Wednesday, October 05, 2016

Tiba-tiba Kemaluannya Dipukul Ketika Berjalan Di Kota London, Apa Wanita Ini Buat?

Untitled
SABTU lalu,seorang wanita bernama Azmina sedang berjalan di tengah kota London apabila seorang lelaki tiba-tiba menerpa kearahnya dan dikatakan memukul bahagian kemaluannya.

Walaupun lelaki itu cuba untuk melarikan diri, Azmina telah berjaya menjejakinya dan memaksa lelaki itu memohon maaf kepadanya di hadapan kamera.


Rakaman itu kemudiannya dimuat naik ke dalam Facebook, di mana dengan pantas menjadi viral.
“Seorang lelaki menghampiri saya dan telah menumbuk kemaluan saya,” tulis Azmina di Facebook.
“Saya cuba untuk menghubungi pihak polis berkali-kali dan kami memerhatikannya serta mengikuti lelaki itu hingga ke jarak yang selamat. Dia telah mengarahkan kami untuk tidak mengganggu dirinya dan pada saat itu, saya serta-merta naik meradang dan terus memberitahunya bahawa dia tidak mempunyai autoriti untuk mengarahkan saya sebegitu selepas dia menyentuh kemaluan saya di tengah-tengah jalan hanya kerana dia berasa seperti dia mempunyai hak keatas tubuh saya,” katanya lagi.
Menurut Azmina, lelaki tersebut ‘tidak makan saman’ kerana dengan selamba mempertahankan tindakannya dengan memberi alasan bahawa dia sedang mabuk ketika itu, dan Azmina telah memperbesarkan insiden itu secara berlebihan.
Berang, Azmina terus keluarkan telefon bimbitnya dan menuntut lelaki itu memohon maaf kepadanya di hadapan kamera.
“Saya tidak tahu mengapa saya bertindak untuk merakamkan video, tetapi saya mungkin melakukan sebegitu kerana saya mahu menggunakan pengalaman ini untuk berkongsikan mesej ringkas ini— gangguan seksual adalah tidak OK,” tulis Azmina.
Lelaki berkenaan kemudiannya memohon maaf.
Posting Azmina itu menjadi viral serta-merta kerana menyedarkan masyarakat tentang gangguan seksual yang semakin meruncingkan, terutamanya bagi golongan wanita.


4 comments:

Anonymous said...

Sukanya Pak Hashim kita. Mesti dok bayangkan camana rupenya menumbuk vagina tu. Close fist ke open hand? Apa komen Pak Hashim? Oh...jangan lupa basuh tangan tu betul2.

Anonymous said...

Pihak editor, buang saja komen diatas macam bontot ayam sedang berak. Menandakan nilai hampas pengomen dan tida proposional.

Anonymous said...

anon 4.59 ko pun serupa dengan pak hasyim rupanya.. suka benda lucah..

Anonymous said...








termasuk anon October 4, 2016 at 3:54 PM di atas sekali. hi hi hi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails