TAUNGGYI, Myanmar – Tentera Myanmar membunuh kira-kira 30 pejuang kumpulan pemisah etnik Islam Rohingya, lapor media tempatan semalam ketika konflik di Rakhine Utara memuncak sejak pertempuran tercetus sebulan lalu.
Beberapa pemerhati dan diplomat berkata, pembunuhan di Negeri Rakhine pada hujung minggu lalu itu memusnahkan harapan untuk mencapai penyelesaian segera bagi menamatkan pertempuran dan memulihkan hubungan komuniti.
Ramai anggota tentera dikerahkan ke kawasan Maungdaw di sempadan Myanmar dan Bangladesh di Rakhine Utara selepas sembilan anggota polis maut dalam serangan terancang ke atas tiga pos sempadan pada 9 Oktober lalu.
Pasukan keselamatan menutup kawasan itu yang didiami oleh etnik Islam Rohingnya bagi melakukan operasi pembersihan.
Media rasmi Myanmar melaporkan, banyak nyawa melayang sepanjang pertempuran hujung minggu lalu, manakala jumlah sebenar kematian tidak dapat dipastikan tetapi termasuk 28 penyerang dan dua askar.
Angka itu menjadikan bilangan pejuang etnik Rohingya yang maut sejak 9 Oktober lalu meningkat kepada lebih 60 orang di samping 17 askar Myanmar, demikian menurut anggaran agensi berita Reuters berdasarkan laporan media rasmi Myanmar.
Kelmarin pihak tentera membunuh sekurang-kurangnya 19 orang selepas diserang oleh sekumpulan lelaki yang bersenjatakan belantan dan kapak, lapor akhbar rasmi Global New Lights of Myanmar.
Pada Sabtu lepas, tentera Myanmar membunuh enam orang dan meminta bantuan helikopter tempur.
Myanmar memiliki 1.1 juta etnik Islam Rohingya yang majoritinya menetap di Rakhine Utara tetapi hak kewarganegaraan mereka dinafikan.
Penduduk Myanmar yang majoritinya beragama Buddha menganggap etnik Rohingya sebagai pendatang tanpa izin dari Bangladesh. – Reuters
Sebahagian wanita Rohingya, beratur ketika ingin mengambil sarapan di kem pelarian sementara di Kampung Kuala Cangkoi di Lhoksukon, Aceh, Indonesia. REUTERS -
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Membunuh rakyat atau membunuh pejuang? Hal ini perlu diteliti..
Sebahagian wanita Rohingya, beratur ketika ingin mengambil sarapan di kem pelarian sementara di Kampung Kuala Cangkoi di Lhoksukon, Aceh, Indonesia. REUTERS -
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Membunuh rakyat atau membunuh pejuang? Hal ini perlu diteliti..
Rejim pengganas Myanmar yang disokong dan disertai oleh munafik hak asasi manusia yang bernama Aung San Suu Kyi dan pengganas-pengganas buddha dengan sokongan dan hasutan jahat sami-sami buddha sedang menindas, merompak, menyiksa, merogol dan membunuh bayi, kanak-kanak, remaja, wanita, lelaki dan orang tua yang beragama Islam dan membakar berpuluh-puluh kampung umat Islam di bahagian barat Myanmar.
ReplyDeleteLaporan tentera pengganas Myanmar membunuh kira-kira 30 pejuang kumpulan pemisah etnik Islam Rohingya adalah propaganda karut rejim Myanmar untuk menyembunyikan jenayah kemanusiaan rejim pengganas Myanmar terhadap orang awam yang tidak bersalah!
Nampaknya tuan guru parti kuali dan sifu roket dan NGO-NGO liberal yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia tidak memperdulikan hak asasi umat Islam di Myanmar ! Ini bererti mereka merestui dan menyokong pengganas-pengganas buddha menghapuskan umat Islam. Mungkin tuan guru kuali sedang menunggu 'fatwa' dari sifu roket sebelum bertindak!
Panglima bugis pun berdiam diri tidak memperdulikan nasib umat Islam di Myanmar. Nampaknya wasatiyyah parti keris hanya cakap kosong. Cakap pong-pang....pong-pang...dalam radio, tv dan suratkhabar....tapi kosong !
Marilah kita semua sokong parti Islam dalam PRU14 untuk membela agama Islam dan hak umat Islam di negara ini, di Myanmar dll.
Pas tiada rancangan ke nak anjurkan Solat Hajat?
ReplyDeleteIni mesti salah Ahok dan DAP.kahkahkah
ReplyDelete