Friday, November 04, 2016

‘Bungee Jump’, Kekuatan Hanya Dicangkuk Ini. Sukan Baru Dunia?

Pasang Cangkuk Pada Belakang Sebelum 'Bungee Jump'

SUKAN

NGERI dan tidak masuk akal, seorang wanita sanggup membahayakan nyawa dengan melakukan aksi terjunan bungee hanya beralaskan cangkuk abah-abah keselamatan pada belakangnya.

Wanita yang tidak diketahui identitinya itu dirakam membuat terjunan itu dari sebuah jambatan yang tidak dinyatakan lokasinya. Difahamkan wanita berkenaan merupakan salah seorang anggota kumpulan dikenali sebagai The Sinner yang berpusat di Konakovo, Rusia.
Pasang Cangkuk Pada Belakang Sebelum 'Bungee Jump'
Malah menurut kepercayaan kumpulan terbabit, setiap ahli yang mahu melakukan aksi terjunan berbahaya itu perlu ‘melengkapkan’ diri mereka dengan menanam empat batang besi kecil pada belakang mereka. Ianya bertujuan memudahkan cangkuk abah-abah keselamatan dipasang terus pada tubuh mereka.
Dalam klip video berdurasi satu minit yang dikongsi sebuah laman antarabangsa, wanita berkenaan sedikit pun tidak mempamerkan rasa gusar akan keselamatannya malah dilihat teruja melakukan terjunan itu.
Menerusi klip yang sama, seorang lelaki dirakam melakukan ‘flying fox’ dengan hanya melekatkan cangkuk abah-abah keselamatan pada kulit di belakang badannya. The Sinner dipercayai diasaskan oleh sepasang suami isteri iaitu Stanislav Aksenov dan Elena sejak tahun 2008. 
Bermanfaatkah sukan ini? Perlukah diketengahkan ke sukan dunia? (IH)

2 comments:

  1. Bungee Jumping Ala PAN AYAHPAN

    Orang yg melompat golongan kuciwak G-18 ygjatuh setandan lingkup selori. Talinya pula adalah liberal sekular yg membenci para ulamak, mufti, agensi2 ugama, PAS, ISMA, Jamaat Tabligh dll. Cangkuknya pula Ahok Malaysia yakni DAP.

    InshaAllah, tali liberal sekular akan putus kerana mereka telah memutuskan silaturahim antara Islan. Memaki orang Alim dan Pembenci Para Mufti

    Yang Benar

    Jeff Hulu Bernam
    Keadilan Reform

    ReplyDelete