Friday, November 18, 2016

Ini 8 Wanita Vietnam Langgar Akta Imigresen, Tukang UrutKah?


JOHOR BAHRU – Seramai lapan tukang urut wanita warganegara Vietnam ditahan dalam serbuan di dua buah premis rumah urut menerusi Ops Ikrar (Gegar) di sekitar Ulu Tiram di sini malam kelmarin.
Dalam serbuan bermula pukul 9.45 malam itu, seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun dan seorang lagi warga Vietnam berumur 24 tahun turut ditangkap dipercayai penjaga permis dan juruwang premis berkenaan.
Pegawai Kanan Imigresen, Rashiddin Rahmat berkata, kesemua wanita Vietnam yang diberkas dalam operasi tersebut berumur antara 20 hingga 36 tahun dan bekerja di kedua-dua premis urut tanpa dokumen perjalanan sah.
“Dalam serbuan pertama, kami berjaya menahan lima wanita warga Vietnam di premis tersebut dan kesemua mereka tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah
“Kelima-lima wanita itu kemudiannya ditahan kerana me­lakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan peraturan-peraturan Imigresen 1963,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sampai bila, kes-kes pelacuran begini akan terus berlaku di negara umat Islam? Mana pemimpin-pemimpin Islam pembanteras maksiat pelacuran? Dah jadi pengecutkah mereka, mana idea kreatif otak-otak bernas untuk mengatasinya? (K0smo!)

1 comment:

Anonymous said...

Jawapan kepada komen pak aji ashim di atas....kepada pemimpin kerajaan serambi Mekah cawangan Kelantan, sila hayati komen pak aji ashim kita. Adakan pemimpin Islam di Kelantan tidur sahaja? Aktiviti pelacuran tetap berlaku di Negeri itu. Tiada langsung inisiatif untuk membanteras aktiviti pelacuran. Tiap2 hari di jalan hamzah tidak lengang dengan aktiviti kenyit2 mata lepas tu masuk bilik. Pak lebai tengok je, ada yang meleleh air liur tengok perlakuan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails