PENGGUNA
INI taktik baru individu gila seks memuaskan nafsu mereka, melalui facebook. Hal ini berlaku berikutan kecoh di media sosial apabila seorang wanita didakwa menawarkan pemeriksaan payudara melalui dalam talian dengan pemberian hadiah wang tunai dan telefon bimbit.
Mangsa yang dikenali sebagai Puan Sha Rahman menerusi laman Facebook mendakwa akaun laman sosialnya itu digodam oleh individu yang tidak dikenali semalam.
Pemilik sebuah butik kecantikan itu berkata, kejadian tersebut disedari kira-kira pukul 2.30 petang Khamis ketika berada di kediamannya di Gurun, Kedah.
“Orang yang mengodam facebook saya telah memalukan saya dengan minta gambar lucah dan menawarkan hadiah kepada penghantar,” katanya.
Susulan kejadian itu, mesej dalam akaun Facebooknya dipenuhi dengan gambar lucah dan lebih menakutkan apabila ada pihak yang menghubunginya.
Jelasnya, penggodam turut membuka akaun Wechat dengan menggunakan nama dan gambarnya selain e-mel serta data peribadinya digodam.
Menurutnya, kejadian tersebut menyebabkan kehidupannya terganggu dan satu laporan juga telah pun dibuat di Balai Polis Gurun, semalam.
Sementara itu, suami mangsa, Mohamad Hanif melalui postingnya di Facebookmenafikan isterinya terlibat kerana ia dilakukan oleh penggodam.
Menurutnya, mereka mencari rezeki yang halal dengan menjual minyak wangi dan tidak sesekali melakukan kerja ‘bodoh’ tersebut.
“Takkan nak buat keja bodoh macam ni… yang mana marah maki hamun puan sha rahman tolong maafkan ya.. harap maklum… terima kasih,” tulisnya.
Netizen di media sosial terkejut apabila satu mesej perbualan mengenai pemeriksaan payudara dalam talian dengan hanya memberikan gambar.
Berikut cara operasinya..
Namun, individu ‘gila seks’ ini tidak pernah putus asa untuk memuaskan nafsu sehingga munculnya taktik kotor iaitu menyediakan perkhidmatan pemeriksaan payudara secara dalam talian melalui laman sosial.
Dengan alasan mahu gambar payudara untuk membuat pemeriksaan berkenaan sebarang penyakit pada badan mangsa, taktik berkenaan mula dikesan melalui penghantaran mesej di aplikasi Facebook.
Menyasarkan wanita sebagai pemuas nafsu, individu gila seks ini akan hantar mesej dengan menawarkan pemeriksaan payudara. Pelanggan bakal diberikan hadiah bagi setiap penyertaan serta gambar mereka akan dipadam selepas pemeriksaan tersebut.
Kononnya, wanita yang memberikan gambar payudara mereka akan menerima wang tunai RM800 dan kupon membeli-belah serta sebuah telefon bimbit.
Taktik ini dikenal pasti tersebar di media sosial apabila perkongsian perbualan seorang wanita yang diminta untuk menghantar gambar payudaranya untuk tujuan pemeriksaan secara dalam talian.
Dalam perbualan tersebut, wanita itu cuba mendapatkan kesahihan mengenai kaedah pemeriksaan payudara secara dalam talian namun hanya diberikan testimoni oleh pemberi mesej. Lebih membimbangkan apabila mesej tersebut adalah dari kalangan rakannya di Facebook yang juga seorang wanita.
Rakannya itu mendakwa, pemeriksaan tersebut adalah dari Persatuan Kebajikan Kanser Payudara namun disebabkan ragu-ragu, wanita itu enggan memberikan gambar payudaranya.
“Auntie saya kerja di hospital dan in-charge bahagian payudara. Jadi saya akan rujuk berita ini pada dia untuk kepastian,” jawab wanita tersebut.
Akhirnya, pemeriksaan mendapati akaun Facebook pemilik akaun yang didakwa meminta gambar payudara tersebut telah digodam semalam.
Tindakan tersebut dianggap sebagai taktik baharu oleh individu gila seks untuk memuaskan nafsu mereka. Awas, jaga-jaga. (IH)
No comments:
Post a Comment