Gadis Malaysia Nurin (tengah) didenda RM25,000 kerana khidmat gigi. Gambar di bawah, wanita luar negara (tutup muka) didenda RM2,500 seorang, kerana khidmat najis seks.
KL: Seorang gadis Malaysia didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Alor Setar, semalam, selepas menawarkan perkhidmatan memasang pendakap gigi secara haram di sebuah hotel, di sini, pada Jun lepas.
Sedangkan di Melaka Tengah, dua wanita warga Thailand dan seorang warga China dijatuhi hukuman denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret atas pertuduhan menawarkan khidmat seks di sebuah hotel bajet, bulan lalu.
Alor Setar Kedah, Nurin Syazwina Nishamuddin, 21, yang tidak memiliki tauliah didakwa melakukan kesalahan terbabit kira-kira jam 2.20 petang pada 26 Jun lalu di salah sebuah hotel di negeri itu.
Sedangkan di Melaka Tengah, dua wanita warga Thailand dan seorang warga China dijatuhi hukuman denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret atas pertuduhan menawarkan khidmat seks di sebuah hotel bajet, bulan lalu.
Berdasarkan pertuduhan, gadis berkenaan didakwa melakukan kesalahan di bawah Sesyen 4(1) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 568). Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda sehingga RM300,000 atau dipenjarakan sehingga enam tahun atau kedua-duanya.
Sebelum ini, pada sebutan kes 13 Oktober lepas, tertuduh membuat pengakuan bersalah atas kesalahan terbabit dan mohon penangguhan tarikh hukuman. Dalam pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Pejabat Penasihat Undang-undang Kementerian Kesihatan (KKM), Nurul Khairiyah Shamsudin, tertuduh merayu hukuman diringankan.
Tertuduh yang mengaku bersalah memohon dikenakan denda sebanyak RM10,000 atas kesalahan. Berdasarkan rundingan antara kedua pihak, Hakim Najwa Che Mat kemudiannya menetapkan tertuduh perlu membayar denda sebanyak RM25,000.
Sedangkan yang di Melaka Tengah pula, tertuduh Miss Anutida Thongkam, 27, Miss Kanda Sriphuthorn, 25, dan Li Shaoxian, 32, mengaku bersalah di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh selepas mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan jurubahasa.
Berdasarkan pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didapati telah menawarkan perkhidmatan seks bagi maksud persundalan di hotel dalam daerah Melaka Tengah, di sini, masing-masing pada 7.45 petang pada 20 Oktober lalu dalam bilik yang berasingan.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Bagaimanapun Miss Kanda yang diwakili peguam Faiezad Razali memohon agar hukuman ringan dikenakan.
Selepas mendengar hujah berkenaan, Mohd Firdaus kemudian memutuskan ketiga-tiga tertuduh didenda RM2,500, setiap seorang jika gagal, lima bulan penjara. (IH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah perundangan di Malaysia, sebuah negara umat Islam yang mengaku negara Islam..

PERGI KE MARANG NAIK KERETAAPI..
ReplyDeleteSINGGAH DI DUNGGUN BELI DURIAN.
KALAU TUAN BIJAK BISTARI....
APAKAH PARTI YG TIADA PENDIRIAN....
KU SANGKA PANAS HINGGA KE PETANG....
RUPANYA HUJAN DI TENGAH HARI.....