Friday, November 25, 2016

Terbakar, Israel Tebal Muka, Ketakutan Tuduh Palestin..


Hashtag 'Israel Terbakar' Trending Di Media Sosial Arab
Hashtag 'Israel Terbakar' Trending Di Media Sosial Arab

TEL AVIV – Rejim Israel terpaksa ‘tebal muka’ meminta bantuan negara jiran untuk menangani krisis kebakaran hutan yang kini memasuki hari ketiga pada Khamis, menyaksikan banyak kawasan musnah akibat bencana itu.

Perkara itu disuarakan oleh Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dan Menteri Keselamatan Awam, Gilad Erdan susulan rejim Zionis meminta negara luar untuk menghantar pesawat pengebom air bagi memadamkan kebakaran.
Cyprus, Rusia, Itali, Croatia dan Greece antara beberapa buah negara asing yang menghulurkan bantuan untuk memadamkan kebakaran sebelum Turki melakukan perkara sama.
Ramalan cuaca pada hari ini menunjukkan angin kencang bakal memburukkan lagi kebakaran untuk merebak ke kawasan yang lebih luas.
Pesawat milik polis Israel setakat Rabu cuba memadamkan berpuluh-puluh kawasan yang dimamah api tetapi keadaan dijangka lebih buruk susulan ramalan cuaca itu, sekali gus melangkaui keupayaan rejim Zionis menangani krisis tersebut.
Antara kawasan yang terjejas teruk termasuk kawasan penempatan haram Yahudi di Nataf selain kawasan Karkom berdekatan Tiberias.
Sejumlah besar rumah pendatang dilaporkan musnah dalam kebakaran itu tetapi tiada kemalangan jiwa direkodkan setakat ini.
Dalam perkembangan lain, Netanyahu menuduh penduduk Palestin sebagai dalang memulakan kebakaran tersebut dan berikrar untuk memburu pihak yang terlibat.
Difahamkan, empat penduduk Palestin ditahan di Baitulmaqdis berhubung dakwaan melakukan kebakaran tersebut tetapi kemudiannya dibebaskan kerana kekurangan bukti.
Dalam perkembangan lain, Netanyahu menuduh penduduk Palestin sebagai dalang memulakan kebakaran tersebut dan berikrar untuk memburu pihak yang terlibat.
Difahamkan, empat penduduk Palestin ditahan di Baitulmaqdis berhubung dakwaan melakukan kebakaran tersebut tetapi kemudiannya dibebaskan kerana kekurangan bukti.
Sebahagian penduduk terperangkap di kediaman mereka, manakala pihak tentera terpaksa mengerahkan askar simpanan untuk membantu menangani bencana itu yang masuk hari ketiga semalam. Pihak berkuasa Israel mendakwa bahawa kebakaran itu dilakukan dengan sengaja.
Jurucakap Dewan Bandar Raya Haifa, Or Doron berkata, seramai 50,000 daripada sekitar 250,000 penduduk Haifa telah dipindahkan.
Jurucakap polis Israel, Micky Rosenfeld pula memberitahu, penduduk di lapan kejiranan telah diarahkan berpindah ekoran enam kejadian kebakaran ber­asingan.
“Sebanyak empat pusat penempatan sementara telah didirikan bagi menempatkan mereka,” katanya.
Beberapa penduduk berkata, mereka bertungkus-lumus untuk memindahkan golongan warga emas ke kawasan selamat.
“Kebakaran ini tidak dapat dikawal lagi dan merebak dari rumah ke rumah,” kata ketua operasi menyelamat di kejiranan Carmel, Naftali Rottenberg.
Seorang penduduk Haifa, Yael Hame memberitahu bahawa situasi kini amat menakutkan selepas dia melarikan diri dari rumahnya.
“Kebakaran ini menelan ba­ngunan pencakar langit. Api menjulang setinggi bangunan 20 tingkat,” katanya.
Menurutnya, kebakaran itu lebih berbahaya daripada bencana serupa pada 2010 di Haifa yang mengorbankan 44 orang sekali gus kebakaran paling dahsyat dalam sejarah Israel.
Dalam perkembangan berkaitan, seramai 30 orang dimasukkan ke hospital akibat cedera ringan dalam kebakaran semalam.
Setakat ini, sebilangan negara berjanji untuk menghulurkan bantuan termasuk menghantar pesawat bagi memadamkan api.
Agensi kaji cuaca Israel pula meramalkan kebakaran hutan kali ini akan berterusan selama beberapa hari lagi.
Israel dilanda banyak kebakaran hutan sejak beberapa hari lalu akibat musim luruh yang kering dan tiupan angin kuat. Selain Haifa, kebakaran belukar berlaku di serata negara Yahudi itu. – mStar Online


1 comment:

Anonymous said...

Majis fatwa kebangsaan yg ditubuhkan oleh kerajaan umno bn adalah badan yg tertinggi kedudukannya.....

Parti pas hanyalah parti yg cacamerba dan tonggang langgang..

Sejarah membuktikan ya....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails