Saturday, November 26, 2016

Gelagat Artis: Buka Tudung Tambah Follower, Buka Coli Lagi..


Raysha Dikecam Netizen Hadiri ASK 2016 Tak Pakai Coli

HALAMAN HIBURAN

DUA berita ini memaparkan cara berfikir dan gelagat antara kalangan artis di Malaysia.

Satu:

Penampilan bekas juara Dewi Remaja 2014/2015, Raysha Rizrose di acara gilang gemilang Anugerah Skrin 2016 (ASK2016) yang diadakan pada minggu lalu mendapat kritikan hebat daripada netizen.

Difahamkan kritikan yang diterima Raysha berpunca daripada sekeping gambar yang dimuat naik oleh kakaknya, Nelydia Senrose menerusi akaun Instagram peribadinya.

Gambar Raysha yang mengenakan busana blink-blink warna gelap potongan serong di bahu yang mendedahkan sebahagian dadanya dianggap keterlaluan oleh netizen.
Bahkan bukan itu sahaja, Raysha dikatakan tidak memakai baju dalam (coli) sehingga menampakkan puting payudaranya ketika mengenakan gaun tersebut turut dikecam hebat oleh netizen.
Raysha Dikecam Netizen Hadiri ASK 2016 Tak Pakai Coli
Raysha Dikecam Netizen Hadiri ASK 2016 Tak Pakai Coli
Walau bagaimanapun, menerusi sebuah portal akhbar tempatan, pelakon dan pengacara berusia 19 tahun itu menafikan tuduhan itu dan mendakwa ianya adalah disebabkan oleh potongan dan material baju berkenaan yang membuatkannya kelihatan seperti tidak memakai coli.
“Terus-terang, geli hati pula membaca komen mengenai gambar saya yang dimuat naik kakak saya, Nelydia di Instagram. Terutama komen yang cuba menasihati saya dan sebagainya.
“Ramai juga yang mengatakan saya tidak memakai coli padahal saya pakai. Cuma baju itu memang begitu potongannya kerana kainnya tebal dan kalau saya pakai coli atau tak, ia tetap akan kelihatan begitu.
“Baju itu pun pilihan kedua kerana gaun yang patut saya gayakan rupanya agak sempit. Maka, saya terpaksa pilih gaun terbabit di saat akhir,” katanya kepadaHarian Metro.
Antara komen yang yang dilemparkan oleh netizen kepada Raysha ialah, “Tidak ada beza ngan pelacur,” tulis farid_ridzuan93.
Manakala seorang lagi netizen print_tshirtt, “Kakak buka tudung dapat tambahfollower...dia buka coli la…lagi banyak follower.”
Difahamkan busana yang digayakan oleh Raysha pada ASK 2016 itu adalah rekaan Dato Nadia Marni.  Sumber: Harian Metro

Dua:

Uqasha Gembira Pengikut Bertambah Lepas Buka Tudung

PELAKON yang memutuskan untuk tidak lagi berhijab, Uqasha Senrose melihat keputusannya meninggalkan hijab memberikan reaksi ‘positif’ di dalam karier seninya.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 25, kini gembira setelah pengikut di laman Instagramnya meningkat kepada dua juta orang, berbanding 1.2 juta sebelum ini.
“Saya gembira sekarang saya menjadi diri sendiri. Saya sekarang buat apa yang saya suka. Pengikut saya di Instagram naik mendadak.
“Itulah, mereka kutuk-kutuk (saya) tetapi ikut. Sekarang dah sampai dua juta, dulu 1.2 juta saja,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Malay Mail ketika malamAnugerah Skrin 2016, Jumaat lalu.
Terdahulu, pelakon drama ‘Tundukkan Playboy Itu’ dikritik kerana keputusannya membuka tudung selepas setahun menggayakan imej wanita berhijab.
Malah ada segelintir netizen yang beranganggap keputusannya untuk bertudung juga disebabkan oleh trend dan bukan kerana kewajipan sebagai seorang muslimah.
“Dulu saya tutup ruang komen sekejap sebab tidak tahan dengan mulut haters. Jadi, sekarang saya tak kisahlah orang nak cakap apa. Baik kita sekat mereka daripada kita sakit mental dan sakit hati bila baca.
“Sekarang sudah kurang yang membenci. Mereka boleh terima. Dah macam biasa balik dah,” katanya. Sumber:MYNEWSHUB.CC

Lihat sebelum ini..

E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

2 comments:

Anonymous said...

PAS tak payah susah2 jaga ISLAM , UMNO dah BUAT yg terbaik .....

PAS tegur segala BAIK Dan matang saja ...

Habis pekara...

hanimasra said...

begitu bencinya mereka pada PAS....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails