Tuesday, November 15, 2016

Zionis Bangunkan Taman Permainan Di Atas Kuburan Mujahidin.

Hasil carian imej untuk Zionis Bangun Taman Bermain di Atas Jasad Mujahidin
Ma'mani Allah adalah sebuah tanah perkuburan umum terbesar milik kaum muslimin di bandar Al-Quds, Palestin. Di sana telah bersemayam puluhan ribu jasad para mujahidin yang gugur ketika melawan pasukan salibis (1095-1291) dan tujuh puluh ribu kaum muslimin lainnya.

Hingga datangnya Panglima Besar Shalahuddin Al-Ayyubi membebaskan Baitul Maqdis pada tahun 1187, kuburan ini dijaga sebagai peringatan dan pengikat sejarah perjuangan kaum muslimin di Al-Quds secara turun temurun.

Hasil carian imej untuk ujahidin palestin

Namun, hari ini, Kerajaan Zionis-Israel telah merombaknya secara total. Demi menghilangkan jejak sejarahnya. Perombakan ini dilakukan secara menyeluruh sejak hari Nakba tahun 1948. Walaupun mendapat penolakan dan perlawanan dari kaum muslimin di bandar Al-Quds, demikian lapor Aljazeera dalam sebuah video pendek berdurasi dua minit dan 49 saat, Ahad (13/11/2016).

Sebahagian besar pemakanan itu diubah menjadi Taman Permainan. Diberi nama "Hadiqatul Istiqlal," artinya Taman Kemerdekaan.

Taman yang dibuka untuk umum itu dihiasi dengan pokok-pokok yang rendang, hamparan rumput nan hijau, hingga kolam air tawar penuh dengan air mancurnya. Tak satu sudut pun dari taman itu yang menunjukan bahawa dahulunya tempat itu adalah pemkaman besar yang bersejarah.

Masyarakat Yahudi menyelenggarakan pesta pernikahan dan acara-acara seumpamanya di sana. Bahkan, tak jarang mengajak anjing-anjing peliharaan mereka bermain-main dan menginjak-injaknya.

Selain taman, di atas jasad para mujahidin itu pula dibina sebuah Muzium. Atas sokongan dana dari kelompok Yahudi-Amerika, Pemerintah Zionis-Israel membina apa yang mereka namakan dengan Muzium of Tolerance Jerusalem, yang akan mula dibuka secara rasmi pada tahun 2017 mendatang. 

Jahannam zionis! (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails