GAMBAR-gambar yang memaparkan isteri kepada Timbalan Menteri Pertahanan Rusia, Svetlana Zakharova dalam keadaan bogel ketika sedang bercuti, telah mencetuskan bantahan dengan ramai yang mendesak supaya wanita itu diberikan teguran secara rasmi oleh kerajaan.
Dalam gambar berkenaan, Svetlana yang berasal dari Moscow, telah dirakamkan bersandar di tepi pokok dan berada di pantai, dalam keadaan menjolok mata.
Pemilik butik berusia 45 tahun itu, berkahwin dengan Timbalan Menteri Pertahanan Rusia, Timur Ivanov, yang muda empat tahun daripadanya. Timur dilantik ke jawatan berkenaan awal tahun ini.
Salah seorang netizen yang mengecam Svetlana berkata : “Sekurang-kurangnya anggota tentera tahu bahawa kemewahan itu dibayar dengan nyawa mereka di Syria Donbass (Ukraine).’
Salah seorang Ahli Parlimen, Vasily Vlasov pula meminta supaya kerajaan Vladimir Putin memberikan ingatan kepada Timur berhubung gambar isterinya itu.
“Dia perlu diberikan peringatan, dihukum. Saya rasa peringatan secara terbuka lebih baik,’’ kata Vasily.
Beliau turut meminta Menteri Pertahanan supaya memberikan perhatian terhadap apa yang dilakukan oleh isteri timbalannya, sebagai mana yang perlu dilakukan oleh seorang ketua.
“Isteri kepada golongan atasan ini perlu ingat bahawa ramai yang mengikuti kehidupan mereka dalam media sosial.
“Apa-apa gambar boleh bocor, termasuk di parti hari jadi atau percutian,’’ katanya.
15 comments:
Kat Penang pun ada kontroversi...............................
Sila layan AIDC news artikel bertajuk
Pakaian Lim Guan Eng & Betty Chew Jadi Perhatian Netizen
Ini dia punya link
https://aidcnews.wordpress.com/2016/02/20/pakaian-lim-guan-eng-betty-chew-jadi-perhatian-netizen/
Dalam Sejarah. Kontroversi di negeri kontroversi. Only in Penang yg menjadi KEBANGGAAN PAN
http://www.ismaweb.net/2014/08/pesta-bogel-di-pulau-pinang-interpol-akan-salur-maklumat-lapan-warga-asing-yang-terlibat/
Pesta bogel di Pulau Pinang: Interpol akan salur maklumat lapan warga asing yang terlibat
GEORGE TOWN, 12 Ogos – Polis masih menunggu maklumat daripada Interpol bagi mengesan lapan rakyat asing untuk membantu siasatan berhubung pesta sukan bogel yang didakwa diadakan di Pantai Teluk Kampi dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang.
Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan berkata pihaknya berharap dapat memperoleh maklumat peserta yang dikatakan dari Singapura, Myanmar, India dan Filipina itu dalam tempoh terdekat.
“Jika kami sudah dapat maklumat daripada Interpol, kami akan adakan sidang akhbar untuk maklumkan perkembangannya kepada semua,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran pemasangan pelekat Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Polis Kontinjen Pulau Pinang, di sini hari ini.
Pesta sukan bogel itu mula diperkatakan apabila video berdurasi lima minit 52 saat bertajuk ‘Pesta Bogel di Teluk Bahang, Penang’ tersebar secara meluas di laman sosial, yang memaparkan sembilan lelaki dan enam wanita melukis badan dalam keadaan bogel, menari serta mengadakan acara sukan di Pantai Teluk Kampi.
Polis juga telah mengenal pasti kesemua 15 peserta pesta berkenaan iaitu tujuh warga tempatan, empat dari Singapura, dua (Myanmar) dan masing-masing seorang dari India dan Filipina.
Thaiveegan berkata polis percaya keterangan daripada dua wanita masing-masing berusia 34 dan 24 tahun yang ditahan pada Khamis dan Sabtu lepas dapat membantu siasatan kes itu.
Beliau berkata polis telah ke alamat kediaman tujuh individu tempatan yang dipercayai peserta pesta itu dan mendapati ada yang telah berpindah serta bersembunyi di lokasi lain.
“Polis masih cuba mendapatkan maklumat terkini mengenai mereka kerana kebanyakan peserta berkenaan telah berpindah daripada alamat asal, kami perlu sedikit masa lagi untuk kesan mereka,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Thaiveegan berkata kadar jenayah di Pulau Pinang menurun enam peratus atau 307 kes sepanjang Januari hingga 10 Ogos lepas berbanding tempoh sama tahun lalu.
Penurunan kadar jenayah daripada 5,116 kes kepada 4,809 kes sepanjang tempoh itu menunjukkan perkembangan positif terhadap usaha yang dijalankan kontinjen Polis Pulau Pinang dalam membanteras jenayah terutama berkaitan samun, pecah rumah dan curi, katanya.
Beliau berkata antara faktor penurunan kadar jenayah di Pulau Pinang ialah hasil rondaan URB di lokasi tertentu terutama di 12 kawasan perumahan sekitar negeri ini. – BERNAMA
Kelakar pulau pinang yg dibanggakan puak hingus oren pan pun bleh banjir.itulah sibuk mengutuk kelantan sj.kan sudah kena negeri keagungan deme yg menghalau org melayu dr kgnya itu.itu baru sikit tunggu lah pilihanraya kemusnahan teruk utk kem dap-pan akan terjadi dimana mana.mana budok hingus oren tak buat mengutuk org disini.tq tuan bloq cerita tasik malaya agak bagus.
Komen 3 pertama semua off topic. Punya nak belasah musuh yg dibenci sampai tak tau nak letak komen dimana
Anon 2:36 PAN marah. Go Home and cry to Ahok d Papa Roket Penang
Ha ha ha
Ustaz....saya ingin bertanya..
1. Apakah hukumnya saya keluar dari parti pas.??
2. Sekiranya saya keluar dari pas apakah saya dikira murtad.??
3. Apakah hukumnya memijak bendera pas seperti yg terjadi di
Sabah....???
mohon jawapannya....Ustaz....
Walaun2 jual agama akan cakap ini semua salah DAP.
Ha ha ha
Ustaz tu akan jawap Alhamdulillah..anda seorang yg waras dan bijak..Jauhi golongan yg sesat peralatkan Islam utk kepentingan diri.
Anon 8:39 PM,
Jawapan:
(1) Jawapan:
Parti PAS adalah satu-satunya jamaah Islam di negara ini yang menjadikan Islam sebagai matlamat perjuangan politik PAS dan sedang berusaha melaksanakan ajaran Islam dan hukum Allah di negara ini walaupun usaha murni PAS ini sedang ditentang oleh kafir harbi dan munafik sekular liberal.
Rasulullah s.a.w bersabda : “ Maka wajiblah ke atas kamu berjemaah kerana sesungguhnya serigala hanya memakan kambing yang jauh daripada kumpulannya ” (Hadith Riwayat Al-Nasa’i)
Jika kamu keluar dari PAS, bererti kamu telah keluar dari jamaah yang memperjuangkan Islam:
Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda: “ Hendaklah kamu sentiasa dengan Jamaah kerana tangan Allah bersama dengan Jamaah, dan sesiapa yang menyimpang dia akan menyimpang ke dalam api neraka ” (Riwayat At-Tarmizi)
(2) Jawapan:
(a) Jika kamu keluar dari PAS dan menyertai parti sekular atau liberal atau kafir harbi yang menentang ajaran Islam dan hukum Allah, bererti kamu telah meninggalkan perjuangan Islam dan menyertai musuh Islam.
Dan sesiapa yang menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kepadanya kebenaran pertunjuk (yang dibawanya), dan ia pula mengikut jalan yang lain dari jalan orang-orang yang beriman, Kami akan memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya, dan (pada hari akhirat kelak) Kami akan memasukkannya ke dalam neraka jahanam; dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
(An-Nisaa' 4:115)
(b) Jika kamu keluar dari PAS dan kamu bersikap 'atas pagar' (berkecuali), apakah perbezaan antara kamu dan monyet, kera, berok yang suka berdiri di atas pagar?
(3) memijak bendera pas jelas menunjukkan musuh-musuh Islam telah berputus asa untuk melakukan tipu daya kerana mereka telah gagal melemahkan atau memusnahkan PAS ! Mereka telah gagal menipu umat Islam dan memecah-belahkan perpaduan umat Islam. Hanya manusia bodoh sombong dan pengecut sahaja yang berani memijak bendera pas yang tidak mampu melawan manusia tersebut. Bukankah lebih baik manusia tersebut berdialog dengan pemimpin-pemimpin PAS untuk mencari kebenaran?
Sekian, terima kasih
Insan biasa
Salam Insan Biasa,
Kadang2 sikap buruk menutup kebenaran. Contohnya Abdullah bin Ubay kenal rasulullah TETAPI tidak mencintai rasulullah.Abdullah bin Ubay malah mencintai musyriqin mekah dan yahudi bani qainuqa
Kami dengar dan belajar ugama dari Ulamak2.
PAN pula dengar dan belajar ugama dari Musyriqin Penang (Ahok Penang)
Jika suruh dipilih Imam Nawawi, Imam Ghazali, Imam Abu Hanifah atau Pimpinan DAP. Nescaya PAN akan memilih DAP.
Apa nak buat Ketua2 PAN hati dah hitam macam exhaust lori.
Jika PAN boleh tertipu dgn dunia apabila di tarbiyah oleh Ahok Banglo terlajak diskaun. Apa akan jadi bila akhir zaman, Dajjal membawa segunung roti
Sedikit Tazkirah dari Saya
Jeff Hulu Bernam
Dulu Keadilan Sekarang Bulan
(Reformist Pencen)
Benarkah Pas berjuang utk Islam? Islam yg bagaimana?
Benarkah PAN berjuang untuk Islam? Islam yg bagaimana PAN boleh menkhadamkan diri kpd Abu Jahal Penang @ Ahok Penang dan membenci institusi ugama
Walaun jual agama berkata hanya Pas satu2nya jemaah Islam dlm dunia ni.Islam yg bagaimana?
Ustaz...saya ingin tau ni...
Kenapa pemimpin2 parti pas tidak memprotes mengenai duit derma dari jutawan arab yg masuk ke dalam akaun peribadi P.M sebanyak 2.6 bilion..???
2. Apakah tiadanya 4 orang saksi sedangkan transaksi
Menggunakan computer..?????
3. Mengapa sewaktu kes liwat Anwar ibrahim dahulu , pemimpin
Pas pada waktu itu menyatakan perlu 4 orang saksi dan
Mengapa sekarang adanya sikap berat sebelah.????
Mohon jawapannya.....Ustaz...
Sebentar ya...ustaz insan biasa kena google untuk mencari jawapan saudara.
Post a Comment