Thursday, October 06, 2016

Saiful Apek, Sorang Lagi Anak Seni Berubah Ke Arah Kebaikan.Al-hamdulillah, Tahniah!

Saiful Apek Dalami Islam Selepas Dipanggil Berceramah

HALAMAN HIBURAN

PELAWAK Saiful Apek memberitahu dia dapat menggalakkan dirinya lebih dekat kepada Islam selepas kerap kali dijemput berceramah dalam forum agama di surau dan masjid sekitar ibu kota.

Saiful atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, 47, berkata, perkara tersebut secara tidak langsung memberinya peluang untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah.
“Sejak dua bulan kebelakangan ini saya sering diundang untuk menjadi ahli panel forum agama di masjid-masjid dan surau di sekitar Kuala Lumpur.
“Mereka minta saya berkongsi tentang kehidupan saya sebagai anak seni, tanggungjawab sebagai bapa dan macam-macam lagi.
“Alhamdulillah mungkin juga ada sebab saya dapat peluang itu, sedikit sebanyak saya belajar banyak tentang ilmu agama,” ujarnya kepada mStar Online.
Saiful ditemui pada majlis memperkenalkan peserta program Lawak Solo yang diadakan di The Apartment, Suria KLCC, di ibu negara pada Rabu.
“Saya memang ingin mendalami tentang agama Islam, tapi kalau boleh saya tidak mahu melakukannya terlalu drastik.Dalam pada itu, pelakon filem Cicak Man ini berkata, dia sudah lama mempunyai niat untuk berubah ke arah tersebut, namun lebih mengambil pendekatan secara perlahan-lahan.
“Saya buat perlahan-lahan dan Insya-Allah, sekurang-kurangnya jika saya beri ceramah di masjid dapat juga menarik orang lain untuk datang dan berminat turut sama mendalami agama Islam,”ujarnya.
Selain itu, Saiful berkata, dia kini banyak melakukan sesuatu yang baharu dalam kehidupannya termasuklah mendapat tawaran membawakan watak antagonis.
Dia juga terlibat dalam filem KL Vampire dan Ajib Is Back sebagai watak penjahat.
Imej terbaharu Saiful Apek. FOTO: Ibrahim Mokhtar
“Sampai satu tahap saya rasa dah puas melakukan semua benda yang sama sahaja, sebab itu pada usia ini saya ingin cuba sesuatu yang baharu.
“Selain menghadiri forum agama, saya juga bersyukur diberi peluang membawakan watak-watak antagonis yang pernah saya idamkan suatu masa dulu,” ujarnya.
Saiful bakal menjadi juri dalam program realiti Lawak Solo yang bersiaran setiap Jumaat, bermula 21 Oktober ini, pukul 10 malam di Astro Warna (Saluran 132). –mStar Online

8 comments:

ikan said...

boleh tak tolong highlight citer balak kat kelantan. kenapa la kerjaan PIS tak tau cara lain nak cari hasil selain balak. bersihkan bandar KB, Rantau Panjang, Pangkalan Kubor, bagi nampak cantik orang pun datang. kalau tengok pelancong hari2 banyak bas pergi sana tapi aspek pengurusan amat lemah. kenapa la ustaz ni kata kebersihan sebahagian islam tapi macam tak nampak kebersihan. cuba la abang kabo sikit kat TMB tu supaya tumpuan kepada eko tourism diperkasa. Boleh je jana ekonomi selain mengharap balak. Quran dah kabo kalau kita rosakkan alam, alam akan bersedih tunggu la bala bah kuning lagi. Awat la tak serik. patut amanah hutan tu dijaga. jangan sebab asyik naik kereta range rovers sampai tak sedor masalah sekeliling. Sedih tengok kalau la yang bertaraf ustaz (?) boleh cakap pembalakan tu sah tapi hakikatnya hutan akan musnah. ekologi musnah.

Anonymous said...

tAK SIUMAN KE PENGOMEL DI ATAS. ORANG CITE PASAL ARTIS DIA OMEL PASAL ISU BASI BALAK TAKDE BUKTI. KALAU TAKDE BUKTI JANGAN CAKAP.

Anonymous said...

Bila parti politik jual agama mcm Pas memerintah mcm ni lah jadinya. Tak amanah dan peralatkan Islam utk kepentingan pemimpin2nya.

La ni semakin ramai ostad2 dan ostazah2 jadian @ mee segera muncul atas pentas politik Pas berceramah psl agama. Parti jual agama biasalahhh..mcm2 adaaaa..

Takbirr

Anonymous said...

Negeri lain pun membalak jugak, x ada pulak ko memekak

Anonymous said...

Negeri lain tak jual agama peralat Islam utk merompak balak, mkn hasil curi duit rakyat 90juta mcm parti lebai malang Pas. Walaun tolol mcm ko buat2 pekak.

Pas memalukan Islam.

Anonymous said...

Tunggu saja lah BALA turun dari Allah. Tak lama lagi musim hujan tanpa henti akan bermula. Sama-sama kita doakan keselamatan dan kesihatan rakyat Kelantan dalam menempuhi keadaan itu nanti.

Anonymous said...

Anon 12:38 bila masa pulak pas jual islam utk rompak balak? Konfiuslah dgn hujah ko. Bila masa pulak pas dpt 90 juta? Sembang ajelah ko

Anonymous said...

Anon 5:53

Tak tumbuh tak melata. Tak sungguh org tak kata..hehehe

Buat2 pekak dan buta lak walaun sekor ni. Bila Pas nak saman SR? Hadi n geng lebai makan duit curi 90juta ada buat penafian ker setakat ni? Walaun pernah sembang bertanya kat Hadi tak?

Parti lebai jual agama ni dah lama peralatkan Islam menipu org melayu dan ahli2 parti sendiri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails