Sunday, November 06, 2016

Dana Soros Tidak Sihat, Siasat! -T/Mursyidul Am PAS:


KOTA BHARU: PAS menyifatkan suntikan dana daripada daripada hartawan Amerika Syarikat (AS), George Soros kepada pembangkang untuk menganjurkan perhimpunan haram BERSIH 5 sebagai satu perkembangan tidak sihat untuk negara.
Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob berkata, sekiranya benar, penganjur perhimpunan itu menerima dana daripada AS siasatan terperinci harus dilakukan.
“Saya rasa kita kena membuat semakan dan kalau BERSIH 5 ditaja oleh Soros, bagi saya, ini perbuatan tidak sihat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Jubli Emas Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang ke-50 Tahun di Kelantan Trade Centre (KTC) di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Eksekutif PKINK, Dr. Wan Zawawi Wan Ismail – AP

5 comments:

Anonymous said...

PAN amat kasih kepada DAP walaupun DAP perangai macam Ahok Jakarta. Bukti2 DAP Perangai macam Ahok Jakarta ada dibawah ini. Artikel evergreen dari Isma.

Walaupun berpuluh2 kali diulang, tetapi PAN AL KUALI gagal menjawab bukti2 nyata ini. Kerana apa? Kerana bukti2 ini Benar dan PAN itu adalah khadam DAP

http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Anonymous said...

Aikkkkkk...
Kes duit masuk dlm account biawak hidup Jimah kenapa tak suruh siasat.
Kenapa yg ni nak disuruh siasat.
Ada apa2 ka....
Tak nak suruh cari 4 org saksi ke?
He5
Lebai2..

Anonymous said...

Siasatlah kalo betul. Tunjuk sekali money trail mcm yg SR dedahkan duit curi rakyat Msia yg masuk akaun peribadi ketua penyamun negara. Najib and gang of thieves.

Anonymous said...

Money trail Penang Tunnel rm300 million tak mau tanya. Banglo terlajak diskaun pun tak mau tanya. Kah kah kah

Anonymous said...

Ha ah....dah alang-alang tu, cuba siasat sekali betul atau tidak pimpinan tertinggi Pas terima dedak hasil rompakan harta rakyat Malaysia sebanyak campor tolak rm90juta.

Kalau tak betul, sila saman secepat mungkin. Tak perlu tunggu sampai 6bulan seperti apa yang Taki Teriyaki katakan. Dan tak perlu juga saman di London, tempat lawan susah ler nak menang. Saman sahaja di Malaysia ni, dengan bantuan Umno, kemungkinan besar akan menang.

Tunggu apa lagi? Siasat ler cepat!!!!

Kah kah kah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails