Friday, November 04, 2016

Wanita 1/2 Bogel Pandu Kereta Tidak Salah?


unnamed

SEORANG wanita misteri telah mengejutkan pengguna jalan raya apabila dia memandu dalam keadaan separuh bogel sambil menyanyi lagu kegemarannya dan menggoyangkan badan di dalam kereta.

Identiti wanita berkenaan bagaimanapun tidak diketahui. Dia ketika itu sedang memandu di Buenos Aires, Argentina.
Lagu yang dinyanyikannya itu adalah lagu kumpulan yang berasal dari Uruguay dikenali sebagai Marama, yang mengisahkan seorang wanita yang hilang kawalan diri selepas minum minuman keras.
Meskipun aksinya itu menjadi perhatian pemandu kenderaan dan penunggang motorsikal yang melepasi kereta yang dipandunya, wanita itu tidak mempedulikannya.
Sebaliknya dia menikmati lagu berkenaan sambil melambaikan tangan kepada pengguna jalan raya yang melepasi kenderaannya.
Tidak diketahui bagaimana video berkenaan dirakamkan, namun ia menjadi viral selepas muncul dalam laman web berita Argentina.
Ia dipercayai tersebar selepas wanita itu dikatakan berkongsi klip terbabit dengan rakannya menerusi Whatsapp.
Klip video itu bagaimanapun tidak menunjukkan wanita terbabit melanggar sebarang peraturan jalan raya.
Adakah wanita memandu kereta dalam keadaan setengah bogel itu tidak salah? Bagaimana kalau di Malaysia?


9 comments:

  1. ini akan berlaku di Malaysia jika PH berkuasa. Sekarang PH tak berkuasa pun, apa2 statement pasal moral dan ugama dikeluarkan oleh mufti akan ditentang oleh DAP dan anjing belaan Ahok Penang yakni PAN

    ReplyDelete
  2. Kejauthan moral memandu tanpa maju akan terjadi di Malaysia jika PH berkuasa kerana mereka adalah liberal dan sekular


    http://www.ismaweb.net/2015/02/usah-layan-provokasi-dap-pembela/

    Usah layan provokasi DAP – Pembela

    BANGI, 17 Feb – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menyeru masyarakat Islam di negara ini untuk tidak melayani sebarang provokasi tidak bermaruah dari pimpinan parti rasis berhaluan kiri, DAP.

    Pengerusinya, Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, sejak akhir-akhir mereka seolah berniat jahat untuk mengganggu urusan ibadah dan syariat umat Islam dalam negara ini.

    “Terkini mereka mempertikai khutbah Jumaat dan aurat wanita muslimah.

    “Siapa mereka untuk masuk campur dalam urusan agama kita?

    “Sebab itu kita minta masyarakat Islam jangan layan provokasi mereka.

    “Ini kerana syariat Allah bukan bahan untuk diperdebatkan, malah Perlembagaan Persekutuan sendiri mengiktiraf tentang hak kita umat Islam di negara ini,” tegasnya.

    Tambah beliau, jika mereka memahami Perlembagaan, tentu sahaja mereka tidak akan bersikap dengan sikap ceroboh dan celupar sedemikian rupa.

    “Mungkin juga kerana mereka tidak beriman kepada syariat Allah dan cuba mentafsirkannya mengikut hawa nafsu,” kata ustaz Hafiz.

    ReplyDelete
  3. In adalah bukti PAN adalah liberal sekular dan balaci Ahok Penang. Jika mereka berjaya PAN akan merayakan mereka dengan BEER.

    http://www.ismaweb.net/2016/06/dap-akan-sambut-kemenangan-pan-dengan-arak-carlsberg-tiger/

    “DAP akan sambut kemenangan PAN dengan arak Carlsberg, Tiger”

    BANGI, Khamis – Parti rasis dan cauvinis, DAP akan meraikan calon PAN, Azhar Abdul Shukur dengan arak sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

    Perkara itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim dalam satu ceramah kempennya sebagai pujukan kepada pengundi Cina supaya mengundi calon PAN.

    Joceline Tan dalam tulisannya bertajuk ‘Tough decisions in the rice bowl town of Sekinchan’ yang disiarkan di media liberal The Star hari ini, menyebut bahawa Ng telah berkata, jika PAN menang di Sungai Besar, kemenangan itu akan diraikan dengan Carlsberg, Tiger atau kau (black dog atau Guinness Stout).

    Melihat kepada situasi itu Tan berkata, cara Ng berkempen itu, ia memberi gambaran seolah-olah Ng adalah calon yang bertanding.

    Ini kerana beliau berpendapat, sebahagian besar yang dipertaruhkan DAP dalam PRK ini adalah PAN yang dianggap sebagai makhluk ciptaan DAP menggantikan PAS sebelum ini.

    “Ia juga merupakan satu perjuangan proksi antara DAP dan PAS, yang mana PAN amat bergantung kepada undi Cina,” katanya.

    Tan berkata, apa yang dilakukan DAP adalah semata-mata untuk menarik sokongan di kalangan pengundi Cina.

    “Ketika dulu pemimpin DAP memujuk Cina untuk menyokong PAS dan kini mereka terpaksa meminta Cina untuk menyokong PAN pula.

    “Bagaimanapun, ramai orang Cina di kawasan itu tidak mengetahui kewujudan PAN. Ustaz Azhar, calon PAN juga tidak terkenal walaupun bapanya pernah menjadi orang kuat UMNO di kawasan itu,” kata Tan lagi.

    ReplyDelete
  4. Lebih dahsyat lagi, Kerosakan moral paling dahsyat adalah murtad. TETAPI AHLI PARLIMEN DAP MAHU ORANG ISLAM HORMAT HAK ORANG MURTAD. Yg menjelekkan PAN hanya bergembira dengan DAP, itu sebab mereka takut menegur DAP

    http://www.ismaweb.net/2014/06/ahli-parlimen-dap-mahu-orang-islam-hormati-hak-orang-murtad-amal-agama-baharu/

    Ahli Parlimen DAP mahu orang Islam hormati hak orang murtad amal agama baharu

    KUALA LUMPUR, 11 Jun – Saranan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) agar umat Islam menghormati hak saudara seagama mereka yang murtad untuk mengamalkan agama baharu, dilihat sebagai sesuatu yang tidak wajar dan boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama.

    Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata saranan itu dilihat amat menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

    “Dalam urusan beragama, selain Perlembagaan Persekutuan, kita ada peruntukan di bawah kerajaan negeri, serta hukum dibuat oleh Majlis Agama atau Majlis Fatwa.

    “Dan perkara ini kita kena ambil kira. Dia bukan soal tengok satu perspektif sahaja,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

    Razali, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata, adalah tidak adil sekiranya Ngeh hanya menggunakan Perkara 11 bagi menyokong hujah beliau, tanpa mengambil kira Perkara 3 iaitu Islam adalah Agama Persekutuan.

    Terdahulu, Ngeh menyatakan perkara itu adalah berdasarkan peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu.

    “Saya berharap orang Islam boleh terima peruntukan 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan.

    “Kalau seseorang itu hendak meninggalkan agama dan dia berusia lebih 18 tahun, kita mesti menghormati hak yang sudah diberikan kepada mereka yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014.

    Razali (BN-Muar), mengingatkan semua pihak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan serta mempolitikkan isu sebegini bagi memastikan keharmonian kaum kekal terjaga.

    Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pula berkata kenyataan itu sangat tidak wajar kerana mereka tidak faham hukum-hakam agama Islam.

    “Para ulama, pemimpin, dan umat Islam sendiri yang menguruskan soal ini… Bagaimana hukum orang murtad, hukum orang yang melanggar undang-undang Islam. Itu orang yang mengetahui sahaja.

    “Jadi kenapa dia nak masuk campur, kalau dia buat begitu, nanti timbulkan kemarahan umat Islam. Kita pun tak mahu masuk campur agama dia,” katanya.

    Sementara itu, Ngeh, yang juga penasihat DAP Perak berkata, sebagaimana orang bukan Islam perlu menerima hakikat bahawa undang-undang boleh digubal untuk menyekat mereka yang menyebar agama, orang Islam juga wajar menerima peruntukan Perkara 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama.

    Beliau juga meminta supaya penjaga yang mendapat hak jagaan diberi kebebasan mendidik kanak-kanak berusia 18 tahun mengikut mengikut agama yang dianutinya berdasarkan peruntukan Perkara 12(3) dan 12(4) Perlembagaan Persekutuan.

    “Perkara ini jelas supaya tidak ada perbalahan, jika sudah capai usia 18 tahun, kanak-kanak itu bebas menganut agama seperti yang dijamin oleh Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau.

    Dalam pada itu, Ngeh turut mempertikaikan tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap pengikut Syiah.

    “Saya berasa tidak selesa apabila Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan Syiah tidak bersependapat dan saya tidak setuju undang-undang terhadap pengikut-pengikut Syiah ini,” tambahnya. – BERNAMA

    ReplyDelete
  5. Celakalah dan bangsatlah Ahok laknatullah dan penyokong-penyokongnya yang terdirir dari kafir harbi dan puak munafik sekular liberal kerana mereka telah menfitnah dan menghina agama Islam dan Qur'an, merobohkan masjid-masjid dan menindas dan menafikan hak umat Islam untuk mengamalkan ajaran Islam di Jakarta. Amin.

    ReplyDelete
  6. Celakalah dan bangsatlah kafir harbi dan puak munafik sekular liberal kerana mereka telah menentang, menfitnah, memburuk-burukkan dan menghina ajaran Islam dan hukum Allah dan mereka juga menindas dan menafikan hak umat Islam untuk mengamalkan ajaran Islam di negara ini. Amin.

    Wahai umat Islam, Allah dan RasulNya telah melarang keras umat Islam melantik orang kafir dan puak munafik menjadi pemimpin umat Islam:

    Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman.(Al-Maaidah 5:57)

    Wahai umat Islam marilah kita semua bersatu membela dan melaksanakan ajaran Islam dan hukum Allah dan menyokong dan mengundi parti Islam PAS dalam PRU14 supaya PAS boleh membela agama Islam dan hak umat Islam. Marilah kita semua memulau (boycott) parti politik kafir harbi dan parti sekular liberal dalam PRU14 kerana mereka amat memusuhi agama Islam dan umat Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas kena bukak cawangan di Jakarta utk jaga Islam.kahkahkah

      Delete
    2. Pas kena bukak cawangan di Uruguay utk perjuangkan Islam dan ruu 355.kahkahkah

      Delete
  7. Dan PAS akan buka cawangan juga di kota london..senang urusan nak saman SR 90 juta.

    ReplyDelete