Saturday, October 01, 2016

Serangan Udara Rusia Ragut 3,800 Nyawa Di Syria

Hasil carian imej untuk Serangan udara Rusia ragut 3,800 nyawa di Syria
BEIRUT – Kira-kira 3,800 orang awam terbunuh akibat serangan udara Rusia di Syria sejak setahun lalu dalam kempen bagi mengekalkan kuasa Presiden Bashar al-Assad, demikian me­nurut sebuah kumpulan pemantau semalam.
Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) berkata, mereka adalah antara lebih 9,300 orang yang mati dalam serangan tersebut sejak 30 September tahun lalu.
Jumlah itu termasuk lebih 5,500 militan Daesh dan pelbagai kumpulan pemberontak lain, kata pemantau yang beribu pejabat di Britain itu.
“Sekurang-kurangnya 20,000 orang awam cedera dalam serangan Rusia ini, tambah SOHR.
Badan pemerhati yang bergantung kepada rangkaian sumber dalaman di Syria untuk mendapatkan maklumat itu berkata, pihaknya menentukan asal usul pesawat yang melakukan serangan di Syria itu berpandukan jenis, lokasi, corak penerbangan dan jenis peluru yang digunakan.
Pengarah kumpulan SOHR, Rami Abdel Rahman berkata, jumlah sebenar kematian akibat serangan Rusia boleh menjadi lebih tinggi berikutan ramai yang terkorban akibat serangan udara yang dilakukan oleh pesawat-pesawat tidak dikenali. – AFP

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails