Monday, November 21, 2016

Halau Duta Myanmar, Putuskan Diplomatik.. Pulau Sukan SEA ke 27


Halau Duta Myanmar Pulang, Sekat Kemasukan Pekerja Dari Negara Mereka
Oleh : Nazman bin Che Iberahim 
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan
1. Berhimpun, berdemontrasi, berucap berapi-rapi, berdoa dengan tangis airmata, kemudian menyerahkan memorandum bantahan ke Pejabat Kedutaan dan akhirnya membuat sidang akhbar mengecam pembunuhan saudara seislam kita di sana. Ini adalah sifir dan format tetap (by default) kita di negara ini atas nama cintakan saudara seagama yang dibunuh kejam di Myanmar, Bangladesh malahan mana mana negara sekalipun. Setiap kali berlaku pembunuhan dan kezaliman, kita hanya mengulangi skrip ini. Betul atau tidak tuan tuan?
2. Atas sebab itu, mereka tidak pernah takut untuk mengulangi pembunuhan, kezaliman dan kekejaman ini untuk kali yang seterusnya. Kerana apa? Kerana mereka tahu sifir dan format kemarahan umat Islam serantau hanyalah setakat itu sahaja. Ia hanya dalam bentuk demontrasi-berucap-berdoa-serah memorandum dan sidang media sahaja. Malahan ada yang ke tempat demontrasi hanya untuk bergambar dan memuat naik status Facebook semata mata.
3. Episod kekejaman dan kezaliman rejim Myanmar kepada umat Islam serta pejuang agama Allah SWT ini seakan-akan tiada berkesudahan. Semakin hari semakin ramai yang mati dibunuh tanpa sekelumit pun peri kemanusiaan. Mereka tiada pembela dan pembenteng utama. Tiada secebis harapan pun di dalam hati mereka. Hampa.
4. Mengikut Amnesty International, Muslim Rohingya menderita dan didera tanpa perikemanusiaan di bawah junta Myanmar sejak tahun 1978 lagi sehinggakan terlalu ramai yang telah lari ke Bangladesh dan negara negara sekitar. Bahkan diakui di serata dunia, Muslim Rohingya adalah satu bangsa minoriti yang paling kuat menerima tekanan dan penderaan dalam sejarah bangsa kecil mereka.
5. Dan konflik bertambah rumit apabila terjadinya tragedi di Rakhine pada tahun 2012 sehinggakan ribuan yang terkorban dan lebih seratus ribu menjadi pelarian di serata tempat. UNHCR pula melaporkan sejak 2014 lebih 1,100 orang pelarian yang berlepas melalui laut dari Myanmar telah mati dan lebih 1,000 orang lagi dipercayai hilang di lautan luas pada tahun tersebut.
6. Mereka lari meninggalkan negara Myanmar setelah pembunuhan dan kekejaman berterusan tanpa beradu. Hidup dalam ketakutan dan kerungsingan saban hari dan setiap malam. Lalu, mereka meninggalkan negara tanah tumpah darah sendiri yang telah menafikan kerakyatan bangsa mereka.
7. Akta Kewarganegaraan 1982 di Myanmar tidak mengiktiraf Rohingya sebagai salah satu bangsa di negara tersebut. Malahan jika mereka mahu mendapatkan juga taraf warganegara, mereka perlu membuktikan bahawa nenek moyang mereka telahpun wujud dan menempati negara Burma sejak tahun 1823 lagi.
8. Tuan tuan, siapakah antara kita, manusia biasa yang menyimpan salasilah keluarganya sejak 200 tahun yang lampau? Malahan jika kita ada menyimpan pun sejarah itu, bagaimana pula mahu membuktikan bahawa moyang kita sudah pun wujud sejak 1823 di sesebuah negara?
9. Myanmar semakin melampaui. Darah saudara seagama kita tidak boleh tumpah lagi ke bumi ini. Kerajaan Malaysia wajib memutuskan hubungan diplomatik dengan Kerajaan Junta ini, halau duta mereka pulang dan tutup pejabat mereka. Panggil pulang duta Malaysia di Perbandaran Dagon, Yangon serta sekat kemasukan pekerja asing dari Myanmar dan berikan perlindungan kepada pelarian Rohingya.
10. Bukan hanya Kerajaan Israel Zionis yang perlu kita pertegaskan prinsip dan dasar kita, namun kerajaan zalim Myanmar pun wajib mengerti apa itu nilai persaudaraan dalam Islam! (PAS)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pulau atau boikot juga Sukan SEA ke-27 di Myanmar..
Hasil carian imej untuk pelarian myanmar
Hasil carian imej untuk pelarian myanmar

23 comments:

Anonymous said...

Laaaaaaaaa...ni apa cerita?
Pandai pulak lebai2 ni buat demo noh?
Kata demo2 ni tak bertamaddun..
Tak berfaedah lah..

Heeeeeee...!!!
Aku tak faham lah dgn perangai dan mentaliti lebai2 yg ada sekarang ni.
Cakap berbelit2...
Tak konsisten...
Hari cakap lain..esok cakap lain
Macan tu jugak...
Dulu bukan main ...mati2 kata nak hudud...sampai ada yg sanggup kat kat org yg tak sehaluan dgn mereka dikatakan fasik la..kafir la. Tapi sekarang...dh berubah...boleh pulak dan tak mengapa sama macam pendapat kami.

Masya Allah....
Dahsyat betul kelengtongnya lebai2 ni ye?

Anonymous said...

Anon 8:11
Sebab itu org panggil lobai-lobai ni "ULARmak"
Cakap lobai-lobai ni serupa ULAR. Berbolet-bolet.

Anonymous said...

Lobai lobai lah nnt yg keluarga ko mtk tolong utk solatkan jenazah ko kalau ko mati. Xyah la nk kutuk lebih2.

Anonymous said...

Demo untuk jatuhkan perompak dan pencuri duit rakyat ia tak nak.Seakarng ni pura2 pula nak hentam kerjaan Najib.Ini taraf pemikiran pemimpin PAS iaitu bodoh dan bahalol.

Anonymous said...

Kamu yang komen gila di atas itu, apa buat untuk bela orang Islam Myanmar?

Anonymous said...

Anon November 21, 2016 at 9:22 PM ,

Jangan terkejut, zaman Nabi pon ada puak Abdullah bin Ubai..

Anonymous said...

Asal bkn lobai2 dari Pas parti jual agama dah le. Ada ramai lobai2 yg baik tk terlibat dlm politik. Mrk tk kafirkn mukmin yg lain. Mrk tak ckp besar nk tanam org kt jirat cina mcm lobai2 sesat dlm Pas.

Anonymous said...

Maaak aih....biaq betul komen2 Pan ni. Takut siot baca. Sampai dah takde rasa belas kasihan dah pada saudara Islam kita di rohingya...punyalah fanatik... Dap sendiri pun tak sampai level tinggi camni rasanya..smpi dah tak ada ehsan langsung!

Anonymous said...

Semakin besar serban lebai2 tu makin besar tahap kelentongnya.

Anonymous said...

Lebih baik hantar Hadi dan lebai2 bersama walaun2 Pas gi berunding dgn kerajaan Myanmar utk selamatkan umat Islam Rohingya.

Anonymous said...

Buat demo pun dah tentu takde kesan apa setakat nk tunjuk rasa kasihan dan political mileage parti jual agama je. Gi lah sana berjuang pertahankan umat Islam yg dizalimi. lagipun tiket masuk syurga dh ada. Takkan geng lebai2 ni takut nak mati syahid mcm pejuang2 memali.

Anonymous said...

Para pentaksub , para pewalak walak , para pencandu , para pentolol , para penjilat jilat LOBANG perigi buta , para pentotok totok dan para berong berong ....


Kenapa anda tidak protes najib di parlimen berkaitan duit 2.6 bilion masuk ke akaun peribadi p.m....
Sedangkan t.s muhyiddin hanya tanya berapa baki wang tersebut...
terus di pecat dari jawatanya..

Kenapa pimpinan pas tidak membela t.m muhyiddin ??????

apakah ini juga satu fitnah terhadap parti pas...?????

Anonymous said...

Semoga solat hajat sabtu ini berjaya...amin...ikatan persaudaraan ukhwah dalam Islam itu merentasi bangsa dan negara. Marilah kita bantu semana yang kita mampu walaupun sepatah doa...

Anonymous said...

Lepas solat hajat diharap dpt hantarkan Hadi selaku naib presiden ulamak dan walaun2 Pas berunding dgn puak zalim menindas umat Islam Rohingya.

Anonymous said...

Lobai-lobai patut jadi "tuang penasihat" pada kerajaan Mymar. Kan itu citi-cito nye.
Tak payah buat demo-demo.

Ha..ha..ha..ha

Anonymous said...

BALACI-BALACI TERNAKAN KAFIR HARBI DAN LIBERAL TIDAK MEMPERDULIKAN UMAT ISLAM MYANMAR SEBAB BALACI-BALACI INI ADALAH PENJILAT KAKI SAMI RASIS BUDDHA MYANMAR YANG MENGHASUT PENGANAS-PENGANAS BUDDHA MENYERANG DAN MEMBUNUH UMAT ISLAM DI MYANMAR !

JIKA MEREKA SOKONG UMAT ISLAM, BEKALAN DEDAK BULANAN AKAN DIPOTONG !


Anonymous said...

Dedak takdo jang woiiii..
Camno nak jadi penasihat..

Anonymous said...

DI WAKTU UMAT ISLAM DIBUNUH DI MYANMAR, ULAR-MAK PARTI KUALI MEMBISU SERIBU BAHASA KERANA ULAR-MAK KUALI SEDANG MENANTI-NANTI 'FATWA' DARI SIFU ROKET Bagai Pungguk Merindukan Bulan! Pakatan Tiada Harapan !

Anonymous said...

Buang maso saja lobai-lobai weii..!!
Kerajaan Msia pun tak buat apo-apo...engkau yg lobih-lobih.
Apo yg engkau boleh buat?
Toksoh la nak tunjuk yg engkau ni islam sangat..taksub sangat. Kito ada kerajaan. Bagi ka nasihat kat kerajaan.

Anonymous said...

Penagih-penagih dedak ultra kiasu tidak pernah memperdulikan nasib umat Islam. Apa yang penting bagi mereka ialah bekalan dedak bulanan. Maka tidak hairanlah towkay babi komplen babi kekurangan dedak ! Haiya !

Anonymous said...


Hoi balaci ternakan roket 11:28 PM......Apo yg engkau boleh buat? Sifu ko pun tak buat apo-apo...engkau yg lobih-lobih....Toksoh la nak tunjuk yg engkau ni pemakan dedak kafir harbi sangat..taksub sangat.

Cakap dengan cermin saja lah bhai ! Kalau ko tengok dalam cermin, ko akan nampak se ekor setan sedang melihat ko ! Kesian betui !

Anonymous said...

PAS Parti.Ajaran.Syaitan

Anonymous said...

Anon 11.34....kalo ko sendiri yg tgk cermin ko akan tahu bagaimana rupa anak Dajjal. Tenung lama2.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails