Sunday, December 04, 2016

70 Umno, Ini Jasanya.. Jangan Salahkan Orang!





TIDAK perlulah merintis dan mengeluh setiap kali Perhimpunan Agung Umno (PAU) mengenai nasib Melayu di negara ini

Umno perlu muhasabah kenapa Melayu masih ketinggalan walaupun Umno sudah 70 tahun wujud. 
Selagi pemimpin Umno menganggap menjadi pemimpin untuk mengumpul kekayaan, bukan satu amanah maka inilah hasilnya

Tindakan Umno memalukan bangsa dan agama Islam pada kaca mata bangsa lain dan agama lain. 
Perlu ingat Melayu tidak akan selamat tanpa Islam. Pembawaan Umno yang hanya retorik dan menjadikan Melayu sebagai umpan ia tidak mendatangkan keuntungan untuk jangka panjang.

Umno jangan ambil kesempatan dengan meniupkan emosi dalam kalangan orang Melayu supaya terus berpaut dengan Umno. 
Sampai bila Umno hendak berlakon di pentas PAU untuk gambarkan Umno sebagai pembela Melayu

Umno jangan menyalahkan orang lain dan menuding jari ke pihak lain, kenapa Melayu masih merempat di bumi sendiri. 
Siapa yang menjadi broker dan orang perantaraan dalam syarikat bukan bumi untuk mendapat projek kerajaan. Semuanya sudah menjadi rahsia umum.

Siapa yang menjadi Ali Baba yang telah turun-temurun sejak sekian lama. Berapa banyak syarikat Melayu dan usahawan sejati yang gulung tikar angkara permainan pemimpin Umno. 
Suluh diri, muhasabah diri lebih baik daripada menyalahkan orang lain. – HARAKAHDAILY 2/11/2016

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sudah 70 tahun UMNO wujud, ini jasanya.. 
  • Islam tidak diletakkan ditempatnya seperti yang dikehendaki Allah SWT. Yakni Islam memerintah, bukan diperintah.
  • Pulau Singapura hilang dari Malaysia kerana kelemahan tadbiran UMNO atau kebodohan pemimpin-pemimpinnya. Jangankan Pulau Pinang terlepas ke DAP, tanah Melayu/Islam Kg Baru KL pun akan terlepas juga.
  • Sebahagian rakyat dan pemimpinnya terlatih sebagai 'pentingkan diri' dan meterialistik.
  • Dan banyak lagi.

6 comments:

Anonymous said...


Kita bersetuju dengan pendapat PAS dan Ibnu Hasyim.

Anonymous said...

Ako pon setujo jogo..
bagos Pok Hosem.

Anonymous said...

Lanun melayu moden

Anonymous said...



Mengapa puak ultra kiasu dan liberal termasuk Siti Jari Tengah berdiam diri melihat pengganas Buddha dan rejim pengganas Myanmar memburu dan membunuh umat Islam Rohingya dan membakar masjid dan kampung umatIslam di Myanmar? Bukankah puak-puak ultra kiasu dan liberal termasuk Siti Jari Tengah mendabik dada kononnya merekalah pembela hak asasi manusia ? Bukankah berdiam diri bererti merestui pembunuhan dan penindasan ke atas umat Islam?

Balaci, macai dan barua ultra kiasu dan liberal sila jawab !

Anonymous said...

Bagaikan si lebai malang pergi kenduri.....
bagaikan anjing dengan bayang2 di atas jembatan....
Bagaikan ..ketam mengajar anaknya berjalan..
bagaikan ....tikus mondok menjaga labu...

KU SANGKA PANAS HINGGA KE PETANG.
RUPANYA HUJAN DI TENGAH HARI..

Anonymous said...


Wah....balaci, macai dan barua ultra kiasu dan liberal takut nak jawab soalan December 4, 2016 at 7:18 PM !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails