LAKSANA buaya dan singa, kedua-duanya mengganas. Singa mengaum kuat, nyata dan menerpa secara terbuka di lapangan. Buaya seperti kata pepatah Melayu ‘bagaikan air yang tenang jangan disangka tiada buaya’.
Begitu kira-kira, perbandingan indah Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang mengulas perkembangan Pilihan Raya Presiden Amerika di ruangan akhbar Harakah. Dua calon Pilihan Raya Presiden AS iaitu Hillary Clinton (Parti Demokrat) dan Donald Trump (Parti Republikan), kedua-duanya berlumba-lumba membuat kenyataan terbuka menyokong Israel dengan pendekatan berbeza.
Menurut beliau, walaupun tragedi pembunuhan mencecah jutaan korban, menjadi pelarian dibenarkan atas nama kebebasan, demokrasi, keadilan dan hak asasi manusia, namun undang-undang antarabangsa dan mahkamah laksana sarang labah-labah yang hanya boleh memerangkap makhluk kecil sahaja.
Apa-apa tindakan pun tidak boleh di ambil ke atas AS dan sekutunya, dan semua keputusan PBB boleh dihalang mudah melalui kuasa vetonya. Namun menurutnya..
"Seganas-ganas singa dan buaya boleh dikawal oleh Jabatan Mergastua dan dikurung dalam sangkar zoo. Begitulah politik, sejarah menunjukkan kuasa besar yang memuncak keganasannya seperti Adolf Hitler dan Benito Mussolini lebih cepat tersungkur."
Apa yang perlu menjadi iktibar adalah betapa kecelaruan demokrasi Barat kini kerana disebabkan oleh tidak beriman dan hilangnya sifat budiman dalam pemilihan kepimpinan.
"Tiga faktor penting yang menjadi rukun manipulasi pemilihan iaitu 3M (Machinery/Jentera; Media; dan Money/Wang). Apabila tiga faktor ini yang dikuasai bangsa Yahudi dimanipulasi sepenuhnya sebagaimana yang diceritakan benar oleh Al-Quran.
Firman Allah SWT:
﴿وَقَالَ لَهُمۡ نَبِيُّهُمۡ إِنَّ ٱللَّهَ قَدۡ بَعَثَ لَكُمۡ طَالُوتَ مَلِكٗاۚ قَالُوٓاْ أَنَّىٰ يَكُونُ لَهُ ٱلۡمُلۡكُ عَلَيۡنَا وَنَحۡنُ أَحَقُّ بِٱلۡمُلۡكِ مِنۡهُ وَلَمۡ يُؤۡتَ سَعَةٗ مِّنَ ٱلۡمَالِۚ قَالَ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصۡطَفَىٰهُ عَلَيۡكُمۡ وَزَادَهُۥ بَسۡطَةٗ فِي ٱلۡعِلۡمِ وَٱلۡجِسۡمِۖ وَٱللَّهُ يُؤۡتِي مُلۡكَهُۥ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٞ٢٤٧ وَقَالَ لَهُمۡ نَبِيُّهُمۡ إِنَّ ءَايَةَ مُلۡكِهِۦٓ أَن يَأۡتِيَكُمُ ٱلتَّابُوتُ فِيهِ سَكِينَةٞ مِّن رَّبِّكُمۡ وَبَقِيَّةٞ مِّمَّا تَرَكَ ءَالُ مُوسَىٰ وَءَالُ هَٰرُونَ تَحۡمِلُهُ ٱلۡمَلَٰٓئِكَةُۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَةٗ لَّكُمۡ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ٢٤٨﴾ [البقرة: 247-248]
- “Berkatalah Nabi mereka kepada mereka (apabila mereka meminta Nabi itu menetapkan calon raja setelah dimintanya): Sesungguhnya Allah melantik Talut menjadi raja kamu. Mereka berkata: Bagaimana dia dilantik, padahal kalangan kami ada yang lebih layak, dan dia pula tidak berharta banyak (kaya raya)? Nabi mereka menjawab: Allah yang memilihnya kerana dia berilmu dan sihat serta gagah perkasa. Allah sahaja yang memberi kurnia pemerintahan kepada sesiapa yang di kehendaki-Nya dan Allah itu Maha Luas Pengetahuan dan Kuasa-Nya lagi Maha Mengetahui. (247)
- “Nabi mereka menegaskan lagi: Sesungguhnya Allah menunjukkan tanda perlantikannya bahawa datang kepada kamu Tabut (peti) yang dibawa oleh Malaikat, yang ada di dalamnya ketenangan daripada Tuhan kamu dan pusaka peninggalan pengikut Nabi Musa A.S dan Nabi Harun A.S. Sesungguhnya itulah dalil daripada Tuhan kamu sekiranya kamu beriman.” (248)] (Al-Baqarah: 247-248)
"Donald Trump memenangi pilihan raya dengan politik wang kekayaan yang mempengaruhi jentera dan media. Tegasnya, siapa paling kaya dan hebat Zionisnya dipilih dalam pilihan raya di Amerika. Apabila dicampur wang dan Zionisnya maka sangat kuat sumbangan mempengaruhi politik terkini, apabila akal berada di perut dan apabila yang tinggi ilmunya dapat diperkudakan.
"Para ulama tafsir al-Quran menegaskan pengajaran itu diambil daripada lafaznya yang umum bukan sebabnya yang khusus." Demikian ulasan Hj Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS. (IH)
3 comments:
Tuan Guru Haji Abd Hadi Awang bercakap benar.
Trump dan Hillary adalah balaci ternakan kafir harbi Yahudi Zionis kerana kedua-duanya menyokong kewujudan negara haram 'Israel' dan membela kezaliman dan jenayah rejim pengganas Israel.
Obama dan Trump juga adalah hamba abdi ternakan Yahudi Zionis dan Israel yang amat memusuhi agama Islam dan umat Islam.
Obama bercakap dengan lidah bercabang bahawa Amerika Syarikat tidak memusuhi Islam tetapi pada waktu yang sama tentera Amerika dan CIA sibuk campurtangan dalam negara-negara umat Islam dan menggulingkan pemimpin-pemimpin yang menentang penjajah Amerika Syarikat dan menindas dan membunuh umat Islam dan mencetuskan perang saudara di Iraq, Syria, Libya, Yaman, Somalia, Sudan dll.
Trump pula secara terang-terangan memusuhi agama Islam dan umat Islam di dalam dan di luar Amerika Syarikat !
Maka tidak hairanlah kedua-dua presiden AS adalah budak suruhan Israel.
Kerajaan Amerika Syarikat dan CIA (dan Mossad dan Rejim Israel) telah memberikan pelbagai bantuan seperti wang, latihan (workshop @ bengkel), tunjuk-ajar sll kepada pelbagai media massa, parti politik dan NGO-NGO kafir harbi dan liberal untuk:
(1) melemahkan atau menghapuskan agama Islam, mahkamah syariah, jabatan agama Islam, NGO Islam, parti Islam dll,
(2) memfitnah dan memburuk-burukkan ajaran Islam, hukum Allah, ulama Islam, pihak berkuasa Islam dan parti Islam dan menghasut orang ramai membenci, menentang agama Islam, ulama Islam, jabatan agama Islam, mahkamah syariah, parti Islam dll.
(3) menghapuskan keistimewaan orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini,
(4) memecah-belahkan persaudaraan umat Islam,
(5) menggulingkan kerajaan yang dipimpin oleh umat Islam,
(6) mengubahkan negara Islam [Perlembagaan Persekutuan 3(1)] kepada negara sekular liberal tulen yang dipimpin oleh pemimpin liberal yang menjadi boneka kafir harbi.
P.A.S Parti Ajaran Syaitan.
Najib dan Hadi ibarat Beruk dan Sotong. Kah kah kah!!!!
Post a Comment