Sunday, November 06, 2016

Guru Lakon Filem Lucah Ini, Lebih Bermaruah Dari Pemimpin Rasuah..

Kantoi Berlakon Filem Lucah, Guru Letak Jawatan Serta Merta

SEORANG guru dari Rusia terpaksa meletakkan jawatan selepas individu tidak dikenali berkongsi pautan e-mel daripada filem lucahnya kepada murid-murid dan kakitangan tempatnya mengajar.

Svetlana Topol merupakan salah seorang tenaga pengajar di salah sebuah sekolah berprestij di St. Petersburg, namun merahsiakan profesion keduanya itu daripada pengetahuan umum.
Menurut sebuah laman antarabangsa, Topol yang berusia 27 tahun itu dan menerusi pekerjaan ‘kedua’ sebaliknya gemar memegang watak seorang pelajar perempuan dalam filem pornografinya.
Kantoi Berlakon Filem Lucah, Guru Letak Jawatan Serta Merta
“Saya kenal orang-orang yang pernah bekerja dengannya, dia merupakan seorang guru yang ‘jahat’,” kata pengarah filem lucah tempatan, Jack Bob.
“Dia mampu melakukan aksi-aksi yang kebanyakkan aktres seksi lain tidak dapat lakukan dan sangat popular dalam kalangan penonton lelaki,” jelasnya.
Tambah laman itu lagi, Topol yang sudah berkahwin sering menggunakan nama Ariel, Moud dan Christie menerusi filem lakonannya. Malah kegiatannya sebagai pelakon filem lucah turut diketahui suaminya.
Menerusi pendedahan e-mel yang dilakukan individu tidak dikenali itu bahkan turut mendakwa sebahagian filem lucah lakonan Topol yang tersebar itu dirakam pada tahun ini.
Jelas e-mel itu lagi, kebanyakan rakaman filem berkenaan dilakukan di luar negara iaitu Hungary dan Republik Czech dengan bayaran untuk pelakon dewasa sepuluh kali ganda lebih mahal berbanding di Rusia.
Selepas tembelangnya sebagai pelakon lucah terbongkar, Topol difahamkan telah menghantar surat perletakan jawatan dalam tempoh 24 jam.
Kes berkenaan telah mencetuskan kontroversi dan perdebatan hangat menerusi media sosial dan forum internet tempatan.
Sesetengah pelayar internet mengatakan adalah keterlaluan bagi seorang guru menjadi bintang filem lucah manakala setengah yang lain menganggapnya sesuatu yang tidak akan beri kesan buruk kepada pelajarnya. -MYNEWSHUB.CC
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dia seorang guru, buat 'pekerjaan kedua' tidak bermaruah terpaksa meletak jawatan demi maruah, walaupun belum dibuktikan bersalah di mahkamah Rusia.

Ada pemimpin negara, buat 'pekerjaan kedua' konon bisnes part time melalui 'kaki-kaki'nya, tetapi sebenarnya 'berasuah' masih belum dibuktikan di mahkamah.  Tapi orang ini tidak letak jawatan. Mana lebih bermaruah?

Jadi pelakon lucah ini lebih bermaruah dari pemimpin-pemimpin politik yang rasuah? Makan hasil air lendir sendiri lebih bermaruah dari makan rasuah hasil dari keringat rakyat..

4 comments:

Anonymous said...



Spot on bro..

PIGS makan dedak 90juta lagi langsung takde maruah kan!?

PIGS bila lg nak saman SR bro?

PIGS pakai sorban tu ler bro!

PIGS yg jd imam2 tu la!


Anonymous said...

sapa razak ahmad? sapa rohaimi razak?

raja balak Kelantan!

Anonymous said...

Tuan Ibnu Hasyim,

Assalamualaikum tuan.

Saya mohon tuan menerbitkan "Dialog Muslim Vs Muslim Pendukung Ahok: Mematahkan Logika Muslim Pendukung Ahok" dalam website tuan untuk kebaikan umat Islam. Rujukan:

http://www.teropongsenayan.com/33408-heboh-beredar-dialog-muslim-vs-muslim-pendukung-ahok

Sekian, terima kasih

Ibnu Hasyim said...

t.kasih. Al-hamdulillah, saya siarkan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails