Thursday, November 17, 2016

Santuni Keluarga Mualaf Penoreh Getah, Di N/Sembilan


REMBAU: Sebuah keluarga mualaf yang daif mendapat perhatian PAS Negeri Sembilan dan Muslimat PAS Rembau.
Baru-baru ini Setiausaha Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Negeri Sembilan (LKKPNS), Puan Rusilah Mat Som bersama Pengarah JPrD DUN Chembung, Ustaz Nazri Yusuf telah menyantuni keluarga mualaf tersebut di Kampung Senama, Rembau.
Muhammad Faizal Abdullah, seorang mualaf mengambil upah menoreh getah di kebun orang kampung di sekitar tempat tinggalnya di Kampung Senama Masjid, Rembau.
Rusilah berkata, Oleh sebab keadaan cuaca yang selalu hujan sekarang, Muhammad Faizal tidak dapat menoreh menyebabkan beliau tidak dapat membayar sewa rumah sebanyak RM250 sebulan dan putus bekalan makanan.
“Faizal mempunyai empat orang anak, semuanya memeluk Islam kecuali anak lelaki yang kedua tidak memeluk Islam.
Seorang anaknya masih bersekolah di tahun empat. “Alhamdulillah ada sahabat dalam jemaah jelaskan sewa sebanyak RM250 dan ada insan lain yang belikan barang keperluan dapur.
“Kami telah membawa saudara Faizal bertemu Pengerusi JKKR untuk memohon bantuan daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Mereka telah bersetuju untuk menguruskannya,” jelas Rusilah yang juga merupakan Bendahari Muslimat PAS Rembau kepada Harakah di sini. (IH)

No comments:

Post a Comment