Saturday, November 12, 2016

Berita Gembira! Demonstrasi Tolak PAS Di Shah Alam, Tetapi...


undi1
BANGI, 12 Safar 1438H, Sabtu – Demonstrasi kecil dilaporkan dihadiri kira-kira 20 penyokong pakatan harapan di tempat di mana konvensyen blok pembangkang itu berlangsung di Shah Alam, hari ini, bergema dengan suara menolak PAS.
Namun, di sebalik suara-suara itu, netizen laman sosial Facebook menerusi satu undian yang dijalankan Jom Stream secara live, menunjukkan PAS menerima lebih banyak sokongan ‘like’ berbanding parti lain.
Dalam undian yang ditutup jam 3 petang tadi, penganjur menjemput netizen untuk menyatakan parti mana yang menjadi pilihan mereka dengan menekan ‘like’. Parti yang disenaraikan ialah PAS, PKR, UMNO, DAP, Bersatu dan PAN.
Pada akhir undian sokongan ‘like’ kepada PAS mencecah lebih 54,862, diikuti Bersatu (16,356); DAP (4,691); PKR (2,940); UMNO (2,331) dan PAN (1,697).
Bagaimanapun, undian yang dijalankan itu bukan menunjukkan prestasi sebenar parti yang disenaraikan dan tidak mewakili mana-mana agensi kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan.
Semalam, laman Facebook Jom Stream secara live turut mengajak netizen mengundi memilih sama ada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atau Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Pengguna Facebook memilih Tun Dr Mahathir sebagai pemimpin tertinggi di Malaysia, berbanding Perdana Menteri sekarang.
Dalam undian yang ditutup malam tadi, Tun Dr Mahathir mencatat undian lebih 597,493, manakala Najib hanya kira-kira 20,319 undi sahaja. (http://www.ismaweb.net/)

5 comments:

Anonymous said...

"Kami bersetuju untuk TIDAK bersetuju "

Mudah berhelah dari pus pus pussssss

Anonymous said...

Alhamdulillah walaupun hujan turun agak lebat hari ini, ingin dimaklumkan bahawa penjualan alas kaki versi Pas telah mendapat permintaan yang sangat menggalakkan. Sebanyak lebih kurang 200 lebih berjaya dijual kepada umum. Harga spesel yang ditawarkan adalah rm9.00 sahaja. Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan dan galakan.

InshaAllah seperti yang dinyatakan sebelum ini, seluruh hasil jualan akan diserahkan kepada Pas Selangor melalui seorang Adun Pas yang mewakili parti tersebut pada waktu yang terdekat.

Semoga dengan sumbangan ini akan dapat menunjukkan betapa hinanya pandangan orang ramai terhadap parti menjual agama ini.

Anonymous said...

Takfir!

Anonymous said...


Berdasarkan komen-komen di atas, nampaknya cyber trooper roket, kuali dan keris sangat kecewa kerana parti Islam PAS mendapat undi yang paling tinggi sedangkan parti roket, parti kuali dan parti keris mendapat sedikit sahaja undia. Alhamdulillah ! Takbir ! Allahu Akbar !

Anonymous said...

Kahkahkah..dah lebih 60thn jual agama peralatkan Islam. Pas tak pernah menang pun asyik kalah teruk. Sebabnya Allah tak pernah redha dgn lebai2 dan ularmak2 suu Pas.

Takfir!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails