Thursday, November 17, 2016

Menteri Ini Ditahan Awal Pagi, Ambil Rasuah Jualan Saham.


Menteri ditahan awal pagi, ambil rasuah jualan saham 

MOSCOW, — Rusia mengambil tindakan mengejut awal pagi dengan menahan menteri ekonominya yang terlibat dalam rasuah berhubung kelulusan penswastaan syarikat minyak negara bernilai US$5 bilion (RM21.6 bilion).

Alexei Ulyukayev, 60, ditahan semalam “ketika menerima suapan” tunai US$2 juta (RM8.7 juta), menjadikannya pegawai tertinggi pertama yang dipenjarakan sejak 16 tahun pentadbiran Presiden Vladimir Putin.

Jurucakap jawatankuasa siasatan Rusia berkata ahli ekonomi liberal itu disyaki meminta wang daripada syarikat Rosneft PJSC yang membeli 50 peratus saham kerajaan bulan lalu dalam syarikat pengeluar minyak Bashneft PJSC. 

Svetlana Petrenko berkata urus niaga Rosneft itu bagaimanapun mematuhi undang-undang dan tidak terlibat dalam siasatan tersebut. Penahanan Ulyukayev diumumkan pada pukul 2.30 pagi waktu tempatan di sini, mengejutkan elit kerajaan dan ahli perniagaan.-.themalaymailonline.com

2 comments:

Anonymous said...

Kepada pewalaq , pencandu tegar , penjilat jilat , pentaksub kronik ,Dan pentotok totok karat parti pus pis puss tolong di jawab pantun tradisi di bawah ini.......

PERGI BERBURU DI TANAH DATAR
DAPAT RUSA BELANG KAKI
BERGURU BERPANTANG AJAR
BAGAI....BUNGA KEMBANG TAK JADI...

Anonymous said...

Petang hari bersama membuat kuih baulu ...
Bagai merak mengkiraikan bulu ....


PERGI ke kedai membeli taugea ,
Si merak kini dah jadi bogel dan togel .....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails