dihukum??? tidak boleh terjawab bukan??... Cuma aku harap Pan pula janganlah nak terikut-ikut cara Pas nih.. ada mursyidul am bagai. Tak payahlah terlalu bergantung dengan taktik2 alim nak tarik sokongan Melayu macam Pas. Jujur sahaja atas apa yang ingin di bawa, then barulah ianya tidak menyusahkan di kemudian hari. Kalau terikut-ikut, nanti tidak mustahil Pan pula yang akan bermasalah dengan Dap nanti which is perkara yang sepatutnya dielakkan. Kita dah tau kita perlukan sokongan dan kerjasama Dap, jadi apa logik kita nak Dap terima Hudud, RUU atau apa2 lagilah? Jadi tak payah lah RUU alternatif pulak yang dengar cerita nak dikeluarkan oleh PAN...memeningkan dan mengkonfiuskan rakyat aje...kita dah menyampah dengan musuh ketat kita Pas, tapi lepas tu kita nak ikut jejak2 "alim" cara Pas, tak memeningkan ke tu?.

Kepada penyokong2 Pas yang 50-50 tu berubahlah terus... ikutlah bersama Pan. Pan ini sederhana dan tidak ekstrem. Kita perlukan Melayu bijak dan professional seperti dalam Pan untuk memimpin kita jika ingin maju seperti Singapore dan Penang. Kita juga perlukan pemimpin Melayu yang tolerate dan flexible kerana kita tidak boleh menidakkan fakta bahawa kita memerlukan rakan pemimpin seperti Dap jika ingin berjaya. Orang Melayu di Singapura tu boleh je bersolat dan berpuasa...tapi kalau tak nak berpuasa pun terpulanglah hak masing-masing sebab ianya tak menyusahkan sesiapa dan tak memberi kesan LANGSUNG kepada kemajuan ekonomi pun.

Kesimpulannya, tidak kiralah bangsa/parti/fahaman2 seperti sunni atau syiah yang memerintah...yang paling penting mereka tidak menindas, tidak rasuah, bersifat adil, amanah serta menghormati hak asasi manusia. Disini apa yang saya lihat Pakatan Harapan adalah wadah baru yang molek dan terbaik untuk dipilih rakyat.

Anonymous said...

Begitulah Anon October 21, 2016 at 10:14 AM. Cara fikir sekular yang tidak ambil kira negeri Akhirat.

Cara fikir beginilah ditanamkan musuh-musuh Islam, bagi merosakkan Islam dari dalam, menjadi musuh dalam selimut.

Jaga-jaga!

Anonymous said...

Anon okt 21 sekuler memg mcmanapun islam tetap tak betul. Bila dah terfikir islam suku politik suku itu umno jd terbukti beliau umno dan pan anak umno.

Anonymous said...

Kamu kafir ke berfikiran macam kafir terang2 memusuhi islam. Pan dengan ahli macam kamu terlihat pan seperti parti kafir kami ahli pan yang keluar dari pas nakkan islam bukan berfikiran macam kamu.

Anonymous said...

Parti PKR mendapat sokongan ramai dari yang bukan Islam.OLeh itu ia memang patut risau berkenan RUU355.Untuk PAS ia dapat sokongan majoriti orang islam dan begitu juga UMNO. Sekiranya PAS berangan2 nak ke Putera Jaya ia perlu dapat sokongan orang bukan islam.Kalau tidak bersama DAP dan PKR , PAS hanya akan berkuasa di Kelantan.Begitu juga UMNO ,sekiranya tidak bersama MIC,MCA dan orang bukan islam di Sabah dan Sarawak ia tentu sudah lama tumbang.

Anonymous said...

Masih lakukah 'Amanat' ini dikalangan Pemimpin-pemimpin PAS?

Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

Anonymous said...

Anon October 21, 2016 at 12:05PM, amboi sedapnya mulut kamu cakap orang kafir...kamu cakap kamu keluar Pas nak kan Islam? Aku rasa lebih baik kamu duduk je lah dalam tempurung Pas tu kot...akan datang orang2 macam kamu inilah yang akan menyusahkan Pan balik...yang akan create problem dengan Dap. Kamu kena paham...disebabkan Ulama dalam Pas yang terlalu taksub nak menegakkan Islam itulah telah menyusahkan apa yang cuba professional dalam Pas rancang selama ini...

Anon October 21, 2016 at 10:14 AM baru bagi hujah dan pandangan mcm tu jer kamu dah melenting...Mcm mana kamu nak harap dapat kerjasama daripada Dap dimasa akan datang? Habis tu dalam Parlimen, Lim Kit Siang berucap menjurus kearah lebih prefer Malaysia jadi negara republik, dimana republik ni tak perlu Raja, tak perlu ada status bumitera, dan maybe tak perlu ada agama rasmi kot at one level nanti tu mcm mana? Takkan kamu nak menentang Dap pulak? Sedangkan hudud yang dalam Quran tu pun kita boleh terima bila Dap bersuara cakap tak sesuai digunapakai untuk orang Islam, takkanlah bab2 yang tak disebut Quran ni pulak kamu nak bangkang cakap Dap? Tak ke menyusahkan Pan balik akan datang? So kesimpulannya...tak perlulah kita nak tegak2kan Islam bagai untuk perjuangan Pan...Taktik yang ko guna ni buat jadi fitnah pada Pan je bila nanti orang cakap Pan mempergunakan Islam untuk tarik pengundi Melayu...dah satu kerja lagi pulak nanti nak buang imej karat Pas melekat pada Pan...

Anonymous said...

Kisah skrip drama...

Dulu:
""Kak Wan mahukan agar DSAI diadili secara hukum Islam melalui Qazaf...marilah kita bersama buat solat hajat agar Allah bantu niat murni ini..""

Maka solat hajat pun berjaya dibuat sebelum ini...


Hari tu:
"Kak Wan rasakan RUU355 ni mampu menaiktarafkan lagi sistem Mahkamah Syariah kita. Mungkin Allah telah bantu memberi satu ruang jalan dan mungkin doa kita telah dimakbulkan..."

Hari ni:
"Kak Wan rasa tak bolehlah RUU355 ni sebab big boss tak restu..."

Siapa big bos Kak Wan? DSAI? No lah...

Kesimpulan:
Pkr klu nak bercakap mesti nak jaga hati Dap, jaga restu Pan dan Dap
Pan klu nak bercakap mesti nak jaga hati Dap, jaga restu Dap
Dap klu nak bercakap ikut suka hati mak bapak dia, sebab dia penjaga restu

Anonymous said...

Patutlah Hadi ponteng sidang parlimen sblm ni rupa2nya dia gi Jepun bentang hudud kat sana. Maklumlah kat Jepun takde DAP nak halang.kahkahkah

Dah dpt bentang ruu 355 mtk tangguh pulak. Sebab tk dpt restu tuan dedak ketua penyamun ler tuu..ini semua lebai2 temberang punya drama.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails