Friday, November 04, 2016

Formula 1 Lwn 1, Guna Cara Islam -Musyidul Am PAS


Oleh Subky Latif
BEBERAPA hari lalu Mursyidul Am PAS, TG Hashim Jasin telah memberi pencerahan kepada umat Islam jika mahu amalan masing-masing diterima Allah, gunalah cara hidup Islam.

Dalam pencerahan terbarunya kepada parti-parti politik yang menyeru kepada satu lawan satu dan penyatuan sesama umah mesti mengikut formula agama Allah.
     
Syaratnya halalkan apa yang al-Quran halal dan haramkan apa yang Islam haramkan mengikut kaedah yang ditentukan mengikut hak-hak bagi orang Islam dan hak-hak bagi bukan Islam.
     
Jika penghormatan itu dapat dihormati, maka pintu kerjasama semula dengan DAP terbuka. 
     
Nescaya berulanglah semula dalam PRU14 nanti seperti yang berlaku dalam PRU13 iaitu satu lawan satu. Jika ia tidak diterima, maka jawabnya ialah satu lawan empat.
     
Demikian juga dengan dakwaan Umno yang siang malam hendak sangat bersatu dengan PAS, Jika formula itu diterima, maka terbuka penyatuan antara keduanya.
     
Pencerahan politik yang disaran oleh Mursyidul Am itu membuka peluang baru bagi kerjasama politik antara PAS dengan DAP dan antara PAS dengan Umno.
      
Sebelum ini pintu untuk bersama semula dengan DAP bukan sekadar tertutup, bahkan terkunci. Dengan formula TG Hashim Jasin itu, pintu tertutup juga tapi tidak berkunci. Daun pintu boleh dibuka bila-bila masa.
      
Pembatalan tahaluf ada rugi bagi PAS dan ada ruginya bagi DAP dan Pakatan. Rugi PAS tidak sebanyak untungnya. Orang mungkin tidak nampak untungnya tetapi ia dijamin Allah. Hanya yang beriman yakin dan nampak akan janji keuntungan itu. Tetapi bagi DAP dan Pakatan ruginya lebih banyak dari untung.
     
Ruginya bukan sekadar dapat menguasai Putrajaya dalam PRU14, bahkan selama-lama tiada harapan berperanan dalam pentadbiran Putrajaya.
     
Hak bukan Islam tidak terganggu jika formula itu diikut. Jaminan itu sudah ada sejak hijrah Rasulullah dulu dan ia telah dibuktikan sepanjang pimpinan baginda di Madinah. Tentang parti  Mat Sabu belum ada pencerahan. Parti itu adapun justeru hendak mengelakkan pertandingan banyak penjuru dalam PRU.
     
Jika formula satu lawan satu diterima keperluan partinya tidak ada lagi. Masakan ia jadi calon ketiga?
     
Mungkin parti pembangkang tidak sempat berbincang ketika Parlimen bersidang yang antara kemungkinannya RUU355 dibentangkan.
     
Bagi memupuk perpaduan pembangkang supaya satu lawan satu dapat diadakan. Maka RUU355 boleh dijadikan jambatan bagi pelaksanaan satu lawan satu itu. PAS bukan saja mengharapkan sokongan MP Islam dari PKR, DAP dan Bersatu, bahkan PAS mahukan semua MP pembangkang menyokongnya. 
     
PKR sudah mengumumkan menyokongnya. Jika DAP belum masa untuk menyokongnya, sekurang-kuangnya ia berkecuali.
     
Setelah mendapat isyarat baru dari Mursyidul Am itu, semua pembangkang wajar menimbangkan formulanya. Formula beliaulah yang memberi banyak harapan dibanding dengan lain-lain harapan politik.
     
Bagaimana kalau formula itu diterima sekali gus oleh Umno dan pembangkang? Apa pilihan PAS? Justeru pencerahan Mursyidul Am itu ada mengikut saranan al-Quran, maka PAS boleh memimpin perbincangan denan kedua-duanya yang matlamatnya bagi mendapat mardhatilah hingga ke akhirat, bahkan kita dapat mencapai cita-cita 1Malaysia yang sebenarnya menjadikan Malaysia negara bersih rasuah.
     
Jika ia belum terima kita hadapi satu lawan lima atau lima-lima berlawan. Tetapi jika kelima-limanya dapat bergenggam mengikut formula Mursyidul Am nescaya ia jadi buku lima yang sakti. - HARAKAHDAILY 

3 comments:

Anonymous said...

Formula PAN dan pencinta2 Liberal Sekular, Sokong Ahok Malaya yg Bersemayam di Penang Darul Sekular tetapi lawan golongan2 pencinta Islam tak kisahlah PAS, ISMA, JAKIM, Mufti, Agensi2 Agama, Jamaah Tabligh dan lain2. Janji Ahok Penang Happy dan Hippies

Anonymous said...

PAN amat kasih kepada DAP walaupun DAP perangai macam Ahok Jakarta. Bukti2 DAP Perangai macam Ahok Jakarta ada dibawah ini. Artikel evergreen dari Isma.

Walaupun berpuluh2 kali diulang, tetapi PAN AL KUALI gagal menjawab bukti2 nyata ini. Kerana apa? Kerana bukti2 ini Benar dan PAN itu adalah khadam DAP

http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Anonymous said...

Aku tak tahu, manusia jenis apakah Mursyidul Am dan Presiden PAS itu, adakah keturunan burung tukang atau keturunan badak sumbu .... Dengan memakai baju ulamak sampai ke jubur taik pun nampak zuhud, dia boleh pusing cakap dalam masa 24 jam....!!!!

Hari Selasa dia keluarkan kenyataan bahawa PAS lebih kuat bersendirian, PAS tidak akan kerjasama dengan pembangkang, PAS akan tanding semua kerusi yang ditandingi DAP, bla bla bla...........

Petang Selasa, Jabatan Pilihanraya PAS memberi taklimat kepada semua AJK PAS Pusat, bahawa menurut kajian dan culaan, calon PAS akan kalah di semua kerusi yang ditandinginya di seluruh negara, termasuk Kelantan.

Pada pagi Rabu, dengan muka selamba macam biawak pasir, dia keluarkan kenyataan bahawa PAS mahu buka pintu untuk kerjasama dengan Pakatan Harapan, PAS setuju dengan formula satu lawan satu, bla bla bla, tapi kena ikut syarat PAS..... kkorok mu..!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails