Tuesday, November 29, 2016

Dendam Seorang Bekas Datin, Ini Dia..

Kisah Dendam Seorang Bekas Datin

Petikan: Facebook Viral Posts

SELALUNYA, jika berlaku kes perceraian – tidak kiralah selebriti ataupun orang biasa – pasangan yang terlibat kalau boleh tidak mahu media buat liputan. Kalau boleh, biarlah hanya pasangan dan keluarga sahaja yang terlibat. Masing-masing mahu pelihara aib dan jaga privasi keluarga.

Lain pula ceritanya dengan Bekas Datin yang baru-baru ini cetuskan kontroversi dengan video viral kejadian di mahkamah untuk tunjukkan bekas suami ‘bertindak kejam’.
Usaha Bekas Datin itu gagal apabila cerita sebenar mula tersebar, dan mereka yang sama-sama ‘share’ video tersebut mula insaf dan meminta maaf kepada bekas suaminya yang menjadi mangsa permainan persepsi si Bekas Datin.
Kita fikir mungkin Bekas Datin ini sudah insaf dan sedar tindakannya itu salah. Malangnya tidak. Bekas Datin ini masih menyimpan dendam yang tebal sehingga dia masih kerap aktif berjumpa ramai orang untuk sebarkan perkara-perkara yang tidak betul tentang bekas suaminya itu.
Salah seorang rakan yang terpaksa mendengar segala dendam Bekas Datin itu berkata dia mengakui akan sanggup lakukan apa saja untuk jatuhkan syarikat bekas suami. Begitu gelap sekali hati Bekas Datin ini sehingga sanggup memusnahkan empayar perniagaan yang dibina lebih 30 tahun ini kerana tidak dapat apa yang dimahukan.
Dendam itu satu hal. Tapi satu lagi hal yang kita tidak faham kenapa Bekas Datin ini sanggup lakukan apa saja untuk dapatkan publisiti di media untuk tonjolkan namanya? Baru-baru ini, nama pasangan ini muncul dalam edisi terbaru sebuah majalah glamour dalam rencana tentang ‘Perceraian High Profile di Malaysia’.
Sebenarnya, Bekas Datin ini rapat dengan editor majalah tersebut. Dengar cerita dia sendiri yang mahu kes perceraiannya masuk dalam senarai. Asalkan dapat publisiti. Biarlah aib, asalkan popular!
Kita dapat tahu bahawa Bekas Datin ini mendapat nasihat daripada peguam-peguamnya untuk terus membuat penampilan di media dan untuk terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang memburukkan bekas suami, keluarga dan syarikat. Peguam-peguamnya mahu Bekas Datin terus jadi viral, agar mendapat simpati dan sokongan dari orang ramai.
Masih Aktif Bersosial
Kisah Dendam Seorang Bekas Datin
Sebelum ini kita kerap baca luahan Bekas Datin ini di Instagram tentang keperitan hidupnya sekeluarga. Dia juga kerap mencanang kepada rakan-rakan rapat tentang keperitan hidup sehingga ramai yang hulurkan bantuan.
Tapi lain pula yang digambarkan dalam Instagram. Dia masih kerap ke majlis-majlis sosial yang high class, termasuklah ke majlis MostGLAM 2016 baru-baru ini. Gambar-gambar yang dikongsi Bekas Datin tidak langsung menunjukkan ‘keperitan hidup’ seperti yang digembar-gemburkan.
Lagi satu perkara kita harus persoalkan ialah bagaimana Bekas Datin ini menjaga anak-anak jika terlalu kerap bersosial? Kita tengok gambar anak-anak, sudah seolah-olah semakin kurus. Dia tak beri makankah? Jika masih lagi kerap bersosial, bagaimana kebajikan anak-anak boleh terjaga?
Bila bekas suami mahu berjumpa anak-anak, Bekas Datin ini tidak benarkan. Jika mahu jumpa, jumpa di mahkamah. Tapi bila tiba masa, Bekas Datin tidak hadir. Bila mahkamah keluarkan waran dan perintah contempt of court, dia datang tapi bawaentourage dan perakam video untuk viralkan perkara yang tidak betul!
Bila sudah kantoi, tidak mengaku pula. Lucu sungguh bila orang yang terang-terang merakam video tersebut menafikan bahawa dia yang merakam adegan ‘rampas anak’ tersebut.
Konflik Personaliti Bekas Datin
Kisah Dendam Seorang Bekas Datin
Tindakan-tindakan Bekas Datin ini seolah-olah menggambarkan dirinya sebagai seorang yang hadapi konflik dalam diri sendiri. Dia seolah-olah tidak tahu apa yang dia mahu.
Pada satu sudut, Bekas Datin ini meminta agar Mahkamah Shariah menjalankan majlis sulh untuk menyelesaikan pertikaian bersama bekas suami. Ini satu tindakan yang baik, kerana eloklah pihak mahkamah menyelesaikan terus pertikaian antara bekas suami isteri ini.
Bekas Datin ini juga dengar ceritanya mahu buka perniagaan online menjual tudung demi menunjukkan kepada mahkamah bahawa dia mampu menjaga dan menanggung anak-anak yang masih kecil. Ini juga satu tindakan yang baik. Sekurang-kurangnya tidaklah lagi hidup hanya bergantung kepada kekayaan bekas suami.
Namun pada masa yang sama, dia juga kerap bertemu psikiatris di Kuala Lumpur dan mahu bayar psikiatris itu agar mengeluarkan laporan kononnya dia sangat trauma dengan segala yang berlaku agar mudah menang kes-kes mahkamah yang sedang berlangsung. Mungkin psikiatris itu patut follow akaun Instagram Bekas Datin ini. Baru boleh tahu dia trauma atau tidak.
Dengar cerita lagi bahawa ayah kepada Bekas Datin ini pun sudah masuk campur dengan cuba menggunakan pengaruhnya agar keputusan mahkamah menyebelahinya kelak. Kita dengar juga yang si ayah ini cuba meminta bantuan dari seorang menteri. Sampai begitu sekali. Tidak cukup dengan segala macam kerja yang menteri kena buat, kini kena masuk campur pula kes perceraian orang pula.
Jadi apa yang Bekas Datin ini mahu sebenarnya? Mahu selesai atau mahu terus bertelingkah?
Pindah Rumah Lagi
Sebelum ini sudah didedahkan yang Bekas Datin ini tinggal sebumbung dengan adiknya dan suami di sebuah kondominium mewah di Damansara Perdana. Namun, kita dapat tahu yang Bekas Datin sudah berpindah dan menyewa pula dua buah rumah di sekitar Damansara juga.
Punca dia pindah tidak diketahui, namun dengar cerita telah berlaku pertikaian antara dia dengan suami adiknya itu. Dengar cerita juga hubungan suami isteri adiknya itu turut terjejas.
Mungkinkah disebabkan duit? Ini satu kebarangkalian yang mungkin memandangkan keluarga ini sentiasa mahukan duit dalam jumlah yang banyak. Kerana duit juga, adik ipar itu diberhentikan kerja dari syarikat bekas suami. Kerana tidak lagi mendapat duit dari bekas majikan walaupun telah diberhentikan kerja, adik ipar ini mula menyerang bekas majikan dan keluarga.
Kita dapat tahu, si adik ipar itu kerap menjaja pelbagai cerita tentang bekas majikan sehingga kepada orang yang dia baru sahaja kenali. Mungkin dia lupa yang Kuala Lumpur ini kecil sahaja. Ada kemungkinan orang yang kita cuba hasut itu adalah kenalan atau saudara kepada mereka yang kita kecam.
Adik lelaki Bekas Datin ini (yang merakam kejadian di mahkamah tempoh hari) juga dikatakan terpaksa ‘bekerja’ dengan kakak demi melangsaikan hutang. Disebabkan dia tiada kerja tetap, maka si adik lelaki ini terpaksa ikut telunjuk kakak tanpa banyak soal. Macam-macam perkara dia sudah lakukan termasuk mencipta perbualan mesej teks palsu antara dia dan bekas abang iparnya itu. Semua ini dilakukan dengan rapi sebagai strategi untuk memburukkan nama bekas abang ipar dan syarikat.
Bila sudah terdesak, sudah pastilah keluarga ini akan lakukan apa sahaja untuk dapat apa yang mereka mahu. Dalam mencapai matlamat ini, tiga orang anak kecil menjadi mangsa.
Tidak kasihankan anak-anakkah?

1 comment:

Anonymous said...

Dedah lagi aib orang lain.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails