Friday, November 18, 2016

Gadis Ini Sanggup Jual Dara, Demi Perubatan Ahli Keluarganya.

Gadis ini ingin jual keperawanan demi obati kanker kakaknya
Gadis 19 tahun bernama Xu Yanhua di Huangzhou, China, ingin menjual keperawanannya demi mendapat wang buat mengubati penyakit kanser yang dihidapi abangnya.

Isnin lalu dia dilihat berada di dalam keretapi bawah tanah sambil memegang papan pengumuman yang menyebut dia ingin menjual keperawanannya itu seharga 200 ribu yuan atau RM133 ribu.

"Kaedah rawatan yang memerlukan kos lebih daripada 200 juta yuan. Keluarga saya tidak mampu membayarnya. Siapa orang baik hati yang bersedia menyelamatkan abang saya?" tulis Xu dalam papan pengumuman itu, seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Daily Mail, Rabu (16/11).

Menurut laporan dari laman 163.com, Xu mengaku mempunyai sijil dari hospital yang membuktikan dia masih dara. Dalam papan pengumuman yang dia bawa Xu menjelaskan dirinya berasal dari Qiubei, Provinsi Yunnan. Dia berkata pada masa ini masih belajar di sekolah menengah atas.





Abangnya yang berusia 23 tahun didiagnosis menderita leukimia tiga tahun lalu dan keluarga tiada cukup wang buat membiayai rawatan. Dia berkata keluarganya sudah menghabiskan kesemua wang simpanan untuk membiayai pemindahan sumsum tulang belakang tapi penyakit abangnya tidak berjaya diubati.

Keadaan kesihatan abangnya kini kian memburuk hingga akhirnya dia memutuskan akan menjual keperawanannya. Ketika ditemui adiknya di hospital Zhejiang, abangnya berkata dia tidak tahu adiknya cuba menjual keperawanan.

"Sekarang saya tahu, dia bodoh sekali," katanya kepada wartawan 163.com. Dia menuturkan ingin adiknya itu pulang ke rumah dan meneruskan sekolahnya.

Selain menarik perhatian para penumpang kereta, perbuatan Xu yang ingin menjual keperawanannya itu juga diketahui oleh polis. Pegawai berkenaan kemudian membawa dia ke pejabat polis. Polis mengatakan perbuatannya itu menyalahi undang-undang. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails